Friday, April 15, 2011

Kejadian di kedai gunting rambut..

Salam petang buat para readers yaang sedang membaca entry ini.. Korang semua dah makan..?? Kalau belum makan jom temankan aku makan pisang goreng petang ni.. Err, temankan jelah yang korang boleh buat, kalau nak ajak makan sekali takut ada yang dah kenyang pulak..huhuhu

Apa2 pun petang ni bukan nak cerita tentang aku makan pisang goreng yang masih panas lagi ni.. Tapi petang ni aku nak cerita dekat korang tentang kedai gunting rambut.. Kenapa dengan kedai gunting rambut..?? Entah lah, tiba2 itu pulak yang terlintas dalam kepala otak aku ni..

Sapa yang dekat sini tak pernah pergi kedai gunting rambut..?? Ada ke, agak susah aku nak caya kalau ada orang yang tak pernah pergi kedai tu.. Apa kejadian yang paling tension pernah terjadi ketika korang berada di kedai tersebut..??

Macam aku ni, kejadian yang bagi aku pernah buat aku tension ialah masa aku nak gunting rambut(dah nama pergi kedai gunting rambut).. Aku dah duduk dekat kerusi tu sambil memikirkan gaya2 yang sesuai untuk diberitahu.. Tiba2 telefon orang tu berbunyi pulak..

Dia pun jawablah telefon tu dengan segera dan pergi ke luar kedai.. Aku ingatkan kejap je, so aku tunggu lah dengan penuh kesabaran (dengan kesabaran konon).. Setelah dalam masa lebih kurang 10 minit lebih, orang tu tak masuk2 dekat kedainya lagi.. Sibuk bergayut dekat luar kedai tu..

Masa tu pulak aku dah sampai terlelap, bukan setakat lelap je, tapi sampai mengingau (ayat ni tipu je, jangan caya).. Aku pun segera turun dari kerusi tu dan pergi keluar kedai.. Aku tumbuk muka orang tu sambil mencaci maki orang tu dan segala sumpah seranah telah keluar dari mulut aku ni..

Err, ayat tu pun tipu jugak, yang sebenarnya aku pergi keluar kedai tu dan blah je dari situ.. Masa aku atas motor tu, orang tu sibuk panggil aku pulak.. Mintak maap ye bang, lepas ni saya tak jejak la dekat kedai abang tu lagi kata aku dalam hati..

Okay lah, aku nak pergi kedai gunting rambut ni.. Kepala aku ni bukan boleh sangat bila rambut panjang, nanti mulalah gatal..huhu. Aku nak buat gaya macam dia ni lah, hensem tak..hehehe

4 comments:

NUR AYNIE said...

hemsem2..*ayat tipu...hihiih! buat style justin bibir laaa hahahaha

amii afandi said...

hah. nak beniaga buat cara nak beniaga. kan dah lari sorang pelanggan.

hahaha.

farah wahedda said...

ALA kamu ni bagi la dia peluang nak gayut dengana awek dia tu mmuuaahahaha..encemnye gambar tu haha

Opah Kentang said...

Kalau Opah pun blahh saje.

esok2 pun boleh jawab kol.
huhu.
tol tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...