Monday, August 29, 2011

Aku tau korang tengah sibuk sekarang ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ye, samalah dengan aku sekarang ni.. Sedang sibuk menyiapkan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.. Eh silap pulak, nak sambut Hari Raya lah, buat2 tak tau pulak aku ni kan..hehe. Jadi, tanpa membuang lebih banyak tenaga dan masa lagi..

Aku nak ucapkan..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA ORANG YANG MEMBACA ENTRY INI..^_^




P/s : Mesti beberapa hari ni dunia blog akan kesunyian..hehe

Saturday, August 27, 2011

Ah sudah, benda ni tak boleh jadi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

takde kene mengena pun dengan entry ni..
Serius ni..!! Aku memang dah betul2 tak boleh biarkan benda ni jadi lagi.. Kalau aku biarkan jugak, nanti boleh menyebabkan aku mengalami tekanan jiwa.. Jadi sebelum terlambat atau sebelum terjadinya benda macam tu dekat aku, lebih baik aku halang..

Kalau masa mula2 mungkin aku still boleh biarkan lagi, tapi bila makin lama aku perhatikan, makin susah aku dibuatnya.. Makin tak tenang jiwa dan raga, malah seluruh tubuh aku jadi tak tentu hala dibuatnya.. Hahaha, ni mesti korang pun makin tertanya2 nak tau apa benda yang aku ceritakan ni, betul tak..??

Sebenanya macam ni, sejak kebelakangan ni aku tak dapat nak publish entry2 baru aku.. Kali ni bukan sebab masalah blogspot, tapi entah masalah apa aku pun tak tau.. Tiap2 kali aku bukak new post je, aku akan menaip..

Memang itu bukan masalahnya, sebab masalah yang betulnya ialah bila aku dah nak habis taip.. Tiba2je aku pergi log out.. Maka tinggallah entry itu menjadi draft yang kesepian.. Eh, bukan kesepian lagi dah sebab dalam tu dah ada berapa banyak draft aku buat..huhu

Jadi, demi mengelakkan jari aku ni menjadi lupa dari terus menaip sampai habis, maka aku kenalah menaip entry ini.. Tengok, aku nak habiskan entry ni pun susah, memang nak kena lah jari aku ni.. Okaylah, aku nak pergi selesaikan semua draft2 aku tu...

P/s : Tinggal beberapa hari je lagi kita nak raya, kejap betul masa berlalu..huhu

Tuesday, August 23, 2011

Bila tekanan asyik menekan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
relax je rumput ni..

Wajib puasa di bulan Ramadhan,
Tak boleh makan di waktu siang,
Macam mana nak hidup kalau asyik tertekan,
Cuba rilek sikit barulah tenang..

Pagi2 sudah makan,
Takde nasi, hantam je bahulu,
Kalau ada banyak tekanan,
Fikir dulu masalah mana yang boleh selesai dulu..

Main mercun, mak bapak marah,
Bunga api jelah yang boleh nampaknya,
Masalah dan tekanan itu dah memang lumrah,
Jadi kenalah pandai menyelesaikannya..

P/s : Huih, lama betul aku tak buat pantun2 ni..hehe

Sunday, August 21, 2011

Perghh, ini macam mana boleh jadi..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ini memang betul2 tak boleh jadi ni.. Kalau jadi jugak, aku still tak boleh biarkan perkara ini berlaku.. Mana taknya, kalau benda ni terjadi dekat korang pun, aku jamin yang korang pun akan tak puas hati punya.. Okay2, meh sini aku ceritakan dengan lebih lanjut lagi..

Di saat korang membaca entry ini, aku mungkin sudah tertidur dengan lenanya.. Kecuali lah kalau korang baca time siang, sebab masa siang aku tak boleh tidur dengan lena.. Dah2, ni apa kes tiba2 pasal aku tidur lena atau tak ni..?? Ceritanya macam ni.....

Malam tadi, ketika aku sedang mengonline kan diri.. Maklumlah, seharian tak dapat pegang lappy ni, so kira balas dendam lah sikit..hehe. Aku seakan2 terasa ada kehadiran makhluk lain pulak sedang memerhatikan aku.. Ah sudah, takkan time bulan2 puasa ni pun still ada hantu kot..??

