Tatkala aku sedang didalam mode kemalasan untuk menaip, aku gagahkan juga jari jemari aku ini untuk membuat satu post agar, korang tidak lah terlupa bahawa aku masih lagi wujud dialam blogging ni.. Ecewah, mula2 lagi dah nak ayat2 sastera..
Kembali kepada
tengok, kucing ni pun sedih jugak.. |
Kisahnya bermula pada suatu hari.. Masa dan tarikh sebenar tidak boleh didedahkan ye..hehe. Aku baru sedar yang tarikh due date untuk aku menghantar assignment telah hampir.. Kira2 lagi 2 hari masa yang aku ada sebelum tarikh pernghantaran sampai.. Maka aku pun mulalah menyiapkan assignment itu..
Namun untuk menyiapkan assignment itu, aku perlu mendownload satu software.. Yang menjadi masalahnya ialah, sofware itu teramatlah susah untuk dicari.. Aku terpaksa menghabiskan masa selama 1 hari setengah untuk mencari dan mendownloadnya..
Tatkala aku sudah hampir mengaku kalah, akhirnya aku dapat juga link untuk download software tu.. Bayangkan lah betapa gembiranya perasaan aku.. Walaupun masa yang tinggal untuk aku siapkan assignment itu ialah malam itu sahaja..
Aku pun mulalah mengklik ke ikon software itu.. Namun alangkah hancur dan luluhnya hati aku ini tatkala melihat kekasih aku berjalan sambil berpegangan tangan dengan lelaki lain.. Eh2, apahal salah cerita pulak aku ni..?? Okay2, kembali kepada jalan cerita yang sebenar..
Betapa kecewanya aku apabila software itu tidak berfungsi seperti apa yang aku harapkan.. Puas aku klik berkali2 ikonnya, tapi tiada apa2 yang terjadi.. Aku terduduk dan terpaku sambil memandang kearah laptop aku.. Aku menjerit2 ibarat seorang suami yang telah kehilangan isteri kesayangannya..
Err, aku rasa macam melampau pulak hiperbola aku ni.. Aku sebenarnya geram je bila kejadian itu berlaku.. Akhirnya aku terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi.. Aku tak dapat untuk menghantar assignment itu pada tarikh yang ditetapkan..
Hah, macam mana dengan cerita aku ni..?? Korang dah habiskan ke belum tisu2 dalam kotak tu..?? Kalau dah habis pergi buang kotak2 and tisu yang korang dah gunakan tu ye.. Nanti kalau mak korang nampak, mesti dia marah korang..hehe
3 comments:
sabarlah, moga senantiasa dalam jagaanNya, setiap ujian dan cubaan ada Hikmahnya
la tahzan (jangan bersedih)
moga senantiasa dalam rahmatya :)
panjang betul citer nie..xpe slow2 nanti settle la..
Post a Comment