Saturday, July 04, 2015

[Story Saturday] Ibu, bangun ibuu...

Salam dan hai kepada para readers semua...

Petang itu hujan turun dengan lebat sangat lebat. Sudah hampir dua jam tanah bumi ini dibasahi dengan air yang jatuh dari langit ini. Melihat dari keadaan dada-dada langit, tiada tanda yang menunjukkan hujan akan berhenti dalam masa terdekat ini. Ketika hujan sedang berderai itulah, sepasang adik beradik sedang leka melakukan hal masing-masing didalam bilik.

Si Abang sedang leka menonton tv, manakala Si Adik pulak sedang sibuk mewarnakan buku mewarna yang telah diberikan oleh ibunya pada minggu lepas. Sedang mereka berdua sibuk melakukan hal masing-masing. Tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan juga tanda, bumi bergegar dan seiring dengan gegaran itu ialah satu bunyi dentuman yang sangat kuat.

Kedua-dua beradik itu terkejut kerana pada masa yang sama juga sambungan elektrik dirumah mereka turut terputus, ini menyebabkan keadaan rumah itu menjadi gelap dan suram. Si Adik yang masih lagi terperanjat hanya duduk sambil memegang pensil warna kuning yang sedang digunakan tadi. Si Abang pula sejak dari bunyi guruh kuat tadi lagi sudah baring meniarap dibawah kerusi demi melindungi diri.

Setelah beberapa hela nafas dilepaskan, barulah Si Adik mula mencari ibunya. Si Adik menangis sambil memangil ibu kesayangannya. Namun setelah beberapa kali Si Adik memanggil, bayang ibunya pun tidak kelihatan. Si Abang dengan pantas pergi ke arah Si Adik tadi dan terus memujuk adiknya itu agar berhenti menangis.

Si Adik masih lagi menangis dan memanggil ibunya. Dia berharap yang ibunya itu akan memujuk dirinya, bukan abangnya. Si Abang terus berusaha memujuk adiknya walaupun dia sedar yang tangisan adiknya itu semakin kuat. Kemudian barulah Si Abang mendapat akal, hanya cara ini sahaja yang dapat membuatkan adiknya itu senyap.

Sementara Si Adik tadi masih lagi menangis, Si Abang berdiri dan mengajak Si Adik untuk terus mengikuti dirinya. Si Adik memandang abangnya dan kemudian dia juga turut berdiri serta cuba untuk berhenti menangis. Si Abang memimpin tangan adik nya itu kemudian ditariknya agar Si Adik tidak terlepas dari genggaman tangannya.

Sampai lah mereka berdua dihadapan pintu sebuah bilik, Si Abang mengangkat tangannya untuk membuka pintu bilik tersebut dan sementara itu Si Adik hanya memandang sahaja perbuatan abangnya. Pintu bilik itu dibuka dan mereka berdua mula melangkah masuk. Langkah kaki ditujukan kearah katil yang terletak di penjuru bilik itu dan kini mereka berdua berdiri disebelah satu susuk tubuh yang sedang terbaring kaku.

"Ibu, bangun ibu.. Adik takut guruh.."
Tangan Si Abang menggerakkan tubuh yang sedang terbaring itu, namun tubuh itu tidak memberikan sebarang petandan untuk bergerak.
"Ibuuuu..... Adik takut....."
Giliran Si Adik pula cuba menggerakkan tubuh yang terbaring tadi, namun masih sama juga. Tubuh itu masih lagi terbaring kaku.
"Ibuuu, kenapa ibu tak bangun bu..."
Si Abang mula cemas, tiba-tiba dia sedar yang tubuh badan yang dipegang itu masih lagi tidak bergerak, lalu Si Abang dengan segera menggoncangkan tubuh tadi dengan kuat.

"HOIII, JANGAN KACAU ORANG NAK TIDUR LAH..!!!"
Jerit salah seorang pesakit yang berada dihospital sakit jiwa, Si Abang dan Si Adik berlari menyelamatkan diri sambil ketawa terbahak-bahak dan kemudia mereka berdua pergi pula mengganggu pesakit lain yang sedang tidur petang..

P/s : Aku tak tau kenapa aku nak sangat buat plot twist camtu..

8 comments:

Hazyyy said...

plot twist dapat sakit jantung

Cik Roxa said...

hahahha, baru nak tangkap feeling... hahaha.
adesss, terkena dgn plot twist tu...

Arpiiz said...

@Nur Haziqah Mohd Rosli : Hahaha, jangan lah sampai sakit jantung.

Arpiiz said...

@Ct Roxalynna NH : hehe, baru nak tangkap ye. Lain kali saya buat cerita sampai dapat tangkaap feeling nya.

Semut Senyum said...

hhahaaa... adoi laaa...
rasanya boleh start nyanyi lagu..
tipah tertipu tertipu tertipah.. hehehehe
terer... plot twiss...

Najmi Nawawi said...

boleh terbit buku ni

Arpiiz said...

@Semut Senyum : Hahaha, jom nyanyi sama-sama.

Arpiiz said...

@Najmi Nawawi : terbit buku nota boleh lah kot.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...