So, aku pun buat2 lah tidak menghiraukan tentang kehadiran dia.. Tapi makin lama aku biarkan, makin menjadi2 pulak makhluk ni mengacau aku.. Aku dah tak boleh tahan lagi dah.. Aku pun pergilah ke dapur dan hidupkan api untuk membakar sesuatu..

Setelah aku membakar benda tu dan asap pun sudah mula memenuhi ruang rumah aku.. Maka aku dapati yang makhluk itu pun mula hilang dan tidak mengacau aku lagi.. Aku pun biarkan ubat nyamuk tu menyala dihujung dinding, yelah manalah tau kalau2 nyamuk tu datang lagi ke..hehe

P/s : Jangan ada sesiapa yang fikir aku bakar kemenyan sudah lah ye..hehe

Friday, August 19, 2011

Adeh, lama sangat tak menaip ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hohoho, dah lama sungguh aku tak menghadap blog ni.. Maklumlah, semakin hari kehidupan aku jadi semakin sibuk pulak.. Nak bukak blog ni pun tak sempat, tapi nak bukak game boleh je pulak..huhu.. Ala, tak kisah lah walau apa pun aku nak cakap, sebab kali ni aku bukan nak cerita kenapa aku tak update..

Sebenarnya aku nak cerita dekat korang, tentang macam mana susah dan payahnya aku untuk menaip entry ini.. Kenapa pulak aku berkata sedemikian rupanya..?? Sebab, oleh kerana aku tidak mengupdate blog inilah, ia telah menyebabkan jari2 aku kaku untuk menaip..

Korang pernah tak kena macam tu.. Ala, aku tau korang mesti tak pernah kena sebab kalau korang tak menaip dekat blog pun, korang still menaip bila bukak facebook tu.. Ini pun aku asyik memadam je perkataan2 yang entah kenapa asyik salah je..

Nampaknya aku kena banyakkan menaip lah, lepas tu barulah dapat menaip dengan sepantas kilat macam dulu.. Haha, itu pun kalau boleh lah, walau pun aku dan korang dah tau memang tak boleh punya nak menaip sepantas kilat tu..huhu

lebih kurang macam ni lah situasi aku..huhu

Tuesday, August 16, 2011

Blogger ni dah mati..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
nota untuk aku jugak..~_~

Ye, blogger ni dah mati.. Memang agak kejam ayat tu, tapi apa yang boleh aku lakukan.. Sebabnya ialah aku lah blogger tersebut, jadi tak lah kisah sangat bila nak gunakan ayat yang sebegitu untuk diri aku..hehe. Err, aku macam pening pulak dengan ayat yang itu..

Ah, abaikan jelah ayat yang memeningkan tu.. Sebenarnya aku telah kematian idea untuk aku isikan dalam blog ni.. Sebab tu aku tidak dapat nak mengupdate seperti dulu, ditambah lagi dengan kekejaman masa yang sentiasa membuatkan aku sibuk ni..huhu

Apa, korang ingat aku dah betul2 mati ke..?? Kalau aku dah mati macam mana lah pulak entry ni boleh wujud, nanti korang jugak yang takut nak bukak blog ni..hehe. Macam yang aku cakapkan tadi lah, idea2 aku telah pergi meninggalkan aku sendirian..

Maka tinggallah blog ini sepi terbengkalai di telan masa yang kian bergerak pantas.. Chewah, macam nak bersajak pulak aku ni.. Aku nak membuat entry time ni je telah menghasilkan sebanyak 5 draft.. Semua dengan tajuk yang berbeza..

Yang sama hanyalah isi sahaja sebab aku tak isi apa2 pun dekat dalam draft2 tu.. Dah lah, aku nak pergi tidur lah, penat sangat sebab memikirkan idea untuk entry ni..huhu

P/s : Aku tau yang aku dah banyak buat entry bagitau yang aku tengah takde idea ni..huhu

Sunday, August 14, 2011

Bila ego telah tercabar..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

kan aku dah kata, bukan Ego yang ini..
Semua orang ada ego kan..?? Tipulah kalau korang kata yang korang takde ego, kalau tak kenapa korang nak bergaduh antara satu sama lain..?? Err, ini bukan nya ego yang tukang rasa makanan dalam cerita Ratatouile tu.. Kalau yang itu memang lah korang takde..

Semua orang tau yang lelaki dikatakan mempunyai sifat ego yang agak tinggi, namun wanita juga tidak terlepas dari tanggapan tu.. Jadi disini, aku nak menasihatkan diri aku dan kalau korang nak amik nasihat aku ni pun bagus juga..

