Pada suatu malam, Linda seorang penuntut di sebuah universiti sedang berjalan di koridor fakultinya. Dia mendapat panggilan dari kawannya bahawa terdapat kelas ganti pada jam 10 malam. Walaupun dia berasa tidak percaya, namun kawannya beria-ia menyuruhnya datang.
Keadaan di koridor itu sunyi sepi sahaja. Maklumlah, sudah pukul 10.10 malam, mana ada kelas lagi. Ketika Linda sedang mencari kelasnya itu, tiba2 dia ternampak ada satu kelas di hujung koridor yang lampunya terpasang. Linda segera pergi ke kelas tersebut dan dia ternampak ada seorang perempuan yang sedang duduk di situ.
Linda masuk ke dalam kelas itu dan apabila dia menegur perempuan itu, rupa2nya itu adalah kawan sekelas dia iaitu Ana. Beliau gembira apabila melihat kawannya ada, jadi dia ada teman untuk bersembang sementara menunggu rakan kelas yang lain.
Linda cuba berborak dengan Ana, tapi setiap pertanyaan Linda hanya dibalas dengan senyuman. Jam tangan Linda menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia cuba menghubungi rakannya yang lain tapi tak dapat. Sehinggalah dia menghubungi pensyarahnya dan bertanyakan tentang kelas ganti.Jawapan yang Linda terima memang agak mengejutkan, kerana menurut pensyarahnya dia tidak membuat apa2 kelas ganti.
Linda mula rasa marah kerana dia sudah tertipu dengan kawan yang memberitahunya tadi. Apabila sudah mengetahui yang tiada kelas diadakan malam itu, Linda mengajak Ana balik. Namun Ana hanya tunduk dan berdiam diri sahaja. Linda cuba menarik tangan Ana, tetapi Ana enggan. Dengan pantas Linda memandang kearah Ana dan tiba2 Linda terkejut. Matanya terpaku melihat wajah Ana yang kini sudah berubah rupa.
Mata Ana kini merah menyala dan senyumannya yang manis tadi, kini bertukar kepada senyuman yang memang menakutkan. Linda cuba melepaskan tangan Ana tadi dan berlari kearah pintu. Namun entah kenapa pintu itu seperti terkunci dan Linda tidak dapat membukanya.
Linda cuba membaca apa2 surah yang dia ingat tetapi semakin Ana menghampiri dia, semakin hilang semua ayat2 yang dia hafal. Akhirnya Linda pengsan dan tidak sedarkan diri. Apabila dia tersedar, dia melihat ada beberapa orang pensyarah berada di sekelilingnya.
Salah seorang darinya menyuruh Linda minum air yang telah dibacakan ayat Kursi. Setelah minum air itu, Linda menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya. Ke semua pensyarah itu terkejut apabila mendengar cerita Linda.
P/s : Dah lama tak buat cerita..hehe
2 comments:
hehe pk betul2 la.. kena tipu sudah.. ;p
Uuuuu ~~
Post a Comment