Aku tak tau sama ada aku atau korang pun perasan juga.. Masa sekarang ni sudah terasa semakin cepat dan pantas.. Kalau dulu dari pukul 8 pagi tu nak tunggu sampai petang, alahai lamanya lah..huu. Sekarang ni, kita rasa macam baru 1 jam, tapi yang sebenarnya dah 3 jam..
Setelah aku mengkaji dari pusat sumber sampai lah ke pusat bumi.. Aku telah jumpa beberapa sebab musabab yang telah menyebabkan korang rasa masa ini begitu pantas dan
* Kehidupan harian yang sibuk
= Kalau dah sibuk, memanglah rasa masa tu kejap je..
* Terlalu fokus kepada sesuatu hal..
= Kalau korang terlalu fokus kepada sesuatu benda, korang mesti akan dapat rasakan yang masa ni bergerak dengan cepat (lebih kurang macam yang no 1 tu)
* Lambat bangun tidur..
= Kalau bangun tidur pukul 12 tengah hari, macam mana tak rasa yang masa tu bergerak pantas..
Okay, cuma itu jelah yang aku nak nyatakan.. Sebenarnya apa yang penting sekali ialah cara kita menggunakan masa itu.. Kalau kita gunakan untuk tujuan yang baik, maka berhargalah masa tu.. Tapi kalau kita gunakan untuk tujuan sia2, maka masa tu terbuang begitu sahaja..
Eh2, dah macam nak bagi tazkirah pulak aku ni.. Apa2 pun selamat berehat dihujung minggu ni bersama keluarga mahu pun kawan2.. Owh ye, yang dekat atas tu cuma pendapat aku je, kalau korang ada nak tambah apa2 aku
3 comments:
betul2...sekarang mase rase cam kejap je...tapi anis still ase lame lagi bru cuti sem! nak balik!! huhuhu
yes..sokong semua...kalau tido tu mmg teramat sokong..hehehe
tito bangun kol 12 memang terasa kejap je hari berlalu.. huhuh :P
Post a Comment