Janganlah terlalu ego sangat, kalau dah tau diri tu salah, mengaku je salah.. Jangan nak pergi tuduh orang lain pulak, kesian dekat orang yang di tuduh tu.. Dia pun ada jugak perasaan dan maruah yang perlu dijaga.. Dia pun ada juga anak bini/suami yang dia kena jaga..

Eh2, ni apahal sampai anak bini pun masuk sekali ni..?? Okaylah, apa2 pun kalau nak tunjukkan ego tu memang boleh.. Tapi jangan lah selalu sangat, nanti semua orang akan muak dan meluat tengok muka korang tu.. Yelah, siapa yang suka dengan orang yang asyik sangat nak menang kan..

P/s : Huhu, demam lah pulak time2 puasa ni..T_T

Friday, August 12, 2011

Selamat pagi Jumaat..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Just nak ucap selamat pagi je..hehe

P/s : Adeh, tiba2 je sakit perut pagi2 ni..huhu

Thursday, August 11, 2011

Ala, time malas ni jugak ko datang ye..huhu

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Dah takde lain ke ko nak datang hah..?? Kenapa mesti time aku sedang ketiadaan semangat dan mood ni jugak ko nak datang memunculkan diri.. Ko ni memang pandai kan nak buatkan aku terpaksa menghadap ko 24 jam setengah.. Ish, ish, ish....

WHY..!!!! (eceh, nak speaking pulak aku..hehe)
Hehehe, sebenarnya aku tak tau sama ada aku nak marah atau tidak.. Nanti ketika korang nak bagi komen nanti, korang bagitau aku ye apa yang patut aku rasakan sekarang ni.. Macam ni, pada saat korang membaca entry ini..

Aku di dalam mood yang amat malas sangat untuk menghadap blog ni.. Dah lah dengan masalah entry lambat publish dekat dashboard.. Di tambah lah lagi dengan kehadiran idea yang amat mendukacitakan.. Idea aku ni agak2nya kena ikat jugak kot time bulan puasa ni..huhu

Tiba2, semalam time aku tengok nuffnang.. Laa, ada BE (Buffered Earnings) baru pulak yang masuk.. Korang tau tak apa maksudnya ni..?? Laa, korang still tak tau lagi.. Masalahnya ialah, bila time iklan ni berjalan, dan aku pula malas nak tarik orang masuk blog aku..

Ini akan membuatkan BE itu tidak mendatangkan wang.. Bila dah jadi macam tu, macam mana nak dapat duit RM 10 juta macam dalam entry lepas.. Jadi, apa pendapat korang sekarang ni.. Apakah aku patut marah sebab BE tu datang time aku malas ni atau aku patut marah sebab kemalasan diri aku ni..??

P/s : Apa2 pun terima kasih lah kepada nuffnang sebab still tak jemu bagi BE dekat blog yang dah mula nak diabaikan ni..huhu (terharu ni..)

Tidur itu lebih best dari termenung..

Salam dan hai kepada readers sert para pembaca semua..

Eh, betul ke apa yang aku tulis dekat bahagian tajuk tu..?? Siapa yang setuju dengan tajuk diatas tu sila angkat tangan berserta kaki anda.. Huih, ramainya yang angkat tangan.. Tapi kenapa tak angkat kaki sekali.. Hehe, cukuplah dengan apa yang aku merapukan ni..

Sebenarnya ada sebab aku tulis benda ni.. Korang nak tau ke apa sebabnya ni..?? Kalau nak tau, sila lah duduk dan baca dengan penuh berhati2 ye.. Mana lah tau kalau2 korang tersalah baca, nanti korang jugak yang salah faham dengan entry ni..

Aku tulis tajuk tu adalah disebabkan....
....
....
.....
.....
.....
.....
.....
Adalah disebabkan.....
.....
.....
.....
.....
.....
Disebabkan....
....
....
....
....
....
(Woi, bila ko nak bagitau ni..!!)

