Monday, April 04, 2011

Kesilapan dalam berblog...

Salam isnin buat mereka2 yang sedang sibuk tu.. Bagi yang tak sibuk tu, meh kita layan blog nak tak..?? Kalau tak nak boleh layan tv, aku suka tengok tv.. Eh, apa benda yang aku tulis ni, nampaknya jari aku ini sedang rajin menaip perkataan yang tak kena dengan tujuan entry ini..

Okay, kita kembali ke rancangan.... Hah,tengok ni, jari aku terlajak tulis lagi, tapi tak mengapa kerana korang boleh abaikan ayat tu kan.. Seperti yang korang baca dekat tajuk tu, sebenarnya terdapat beberapa kesalahan2 yang tertakluk di bawah undang2 kerajaan semut.. Hish, tak habis lagi penangan semut ni dari semalam and apa pula kena mengena antara semut dengan blog ni..??

Di sini aku bagitau antara beberapa kesalahan yang tidak patut korang lakukan jika mahu membuat blog.. Sekiranya korang mengamalkan prinsip "ini blog aku, suke hati aku", korang tetap juga kena patuhi adab2 yang telah disediakan.. Kalau korang nak tau apakah adab2 dan kesalahan yang tak patut korang lakukan itu, sila tutup mata dan buka separuh saja.. Gurau je..^^

* Menggunakan ayat2 yang berupa unsur tanah carut marut dan caci maki..
* Mengeluarkan entry yang memalukan orang dan diri korang, tapi kalau tujuan bagi pengajaran takpe lah..
* Membuat entry ugutan/ menghasut, kalau kena tangkap ni memang kena tindakan undang2 negara Malaysia la..
* Korang tak boleh melompat atas katil, makan kek mahupun minum air sirap ketika blogging..
* Dilarang merokok ketika berblog sebab korang ingat dekat hospital je ada larangan tu, dekat blog pun sama tau..hehe
* Jangan sesekali tiru a.k.a kopi pes(copy paste) entry orang..

Cuma itu jelah yang aku nak bagitau.. Err, yang no-4 dan 5 tu  kalau korang nak buat pun tak pe sebenarnya, aku saje je tulis macam tu..hehe. Kenapa aku tulis benda ni..?? Sebab aku nak korang tau yang blog ni boleh dibaca oleh semua orang diserata dunia.. Korang tak percaya, korang boleh check dekat entry aku yang ini..>> entry ini..

Selain itu, kita tak nak lah setiap penulisan kita itu boleh membuatkan orang lain terluka.. Kalau benda tu berlaku, nanti kita boleh dapat dosa tau.. Tapi sekiranya korang degil juga nak langgar lampu isyarat pantang larang tok kaduk ni, korang tukarkan lah blog korang tu kepada private blog ye..

9 comments:

Sunah Sakura said...

hati-hati dalam penulisan kita, sama macam kena hati-hati kat dunia realiti..

mykhalis said...

blog unutk wat kawan..bukan tambah lawan..kan??

hottest entry di blog khalis :
Ada apa dengan DARA

amal said...

ye..ye..betol tu.budi bahasa kan,budaya kita.hak bersuara pun kena ada limitnya. :))

Arpiiz said...

sunah : setuju tu..

mykhalis : eh, bukan blog untuk cari duit ke..hehe, gurau je..

cik ina : yey, ada orang setuju..^^

MiszCoMoT said...

tu la kan..ney belog aku..suka ati aku nak cakap apa nak tulis apa!!ade ke patot camtu..huhu jgnlaa..budi bahasa budaya kita..cewahhhhh kehkehkeh

KUREKURE COMEL said...

hehehe...tu lah..org selalu ckp gitu kan...

"suka hatilah..blog aku"...

hhmm...tu mcm tak kasi baca blog dia la tu gamaknye...hihihi...

Bunga said...

hati2 dalam setiap bait perkataan.

zakiah said...

ehm.. setiap blogger ada tujuan berbeza dalam penghasilan blog diorang :) .. just jgn salah gunakan blog tu :)

terataiflowerz said...

setuju!!
tp mkn jajan smbil berblogging xpe kan..terutama makan mamee supaya idea dtg mencurah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...