Monday, April 04, 2011

Amaran kandungan dewasa...

Just entry untuk cukupkan kolum hari ini.. Kiranya ini entry yang ke-3 la untuk hari ini..Sebelum tu aku nak ucapkan salam malam buat mereka yang baru atau sedang nyanyuk nyenyak tidur tu.. Kalau yang masih berjaga tu, pergilah tidur cepat nanti bangun lambat..

Apakah motif entry ini dibuat sehinggakan ia layak memasuki carta entry untuk hari ini.. Entry ni best sangat ke sampai aku nak publishkan dekat blog ni.. Aku tak tau,  itu bergantung pada cara korang baca, mungkin best dan mungkin juga tidak.. Tapi aku rasa tak best kot..~_~'

Okay, aku teruskan jelah kepada pertanyaan yang tiba2 muncul dalam benak fikiran aku ni.. Aku nak tanya dekat korang tentang penggunaan mesej amaran kandungan dewasa (adult content warning).. Apakah faedahnya..?? Buat masa ini aku tak jumpa lagi apakah kebaikan penggunaan benda alah itu..

Kalau kelemahan mungkin aku akan cakap yang ia akan menyusahkan bagi pengguna broadband.. Terutama yang sentiasa mengalami masalah connection yang lambat nak ****** (kena buat star supaya korang fikirkan sendiri).. Cuma itu jelah kelemahan yang aku jumpa..

Bagi sesiapa yang buat macam tu sila jelaskan kenapa dan mengapa serta bagaimana(eh, yang ini buat apa..?).. Aku bukan apa, saja je nak tanya manalah tau kalau2 korang sendiri tak sedar ke.. Kalau korang nak check, korang pergi dekat tetapan >> asas >> kandungan dewasa.. Tengok yang kandungan dewasa tu dipilih pada ya atau tidak..

P/s (play station) : Tiba2 malam ni mata mengantuk sangat, tapi nak tengok tv..huhuhu

2 comments:

xazryx said...

lol .

amal said...

macam tak ada fungsi sgt benda tu kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...