Hehe, okay2 aku bagitau lah ye.. Sebabnya ialah aku tengah mengantuk sekarang ni.. So, daripada aku termenung menghadap blog ni, lebih baik aku tidur.. jadi, itulah sebabnya aku mengatakan bahawa tidur itu lebih best dari termenung..^_^

P/s : Aku tau entry ni entah apa2, so kalau korang nak marah or mengata pun aku tak kisah..huhu

Wednesday, August 10, 2011

Malas taip, so wordless wednesday jelah ye..hehe

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Muahahaha..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Dah kenapa pulak dengan aku sekarang ni..?? Apakah aku sudah tidak mempunyai daya kestabilan terhadap minda dan jasad aku ini..?? Atau aku sudah dirasuk oleh hantu kum-kum..?? Eh, tapi masa bulan puasa kan takde hantu.. So, memang tak mungkin lah aku kena rasuk kan..

Hehehe, entah lah kenapa dengan aku ni.. Tiba2 je aku rasa macam nak gelak kuat2, tapi rasa segan pulak kalau2 mak aku dengar nanti.. Jadi, aku gelak lah dekat dalam blog ni.. Korang nak tak join gelak dengan aku, nanti takde lah penat sangat kan..

Err, apa lagi ye aku nak cerita ni..?? Aku rasa itu jelah benda yang aku nak bagitau dekat dalam entry ni.. Dah lah, aku nak pergi  sambung gelak lagi ni.. Muahahaha..!!!

"Wei, korang tak nak gelak ke..?? Hahahaha"

Monday, August 08, 2011

Mencari sekelumit ruang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Semakin hari masa sudah semakin pandai berlari.. Dia sudah semakin pandai untuk cuba memintas kita.. Jika kita tidak pandai mengatur langkah, sudah pasti masa itu akan berlari dan terus berlari.. Jika kita masih leka dan lalai, sudah pasti masa akan mengejek diri kita ini..

Walawei, ni apahal dengan penulis blog ni..?? Dah mula nak bermadah2 bebagai ni, apakah yang sedang berlaku terhadap diri penulis blog ni..?? Okay, sebenarnya aku tengah sibuk membuat assignment.. Jadi ketika aku membuat tu, tiba2 aku terfikirkan sesuatu..

Baru2 ni aku dah dapat merasakan yang kehidupan aku sudah mulai di selubungi dengan keadaan yang bernama sibuk.. Aku merasakan bahawa aku sudah tidak mempunyai masa atau ruang untuk aku duduk memikirkan tentang perancangan hidup aku..

Chewah, betul ke itu yang aku nak lakukan..?? Entah lah, aku pun tak tau apa benda yang aku repekkan ni.. Dah lah, aku nak sambung buat assignment balik.. Lepas tu kalau tak mengantuk barulah aku menghadap blog ni lagi..

P/s : Nak buat assignment pun rasa malas je..huhu

Cara untuk tidak cepat letih di bulan puasa..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Di bulan puasa ni, korang semua mesti ada cara2 tertentu untuk buatkan diri korang tak cepat penat di siang hari kan.. Kalau penat masa malam, itu namanya penat sebab dah kenyang makan makanan berbuka tadi..hehe. Lagi pun kalau penat masa malam, korang tidur jelah, apa yang susah sangat..

Tips ni pun aku rasa korang ramai yang dah praktikkan, tapi oleh kerana aku tetap juga nak bagitau, so korang baca jelah ye..

* Ketika sahur, banyak kan meminum air kosong..
* Baca selawat setiap kali korang meneguk air tu.. (tak kisah lah air apa pun..)
* Minum sebanyak 100 teguk air ketika sahur.. (kadang2 je buat..huhu)
* Di siang hari, jangan fikirkan tentang makanan tetapi fokus kepada kerja..
* Tak payah sibuk2 tengok jam sebab tak sabar tunggu waktu berbuka..
* Tidur (ini kes bagi yang dah tak larat sangat..)

Okay, itu jelah antara cara2 atau tips yang sudi aku kongsikan.. Cara ni juga aku dah lama guna, sejak aku budak2 lagi aku dah gunakan cara ni.. Dan nampaknya ia berhasil terhadap diri aku, tapi aku pasti yang korang pun akan terima kesan yang sama macam aku juga..

P/s : Kalau korang ada apa2 cara lain, share2 lah dekat aku ya..^^

Senarai makanan yang tak boleh dimakan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Still kenyang dengan makanan ketika waktu berbuka tadi, tapi oleh kerana aku dah bersemangat untuk menaip ni, maka aku teruskan jugalah membuat entry ini.. Korang tadi berbuka apa ye..?? Mesti penuh satu talam kan, kalau tak pun penuh satu meja..hehe

Tapi ketika korang sedang enak memakan juadah berbuka tadi tu, apakah korang sudah pasti dan yakin dengan status kehalalan makanan tersebut.. Maklumlah, sejak kebelakangan ni kan kita sudah banyak kali dikejutkan, sampai ada yang melatah sebab terkejut bila dapat tahu barangan yang kita selalu guna tu tak halal..

