Sunday, August 14, 2011

Bila ego telah tercabar..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

kan aku dah kata, bukan Ego yang ini..
Semua orang ada ego kan..?? Tipulah kalau korang kata yang korang takde ego, kalau tak kenapa korang nak bergaduh antara satu sama lain..?? Err, ini bukan nya ego yang tukang rasa makanan dalam cerita Ratatouile tu.. Kalau yang itu memang lah korang takde..

Semua orang tau yang lelaki dikatakan mempunyai sifat ego yang agak tinggi, namun wanita juga tidak terlepas dari tanggapan tu.. Jadi disini, aku nak menasihatkan diri aku dan kalau korang nak amik nasihat aku ni pun bagus juga..

Janganlah terlalu ego sangat, kalau dah tau diri tu salah, mengaku je salah.. Jangan nak pergi tuduh orang lain pulak, kesian dekat orang yang di tuduh tu.. Dia pun ada jugak perasaan dan maruah yang perlu dijaga.. Dia pun ada juga anak bini/suami yang dia kena jaga..

Eh2, ni apahal sampai anak bini pun masuk sekali ni..?? Okaylah, apa2 pun kalau nak tunjukkan ego tu memang boleh.. Tapi jangan lah selalu sangat, nanti semua orang akan muak dan meluat tengok muka korang tu.. Yelah, siapa yang suka dengan orang yang asyik sangat nak menang kan..

P/s : Huhu, demam lah pulak time2 puasa ni..T_T

3 comments:

cik Beskod said...

kalau nak ego pon berpada2 lah kan?? hehe

khairul said...

menyampah org ego..dah la tu ..bodo sombaong lak tu

Zaujah Encik Mamat said...

setuju bangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...