Saturday, April 09, 2011

Bahasa tu boleh elok sikit tak..

Salam buat para readers yang setia menanti di blog aku ni hah.. Eh2, tengok tu ada orang yang dah tertidur lah sebab tunggu aku update entry.. Kesian betul orang tu, sesapa tolong kejutkan orang tu, suruh dia tidur dekat atas katil.. Nanti kalau tidur depan komputer meleleh pulak air liur dia, dah busuk pulak komputer kesayangan tu..

Okay, cukuplah apa benda yang aku mengarutkan dekat atas tu.. Kita teruskan ke sesi ke-2 kita... Err, sesi apa tu ye..?? Aku pun tak tau, ini pun baru first entry untuk hari ni... Maklumlah, kalau dah jadi popular ni memang sentiasa sibuk memanjang.. Korang tak tau ke aku ni seorang yang popular..??

Sebelum tu aku tanya korang dulu, umur korang berapa..?? 20, 18, eh, ada yang 70 tahun, tak sangka ada juga pembaca blog aku yang berusia macam tu.. Owh, patut lah korang tak tau, sebab aku cuma popular dikalangan budak2 yang berumur 3 ke 7 tahun je..

Ya, itulah topik yang aku nak bincangkan untuk entry kali ni.. Eh2 dah macam buat rancangan bual bicara pulak.. Tau tak apa tajuknya..?? Yelah2 aku bagitau lah, aku just nak tulis tentang bahasa yang kita gunakan dalam blog kita tu.. Tahukah anda susu tepung penting untuk tumbesaran anak anda..

Owh maaf ye, itu iklan sahaja.. Tahukah korang apakah golongan pembaca di blog korang..?? Kalau korang tanya aku memang aku akan jawab tak tau sebab aku tak buat poll tentang umur pembaca.. Tapi disini ada satu sahaja nasihat aku dekat korang semua.. Tak kisah lah korang nak amik atau tidak ye, aku tak paksa..

Silalah gunakan bahasa yang mudah difahami dan selesa dibaca.. Macam mana tu..?? Maksud aku kalau korang tulis tu, tulis lah ayat melayu biasa, bukan ayat melayu yang boleh buat lidah orang tergeliat untuk membacanya.. Kita bukan tau pembaca kita tu umur berapa, nanti manalah tau ada yang masuk hospital sebab lidah kejang akibat membaca ayat korang yang memang....(sambung sendiri okay..hehe)

Lagi satu gunakan bahasa yang sopan santun ibarat seorang gadis melayu terakhir gitu.. Itu bagi perempuan lah, kalau lelaki tulis ikut ayat perempuan, nanti boleh menimbulkan konflik dalaman pulak.. Seboleh2nya janganlah gunakan ayat yang kasar macam kertas pasir tu ye.. Bukan kah bahasa itu menunjukkan siapa kita..

Err, terpanjang pulak entry ni, ke memang entry biasa pun panjang macam ni.. Apa2 pun cuma itu jelah yang aku nak tulis buat siang ni, malam nanti kalau tak kena kacau dengan adik2 aku aku update lagi ye.. Salam sabtu buat korang semua..^^

9 comments:

noreenrara said...

bahase jiwa bangsa.haha :D

Anonymous said...

BUAT MASA NI BAHASA NANA OK JE KOT..TAK LA KASAR MANA..N TAK LA LEMBUT MANA..UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT..EHHEH TET!!!!

amal said...

agak2 bahasa sy apkai kat blog ok tak,arpiiz ?? ke macam ayat brader2 ??hehe

aNis sHazLiN said...

nasihat yg bergune...tq C=

amii afandi said...

betul tu. janganlah mencemarkan bahasa kita sendiri oii.

penulisan menggambarkan siapakah diri kita yang sebenar.

NUR AYNIE said...

rase2 ayat aynie ok jer kot...xder yg over2 lagi hihi~

zati embong said...

jat sopan kan?hihi

allia farhana said...

bahasa aku kasar tak?
uhhu..kalau ejaan plik-plik sangat tu berpinar jugak bijik mate..lidah pon bersimpul terus..:))

farah wahedda said...

BAIK TUAN! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...