Contoh yang terbaru ialah tentang produk Dato' Siti tu, aku still tak tau betul atau tidak sebab aku pun baru je tau ni..hehe. Ye, aku tau memang takde kena mengena dengan makanan pun.. Tapi kalau korang nak kaitkan juga dengan makanan, cuba tengok butter Golden Churm tu..

Tadi pun aku baru dapat tau dari beberapa kawan aku, katanya sekarang ni memang sudah banyak makanan yang dah tak boleh dimakan.. Dorang ada jugak bagitau aku beberapa jenama makanan yang tak boleh dimakan tu.. Tapi aku tak berapa pasti lah sama ada nak bagitau korang atau tak..??

Okay lah, aku bagitau jelah apa jenamanya ya, nanti bila aku dah pasti yang makanan tu boleh dimakan, aku delete lah entry ini.. Ini antara jenama makanan yang kawan aku sebutkan tadi..:

* Maggi
* KFC (Kentucky Fried Cacing Chicken)
* Beras Cap Rambutan
* Roti Gardenia
* Biskut Tiger / Oreo / Munchy's

Ya, itulah antara jenama2 makanan yang tak boleh dimakan pada siang hari di bulan Ramadan ni bagi mereka2 yang diwajibkan untuk menjalani ibadah puasa.. Kalau korang tak percaya juga, korang pergilah ajukan kepada pihak2 yang bertanggungjawab ye..hehe

Okay, just nak ingatkan dekat korang ye.. Ini adalah entry gurauan sahaja, korang jangan lah amik serius pulak dengan apa yang aku tulis kan dekat atas tu ye.. (Tapi dah memang betullah yang kita tak boleh makan makanan tu masa tengah berpuasa..)

P/s : Aku ingatkan nak tambah lagi banyak jenama makanan supaya korang akan bertambah percaya dengan apa yang aku tulis tu..hehe

P/s (lagi sekali) : Entry ni lambat pulak keluarnya..huhu

Sunday, August 07, 2011

Yelah, aku tau yang aku dah tak diperlukan lagi..huhu

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ye, aku tau lah yang aku ni dah lama menyepikan diri aku ni kan.. Seingat aku, last entry aku ialah pada 5 tahun yang lalu.. Okay, aku tau tu memang tipu pun.. Macam mana last entry aku ialah pada 5 tahun lepas sedangkan aku baru berblog selama 7 bulan..??

Aku tau yang sejak kebelakangan (asyik belakang je, depan lah pulak) ni aku kurang aktif untuk berblogging.. Tapi apakah salah untuk aku merehatkan diri aku ini..?? Salah ke untuk aku berhenti seketika dari dunia blogging ni..??

Aku juga tau yang di saat aku berehat itu, sudah semakin ramai blogger2 yang wujud di luar sana.. Kini bila aku kembali semula, ada je masalah yang datang nak melunturkan semangat berblog aku ni.. Ibarat blog aku ini sudah tidak ada tempat lagi di dunia maya ini..

Aku kecewa, mengapa kah di saat setelah aku pergi mempublishkan entry terbaru ku.. Ianya tidak terpampang di dada2 dashboard.. Setelah beberapa jam, barulah entry tersebut dipamerkan.. Aku tak suka kejadian ini berlaku..

Ini akan membuatkan para pembaca blog aku tertunggu2 dengan kehadiran entry terbaru aku itu.. Aku dah pernah menyatakan hal ini dalam entry aku yang lepas.. Tapi oleh kerana sifat malas menguasai diri ketika ini, maka aku pun malas lah nak pergi mencari entry tersebut..hehe

Wahai blogspot, apakah kau masih lagi didalam masalah.. Cepat2 lah kembali seperti sedia kala, aku malas lah nak berhadapan dengan masalah2 yang macam ni.. Nanti kalau semangat blogging aku hilang balik, memang susah untuk aku menghadap blog ni..huhuhu

Saturday, August 06, 2011

Laa, aku tak update apa2 lagi rupanya..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku sebenarnya tengah dalam dilema untuk mempublish entry ni.. Apa, korang ingat kalau nak buat keputusan kawin je ke nak kena dalam dilema, nak publish entry pun boleh dalam dilema jugak tau.. Tapi walau macam mana pun aku dah amik keputusan untuk mengeluarkan entry ini..

