Thursday, August 04, 2011

Aku tak kira, aku nak berbuka jugak sekarang ni..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ni apahal pulak dah petang2 ni aku sibuk nak berbuka ni..?? Apakah aku dah tak tahan lagi nak menghabiskan puasa pada hari ni..?? Jika korang pun fikirkan benda yang sama, itu bermakna aku ni boleh meramal masa depan lah ye..hehe

Sebenarnya aku teringatkan time aku zaman kanak2 dulu.. Aku cuma tak ingat masa tu aku umur berapa tahun je.. Tapi kalau tak silap aku masa tu still nak belajar berpuasa lah.. Masa tu lebih kurang macam masa petang ni lah.. Aku baru je balik kerumah selepas bermain..

Bila masuk je dekat rumah aku terus menuju ke peti ais dan mencari air sirap.. Tapi malangnya dalam peti ais tu takde air sirap pulak.. Yang ada cuma adalah satu2nya air yang paling aku tak minat iaitu air kosong atau air sejuk.. Oleh kerana yang ada hanyalah air itu, maka aku merancang satu strategi perniagaan..

Aku plan nak minum air time dekat2 nak berbuka nanti sebab masa tu mak aku mesti dah sediakan air sirap.. So aku pun menunggu lah dengan penuh sabar di depan tv.. Tiba2 kawan aku panggil pulak ajak main lagi, ala aku tak ingat pulak dia ajak main apa..huhu

Tapi yang aku ingat ialah aku pun pergi main sampai aku sedar2 mak aku panggil sebab katanya waktu berbuka nak masuk dah.. So bila aku masuk je dekat rumah, mak aku suruh pergi mandi dulu dan bila aku selesai mandi azan pun berkumandang lah di corong2 radio tv..

So, plan aku untuk berbuka sebelum masuk waktu pun tidak lah kesampaian.. Tapi kira okay lah sebab dapat sempurnakan puasa pada hari itu.. Untuk hari ni, aku harap dapat juga sempurnakan puasa aku macam masa aku kecik2 dulu..

P/s : Aku tak tau kenapa aku tak suka dengan air masak masa aku budak2 dulu..

3 comments:

intan said...

hahahahha...boleh jugak mcm tue ek..

Unknown said...

dapat jugkan sempurnakan puasa tu..heheh

aiman mania said...

heeheehee...kantoi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...