Monday, April 04, 2011

Jom kita goreng ikan nak tak..

Petang ni aku nak sharekan satu kenangan aku yang paling aku tak boleh nak lupakan.. Kiranya kenangan ini antara sweet memory gitu.. Tapi aku tak tau nak katakan yang ini sweet memory or bad memory yang pasti bukan kad memori.. Korang layan jelah cerita aku ni ye..^^

Pada hari itu aku tinggal bersama nenek aku.. Family aku semuanya pergi ke Perak untuk menghadiri kenduri kawin.. Pada mulanya nenek aku pun pergi juga, tapi sebab takut nenek aku tak larat maka aku di amanahkan untuk menjaga nenek aku itu.. Pada tengah hari itu lah semuanya berlaku..

ikan goreng yang cantik, ialah ikan goreng pilihan ramai..^^
Tiba2 telefon berdering dan aku segera menjawabnya.. Terdengar suara ibu aku di talian.. "Hello, nanti ajak nenek makan ye, goreng ikan yang ada dalam peti ais tu.." pesan ibu aku.. Aku pun mengiyakan je lah apa yang ibu aku suruh dan terus meletakkan ganggang telefon itu..

Aku segera pergi ke dapur dan mengeluarkan ikan yang dimaksudkan serta terus menggorengnya.. Setelah selesai menggoreng, aku letakkan ikan itu di bawah tudung saji.. Aku melangkah kan kaki aku ke arah bilik nenek aku dan mengajaknya makan tengah hari..

Family aku sampai rumah dalam area pukul 4.30 petang dalam keadaan letih.. Aku teruskan menonton tv dan tiba2 ibu aku tanya "mana ikan goreng..?". Aku pun cakap lah, ada bawah tudung saji tu.. Lebih kurang 5 minit selepas itu ayah and ibu aku gelakkan aku.. Aku pun pelik lah sebab kenapa, takkan sebab ikan goreng tu kot..

Ibu aku tanya "Ko tak taruk kunyit ke..??", tiba2 baru aku ingat, patut lah masa aku goreng tu rasa macam ada bahan yang tertinggal.. Dan patut jugalah nenek aku tak makan sangat ikan yang aku goreng tu..huhu. Mesti nenek aku cakap "apa jenis cuculah yang aku dapat ni" (ish, pepandai aku je pikir macam tu)..

Inilah akibatnya jarang sangat tolong memasak, tau tolong makan je..huhu. So, moral of the story is, tak kira lah sama ada korang lelaki atau perempuan.. Korang kena juga belajar masak, manalah tau nanti ada kes kecemasan macam aku ni.. Takdelah di gelakkan dengan family nanti..

10 comments:

dwatyKNY said...

laparnyerrrrrrrrrrr

MissNadh said...

kehkehkeh..nak gelak jugak la~ ^-^

alien said...

letak garam tak bro..
keh3

Arpiiz said...

dwaty : sama lah kita..~_~

nurnadrah : jom kita gelak sama..^^

alien : haha, garam pun aku lupa letak..T_T

aNis sHazLiN said...

loh garam x letak kunyit x letak ape lah rase ikan tu ea....huhu

noreenrara said...

hahahaha..adoii kunyit pon bole lupe..garam tak letak..tak ade rs la ikan goreng awk..hehe..nice try bro..xpe bole cube lg.. :)

silent said...

inilah jadinya apabila seorang lelaki turun ke dapur.....
hakhak

Arpiiz said...

anis : entah la, tak de rasa kot..

noreenrara : haha, terima kasih..

silent : betul2, ini lah yang jadi..huhu

Anonymous said...

hehehe..pandai la tu goreng ikan...at least dpt mkn gak, cma rs je yg kurang

amal said...

perempuan kalo tak reti masak lagilah memalukan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...