Entry yang lagi satu tu aku keluarkan pada malam esok lah.. Tapi itu pun jika aku masih dapat mengekalkan tahap memori aku menyimpan idea ni lah.. Dah2, back to the future title yang ada dekat atas tu.. Sebenarnya aku baru tau yang aku tak update dari malam semalam..

Tapi korang bukan pun heran sangat kan, sebelum ni pun aku pernah tak update selama 2 hari lebih.. Jadi apa lah yang bestnya sangat sampai aku mengeluarkan entry ni..?? Entah lah aku sendiri pun tak tau kenapa aku rasa macam ada sesuatu je yang aku nak ceritakan dekat korang dalam entry ni..

Aaarghh, tensionnya aku.. Ketika ayat yang korang baca ni, aku telah mengambil masa selama 15 minit untuk mencari ayat yang boleh aku gunakan demi menyambung entry ni.. Namun nampaknya aku terpaksa menghabiskan entry ni.. Rasa letih bebenor aku nak mencari ayat2 ni..huhu

P/s : Memang tension betul lah, bulan puasa ni aku betul2 telah kekeringan idea..T_T

Friday, August 05, 2011

Masa bulan puasa ni kena cerita tentang puasa je ye..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Wei, betul ke tidak ni..?? Aku betul2 tak tau ni, kalau betul nampaknya aku kena lah buat cerita2 macam tu.. Maklumlah, baru tahun ni aku buat blog, so aku tak tau lah apa nak ditulis pada bulan puasa ni.. Ni ada tak sesiapa yang sudi menjawab persoalan yang terbuku teks dalam hati aku ni..??

Sebenarnya aku tanya sebab sejak kebelakangan ni aku tengok korang2 ni banyak update cerita tentang menu berbuka lah, senarai harian ketika berpuasa lah.. Ada blogger lain pulak, dorang cerita tentang pengalaman puasa dorang masa kecik2 dulu..

Jadi apabila aku melihat keadaan ini berlaku, aku mula rasa macam terikut2.. Bila dah terikut2 ni, idea aku untuk mengenakan korang lagi macam dulu mulalah lah hilang.. Itu sudah menambahkan sebab aku kurang update pada minggu ni..huhu

"Eleh, ko cakap jelah yang ko takde idea masa bulan puasa, ini nak salahkan orang pulak", suara misteri..

Hehehe, alamak dah terkantoi pulak.. Okay lah itu je yang aku nak tulis pada petang ni.. So korang jangan lupa untuk menjawab persoalan aku pada bahagian tajuk tu ye.. Tak tau nak jawab dekat mana ke..?? Kalau tak tau, korang kena lah pandai2 cari dekat mana tempat yang korang boleh jawab soalan tu..hehe

P/s : Ish2, entah apahal pulak aku takde ayat untuk aku tambahkan lagi..huhu

Huhuhu, sakit tau bila kena ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Err, nak sambung balik ke tak huhuhu tu ye.?? Aku rasa nanti lah aku sambung balik, sebab aku tau yang korang ni sudah pasti nak tau apa benda yang menyebabkan kesakitan ini kan.. Dan sebelum tu korang juga pasti nak tau siapa yang mengalami kesakitan ini..

Apa..!! Laa, korang tak nak tau and tak nak amik tau pun rupanya.. Kalau macam tu tak mengapalah, biarlah aku pergi membawa perasaan yang sudah cedera parah ini.. Chewah, ni apahal pagi2 buta ni aku dah mula mengeluarkan ayat2 yang sungguh sendi mental sentimental..

Tak ada apa sebenarnya, aku nak bagitau dekat korang yang sekarang ni aku tengah menghidapi penyakit ulser mulut atau pun Fbalouruz Diamiga.. Itu adalah nama saintifik yang aku reka, kalau nak yang betul korang google lah sendiri..hehe

Penyakit ni aku dah banyak kali kena, so dah tak berapa nak heran lah sangat.. Tapi masalah kali ini agak lain pulak, sebabnya aku kena pada bulan puasa.. Lepas tu ulser tu pulak bergesel dengan gigi, memang susah bebenor aku nak bercakap dengan orang time ni..

