Monday, August 08, 2011

Mencari sekelumit ruang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Semakin hari masa sudah semakin pandai berlari.. Dia sudah semakin pandai untuk cuba memintas kita.. Jika kita tidak pandai mengatur langkah, sudah pasti masa itu akan berlari dan terus berlari.. Jika kita masih leka dan lalai, sudah pasti masa akan mengejek diri kita ini..

Walawei, ni apahal dengan penulis blog ni..?? Dah mula nak bermadah2 bebagai ni, apakah yang sedang berlaku terhadap diri penulis blog ni..?? Okay, sebenarnya aku tengah sibuk membuat assignment.. Jadi ketika aku membuat tu, tiba2 aku terfikirkan sesuatu..

Baru2 ni aku dah dapat merasakan yang kehidupan aku sudah mulai di selubungi dengan keadaan yang bernama sibuk.. Aku merasakan bahawa aku sudah tidak mempunyai masa atau ruang untuk aku duduk memikirkan tentang perancangan hidup aku..

Chewah, betul ke itu yang aku nak lakukan..?? Entah lah, aku pun tak tau apa benda yang aku repekkan ni.. Dah lah, aku nak sambung buat assignment balik.. Lepas tu kalau tak mengantuk barulah aku menghadap blog ni lagi..

P/s : Nak buat assignment pun rasa malas je..huhu

2 comments:

Unknown said...

ecehhhh... siap sudh ker hmework tu

Unknown said...

zzzZZZzzZZzZzZ...NGANTUK BACA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...