Thursday, April 21, 2011

Mengapa korang unfollow..??

Salam buat para readers yang sedang membaca setiap butir perkataan yang tercoret didalam entry ini.. Huih, ayat dah macam ayat masa buat karangan spm je..hehe. Korang tengah buat apa tu..?? Aku tau, ni mesti ada yang tengah makan, betul tak..??

Ala, korang tak payah nak nyorokkan pinggan tu dari aku lah.. Sebab aku nampak melalui webcam korang tu.. Habislah lepas ni korang dah tak de privacy lagi bila nak buka blog aku..hahaha.. Gurau je lah, kalau betul2 aku buat macam tu, nanti ramai lah yang tak nak buka blog aku ni..huhu

Okay lah, cukuplah apa yang aku merepekkan tu.. Kita kembali kepada apa yang aku nak bincangkan ye.. Err, korang nak bincangkan sekali tak..?? Kalau tak nak aku bincang sorang2 je dekat sini.. Macam yang korang baca dekat tajuk diatas tu..... Apa tajuk dia..??

Owh, mengapa korang unfollow blog yang korang sudah follow.. Aku pun nak tau juga ni kenapa perkara ni boleh berlaku didalam kehidupan seharian.. Sesiapa yang pernah unfollow blog orang sila berikan jawapan anda.. Tapi kalau yang suka main follow2 pun boleh juga bagi buah durian fikiran..

Aku pernah juga unfollow blog orang, tapi aku unfollow pun sebab blog tu update 2 bulan sekali.. Malas lah aku nak menyemakkan dashboard aku tu.. Kalau setakat update seminggu sekali itu okay lagi lah, aku tak kisah..

Antara sebab lain yang boleh aku fikirkan kenapa korang unfollow blog tu  ialah..:
* Orang tu tak follow blog kita, maka kita pun unfollow blog dia..
* Gaya penulisan blog tu dah tak sama macam masa mula2 kita follow blog tu..
* Tiba2 blog yang kita follow tu kutuk blog kita..
* Blogger tu tiba2 tak hensem/cantik..

Aku bagi 3 jelah sebab yang aku fikirkan. Yang sebab lain pulak korang lah yang bagitau dekat aku okay.. Aku nak pergi cari siapa yang unfollow blog aku tadi.. Nak paksa dia follow balik..hahaha.

13 comments:

Jenny Pa-un said...

aku selalu follow blog orang hahaha suke sgt hahaha
p knape org x follow aku balik huhuuhuhuuh mentang2 blog aku nie x cantik huahuahua xde lah hahhaha erm unfollow blog org aku sekali jer hahah sebab aku gaduh ngan dak tu hahah (member aku sendiri lah hahah) p setelah 5 minit berlalu aku follow balik hahhaha

Cik Pipi said...

hurm .
reason no 3 uh , kita pernah kene .
mmg tanpa ragu ragu terus unfollow dia .
HAHAHA !

lagi satu kite tak suka dia, gila glamor dan tak respect others bloggers sbb dia dah femes. huh. nyampah dgn dia. ;p

bungamerah said...

ou ya ? kadang2 saya unfollow, sbb blogger tu yg suruh, hua hua :)

khairul said...

setakat la ni sy blom lagi unfolo ..tp klu dah 2/3 bln x update ..kirim salam lah...buat menyemak ja

NUR AYNIE said...

xpenah g unfollow nie...tp penah kot kene unfollow huhu...

mykhalis said...

khalis akan unfollow kalau jarang update dan paling penting,,dia wat derkk je kat kite..citt..unfollow terus...

syaza hamid said...

unfollow sebab tak sanggup nak follow..eh boleh ke kasi jawapan cenggitu?haha

Noor Fatin said...

xpenah lagi unfollow org walau ada je follower berkurangan. malas la nak cari balik smata2 nak unfollow dia. hahaha biar je la..

kalau twitter ye, dia unfollow, sy unfollow balik. haha blog xpun :)

Anonymous said...

x kisahla unfollow ke x??? yg penting teruskan update en3...hehe

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

ohh ! tak pernah lagi melakukan hal yang sedemikian rupa . hehe

Eza said...

blum lg prnh unfollow org..mybe akan dtg kot bg sape2 yg jrg gile update smpai bebulan2..tu pon klu perasan..hehe

Korang nak diskaun bila bayar roadtax ?
Kesilapan para Bloggers yang perlu anda tahu.
Yeayyyy..! Thank You Nuffnang and TGV !

amal said...

selalu jugak berlaku ni.kesian jugak kat blogger.lebih2 lagi,blogger baru.baru nak syok tengok bil follower bertambah,alih2 tengok2 dh kurang balik.

Blog User said...

Sabar je la. Diorang yang unfollow tu sikit dari oorang follow kan?
pedulikan mereka, teruskan tulis entri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...