Tuesday, April 24, 2012

(Game) Kelas malam..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku sekarang ni tengah cuti sem, so untuk aku mengisikan masa lapang yang tersangat lah lapang macam padang bola ni.. Aku pun try lah buat game jenis Visual Novel.. Aku nak terangkan sangat pasal Visual Novel ni pun aku tak reti, so sorrylah kepada mereka2 yang tak tau pasal Visual Novel ni..huhu

Untuk game ini, jalan ceritanya aku amik dari cerita yang pernah aku postkan dekat dalam blog ni.. Kalau korang nak baca, ini tajuknya >>Kisah Kelas Malam. Tapi kalau korang baca, nanti korang tau lah jalan ceritanyakan..?? Korang jangan risau sebab aku ada ubah sikit jalan ceritanya tu..

Game ni korang kena buat beberapa keputusan atau pilihan dan setiap pilihan itu akan membawa kepada ending yang berbeza.. So, kalau korang dah dapatkan satu ending, korang kenalah main balik semula untuk dapatkan ending yang lain..

Oleh kerana ini adalah game pertama aku, so aku pun malas lah nak buat panjang2.. Owh ye, game ni dalam bahasa melayu tau, nak buat bahasa inggeris, takut banyak salah pulak.. Nah, ini ada beberapa screenshot yang aku amik.. Manalah tau kalau2 korang tertarik nak test game aku ni..hehe

Main menu
contoh pilihan yang korang kena buat..
Download >> Kelas Malam

Edit (25/6/12) : Link ni dah mati, so kalau ada orang nak, sila bagitau ye, nanti barulah aku uploadkan.
Nak senang bagitau kat fan page lah, baru aku perasan...

P/s : Sila main pada waktu malam dan pasang speaker kuat2 ye..hehehe

Laa, bila masa dah tukar ni..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Sudah terlalu lama rasanya aku menantikan saat ini, akhirnya aku dapat juga meluangkan sedikit masa aku untuk menulis sesuatu di blog ini.. Err, sebenarnya masa tu memang banyak yang terluang, cuma aku je yang rasa malas tahap gaban nak tulis..huhuhu

Ini pun sebab malam tadi aku dah termimpi2 sampai mengigau mimpikan blog ni.. Boleh pulak aku mimpi blog ni menaip sendiri ketika aku sedang menaip di ruangan catatan ni.. Korang percaya tak..?? Hah, aku rasa korang jangan lah percaya, sebab benda tu tak berlaku pun..hehe

Owh ye, berbalik kepada tajuk tu.. Aku sebenarnya baru perasan ruangan hompage blogger ni dah bertukar wajah.. Nampak sangat yang aku ni dah lama sangat tak bukak blog kan.. Okay lah, aku tak tau lagi nak tulis apa.. Nanti kalau aku rajin, aku tulis lah lagi benda2 merepek kat sini ye.. ^_^

P/s : Sapa ada vacuum, aku nak bersihkan habuk yang tebal dekat blog ni..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...