Saturday, August 27, 2011

Ah sudah, benda ni tak boleh jadi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

takde kene mengena pun dengan entry ni..
Serius ni..!! Aku memang dah betul2 tak boleh biarkan benda ni jadi lagi.. Kalau aku biarkan jugak, nanti boleh menyebabkan aku mengalami tekanan jiwa.. Jadi sebelum terlambat atau sebelum terjadinya benda macam tu dekat aku, lebih baik aku halang..

Kalau masa mula2 mungkin aku still boleh biarkan lagi, tapi bila makin lama aku perhatikan, makin susah aku dibuatnya.. Makin tak tenang jiwa dan raga, malah seluruh tubuh aku jadi tak tentu hala dibuatnya.. Hahaha, ni mesti korang pun makin tertanya2 nak tau apa benda yang aku ceritakan ni, betul tak..??

Sebenanya macam ni, sejak kebelakangan ni aku tak dapat nak publish entry2 baru aku.. Kali ni bukan sebab masalah blogspot, tapi entah masalah apa aku pun tak tau.. Tiap2 kali aku bukak new post je, aku akan menaip..

Memang itu bukan masalahnya, sebab masalah yang betulnya ialah bila aku dah nak habis taip.. Tiba2je aku pergi log out.. Maka tinggallah entry itu menjadi draft yang kesepian.. Eh, bukan kesepian lagi dah sebab dalam tu dah ada berapa banyak draft aku buat..huhu

Jadi, demi mengelakkan jari aku ni menjadi lupa dari terus menaip sampai habis, maka aku kenalah menaip entry ini.. Tengok, aku nak habiskan entry ni pun susah, memang nak kena lah jari aku ni.. Okaylah, aku nak pergi selesaikan semua draft2 aku tu...

P/s : Tinggal beberapa hari je lagi kita nak raya, kejap betul masa berlalu..huhu

1 comment:

cik Beskod said...

lama x singgah sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...