Lagi satu, aku terpaksa la pulak sentiasa tersenyum bagi mengelakkan ulser ni kena dekat gigi.. Sampai ada orang tegur and tanya aku kenapa aku asyik tersenyum je..huhu. Korang ada tak cara2 untuk buatkan ulser ni cepat kecut..??

Korang tak payah lah suruh aku gunakan bonjela sebab benda tu dah tak bagi effect dah.. Garam pun sama juga, dah lah tak makin kecut tapi jadi makin banyak pulak..huhu lagi sekali.. Okay lah, aku nak sambung huhu tadi... Huhuhuhu....!!!

Thursday, August 04, 2011

Aku tak kira, aku nak berbuka jugak sekarang ni..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ni apahal pulak dah petang2 ni aku sibuk nak berbuka ni..?? Apakah aku dah tak tahan lagi nak menghabiskan puasa pada hari ni..?? Jika korang pun fikirkan benda yang sama, itu bermakna aku ni boleh meramal masa depan lah ye..hehe

Sebenarnya aku teringatkan time aku zaman kanak2 dulu.. Aku cuma tak ingat masa tu aku umur berapa tahun je.. Tapi kalau tak silap aku masa tu still nak belajar berpuasa lah.. Masa tu lebih kurang macam masa petang ni lah.. Aku baru je balik kerumah selepas bermain..

Bila masuk je dekat rumah aku terus menuju ke peti ais dan mencari air sirap.. Tapi malangnya dalam peti ais tu takde air sirap pulak.. Yang ada cuma adalah satu2nya air yang paling aku tak minat iaitu air kosong atau air sejuk.. Oleh kerana yang ada hanyalah air itu, maka aku merancang satu strategi perniagaan..

Aku plan nak minum air time dekat2 nak berbuka nanti sebab masa tu mak aku mesti dah sediakan air sirap.. So aku pun menunggu lah dengan penuh sabar di depan tv.. Tiba2 kawan aku panggil pulak ajak main lagi, ala aku tak ingat pulak dia ajak main apa..huhu

Tapi yang aku ingat ialah aku pun pergi main sampai aku sedar2 mak aku panggil sebab katanya waktu berbuka nak masuk dah.. So bila aku masuk je dekat rumah, mak aku suruh pergi mandi dulu dan bila aku selesai mandi azan pun berkumandang lah di corong2 radio tv..

So, plan aku untuk berbuka sebelum masuk waktu pun tidak lah kesampaian.. Tapi kira okay lah sebab dapat sempurnakan puasa pada hari itu.. Untuk hari ni, aku harap dapat juga sempurnakan puasa aku macam masa aku kecik2 dulu..

P/s : Aku tak tau kenapa aku tak suka dengan air masak masa aku budak2 dulu..

Ada ke puasa mata..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Aku malas la nak ceritakan dekat korang kenapa aku tidak mengupdate segila dan sekencang mahu pun sebanyak dulu sejak minggu lepas.. Tapi itu tak bermakna aku tak update disebabkan malas ye, aku cuma terlampau buzy mengalahkan orang paling buzy di dunia ini..(err, macam tipu je..)

Aku teruskan kepada apa benda yang aku nak ceritakan je lah ye.. Dalam entry ini tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa kerana entry ini diciptakan terus sejurus tajuk itu masuk kedalam kepala otak aku ni.. Korang tak tau tajuk entry ni apa..?? Pergi lah scroll ke atas tu kejap ye..

Pada bulan puasa ni kita bukan sahaja disuruh untuk menjaga perut dan nafsu makan sahaja ye anak2 sekalian.. Pada bulan ini juga kita disuruh untuk menjaga seluruh anggota badan termasuk mata, mulut, hidung dan yang lain tu korang fikir2 kan lah ye..

Eh, ni apahal aku bermukadimah macam seorang penceramah yang tak bertauliah ni..?? Okaylah aku teruskan jelah ye.. Betul ke ada puasa mata..?? Kalau korang tak tau korang boleh lah aku bagitau dekat sini ye.. Ye, puasa mata tu memang ada, ia bermaksud menjaga mata dari melihat benda2 yang lalai..

