Pagi itu aku keluar rumah sambil melihat adik aku sedang bersiap untuk pergi ke sekolah.. Aku menghidupkan motor dan menunggu adik aku dengan penuh sabar.. Pagi itu seperti biasa, sejuk dan agak berkabus.. Mungkin kerana hujan malam tadi.. Adik aku berjalan kearah aku sambil menghulurkan begnya untuk diletakkan didalam bakul motor..
Sebelum bergerak, aku sempat juga bersalaman dengan ibu aku, memang dah menjadi kebiasaan jika aku mahu keluar rumah.. Aku mula bertolak dari rumah menuju ke sekolah adik aku.. Setelah selesai menghantar adik aku itu.. Aku pun segera meninggalkan kawasan sekolah itu..
Pada waktu aku mahu melintas jalan besar, aku lihat ke kiri dan ke kanan.. Walaupun jalan agak sibuk, tapi masih ada ruang untuk membolehkan aku melintas jalan besar itu.. Pada waktu aku melintas itu lah berlaku kejadian yang membuatkan aku trauma sehingga sekarang..
Aku pasti yang jalan itu sepatutnya tiada apa2 kenderaan, tapi apa bila aku melintas sahaja.. Tiba-tiba...
Piiiinnnnnnn....!!!!
Striiiichttt....!!
Ketika itu ada sebuah motor yang tiba2 muncul dari belakang aku.. Selepas sahaja bunyi hon tu, motor kami bergesel dan aku terjatuh ke tepi jalan.. Ketika aku jatuh itu aku dapat rasakan yang masa seakan2 berlalu tersangat perlahan.. Aku segera bangun dan mendirikan motor aku semula..
Aku mencari, dimanakah penunggang motor yang bergesel dengan aku tadi.. Bila aku jalan ke depan sedikit, aku ternampak yang penunggang itu berada didalam parit tepi jalan.. Aku segera melompat kedalam parit itu dan membantu dia.. Rupanya motornya juga tercampak kedalam parit itu..
Ketika aku menolong dia mengangkat naik keatas, beberapa pemandu kereta lain berhenti dan mereka juga turut membantu.. Aku tak henti2 meminta maaf dekat orang itu walau pun aku tak pasti sama ada aku yang bersalah dalam hal ini..
Itu adalah cerita benar yang dihadapai oleh aku sendiri.. Kemalangan pertama aku jatuh pada 1 April tahun lepas.. Ini adalah antara tragedi yang memang aku takkan lupakan disamping ia pengalaman pertama, tarikh berlakunya juga bagi aku agak unik.. Hari ini ialah 1 April, aku harap takde apa yang buruk berlaku..huhu
Err, korang nak tau sambungan cerita tadi ke..?? Kalau nak, pergilah dapatkan novel grafik terbaru aku yang kini berada di pasaran..hahaha..Taklah, nanti2 lah aku citer, petang or malam nanti.. Itu pun kalau ada yang nak tau lah..
5 comments:
oww.pengalaman pada 1 April la ni.
Fuuhh adew novel tu hehhehee
cik ina : a'ah, pengalaman yang memang tak boleh dilupakan ni..
farah : hehehe, dapatkan novel itu sekarang..^^
nasib baik..semuanya ok...haiisshh...
lain kali hati2 bwk motor...
kurekure : terima kasih, lain kali saya akan lebih berhati2..
Post a Comment