Monday, February 06, 2012

What..!! biar betul aku ni..

Salam dan hai kepada readers sert para pembaca semua..

Perhh, apa telah jadi dekat aku ni..?? Kenapa aku sanggup dan tergamak untuk melakukan semua ini..?? Mengapaaa..!!!! Okay, cukup dengan ayat drama swasta aku itu.. Tak tergamak pulak aku untuk melihat korang termuntah apabila membaca ayat2 drama aku yang lain..

Hmm, kali ni apa benda yang telah aku lakukan ye..?? Meh kita tengok senarai check list aku ye..
-Bangun pagi.
-Mandi.
- Sarapan.
Err, aku rasa sama check list aku ni sama macam korang jugak.. So, tak payah lah aku nak membazirkan masa korang untuk membaca nya ya..

Ini lah sebenarnya yang telah berlaku.. Dah perenggan ketiga baru aku nak bagitau..?? Haish, entah apa2 lah aku ni.. Korang lihat gambar rajah dibawah ini ya..

Eh, bukan yang ini.. Yang ini buat apa.. Sebenarnya gambar yang bawah ni hah..

kalau nak tengok, klik lah bagi besar..
Hah, faham tak apa yang cuba aku jelaskan disini..?? Takpe, kalau tak faham pun tak mengapa sebenarnya, sebab aku memang akan terangkan.. Gambar yang korang tengok tu adalah gambar jumlah post aku pada bulan Januari tahun lepas..

Tapi cuba tengok gambar bawah ni pulak..??

Perghh, jauh benor bezanya kan.. Mengapa jumlah entry aku pada tahun ni jatuh merudum sangat..?? Sedih betul aku bila melihat gambar itu.. Kenapa lah aku dah tak jadi rajin macam dulu..?? Tak mengapalah, biarlah aku sendiri yang menjawab soalan2 itu..

Okaylah, aku nak pergi mengenangkan kenangan2 indah aku bersama blog ni.. Manalah tau nanti timbul balik mood blogging macam dulu..hehe

3 comments:

Tiramisu Fatiema said...

selamat kembali Arpizz..singgah sini

Faeez said...

ermmm...mengalami keadaan yg sama gak tahun ni...huhu...2012 yang malang

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehehe bz sgt ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...