Bila masuk bab puasa mata ni mesti orang lelaki je yang kena attack dulu kan..?? Ala, korang yang perempuan jangan nak tipu lah, aku tau apa yang tersimpan jauh di lubuk hati korang tu.. Chewah, menipu betul aku ni kan..hehe

Tapi dari pemerhatian aku lah, perempuan juga kena puasakan matanya.. Apa..?? Korang tak percaya dengan apa tulis ni.. Betul lah, aku tengok kalau orang perempuan melihat baju2 yang ada dekat kedai mahupun pasar malam tu..

Ada yang aku nampak dorang macam rambang mata pulak.. Lepas tu dah lah tengoknya sampai berjam2 lamanya.. Tengok je lama tapi belinya tidak pun, kesian dekat tokey kedai tu sebab kena pulak melayan kerenah orang yang macam tu..

Owh, ada yang tak dapat terima juga dengan apa yang aku tuliskan ni.. Kalau ada tu aku tak marah, itu just dari apa yang aku nampak sepanjang berpuasa tahun lepas je.. Tak tau lah kalau tahun ni dah takde orang yang buat macam tu lagi..hehehe

P/s : Terpanjang pulak entry ni, maklumlah sebab dah lama tak menaip..hehe

Entry lepas sahur..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ye, aku sebenarnya baru je lepas sahur ni.. Tadi aku makan nasi dengan lauk pari je, dan aku tau korang mesti bersahur sambil memakan makanan yang jauh lebih enak dan sedap kan.. Ni apahal ayat aku ni macam ayat dalam karangan bm je ni..??

Lantaklah, mari kita abaikan sekejap perenggan diatas ye.. Sebenarnya tujuan aku membuat entry lepas sahur ini adalah kerana aku ingin melihat sama ada adakah time ini korang sudah bangun atau korang masih tidur.. Atau mungkin korang dah sahur lebih awal dari aku..

Macam mana aku boleh tau..?? Kalau nak tau, korang kenalah baca entry ni sampai habis ye..hehe. Tak lah sebenarnya aku nak tengok sama ada adakah time ni antara waktu yang sesuai untuk aku mengupdate entry.. Ala, kiranya aku buat eksperimen lah mengkaji hubungan diantara waktu sahur dan waktu post entry..

Kalau ketika entry ini dipublish akan mendapatkan blog aku traffik yang tinggi sikit, itu bermakna lain kali boleh lah aku update time lepas sahur ni.. Korang pun nak test jugak ke cara aku ni..?? Ala cuba je, tak payah nak rasa malu dan segan..hehe

P/s : Tengah tahan mata ni jangan bagi terlelap, kalau tak memang terlepas lah subuh nanti..huhu

Monday, August 01, 2011

Ala2, kesiannya dia..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ala bucuk2, jangan lah merajuk okay.. Okay, kita janji bila selesai je semua problem ni, nanti kita datang jenguk awak balik ye.. Ala, jangan lah nak muncung2 pulak, nanti tak cantik lah.. Eh, tengok tu ada lembu naik basikal..!! Hah, kan cantik bila awak senyum..

Alamak, ni apahal dengan tuan blog ni, apakah dia sudah menjadi blog ini sebagai blog untuk cerita cinta2 ni..?? Tak lah, sebenarnya itu adalah ayat untuk aku memujuk blog ni.. Itu pun jika blog ini adalah seorang wanita yang aku sayangi..hehe

Yelah, kan aku dah mengabaikan blog ni sehingga hampir sepurnama seminggu lamanya.. Kalau blog ni boleh merajuk, mesti dia dah merajuk dengan aku sekarang ni.. So kenalah buat ayat pujuk memujuk.. Apa, korang ingat dekat awek je nak kena pujuk2 ni..hehehe

Okay2, kembali kepada tujuan asal entry ini.. Sebenarnya aku nak bagitau yang sejak kebelakangan ini aku teramat sibuk.. Sampai aku takde masa untuk menghadap blog ni.. Masa malam pun tak sempat sebab bila time malam je aku dah baring kepenatan..

Hari tu aku nak ubah blog ni pun cuma dapat buat sekerat jalan je.. Takpe, nanti aku akan cari lagi masa agar aku dapat mengubah2 blog ni lagi.. Lagi satu, aku pun dah lama tak singgah blog korang.. Agak2nya mesti korang pun dah lupakan aku kan..huhu

Sudah lah tu, aku ada kelas petang ni so aku taip sikit ni jelah ye.. Nanti bila ada aku akan fokus balik dekat blog ni ye.. Owh ye, lupa pulak.. Aku nak ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa bagi korang yang berpuasa ye..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...