Friday, April 22, 2011

Memang betul2 mencabar kesabaran aku...

Korang nak tau cerita tak..?? Kalau nak tau sila duduk rapat2 ye supaya korang boleh jadi lebih fokus ketika membaca hikayat entry ini.. Kalau ada yang tak nak tau tu pulak sila duduk jauh2 ye, tapi korang still kena baca juga..hehehe
Okay, korang di minta untuk menjana imaginasi korang agar dapat melihat kesan 3D yang lebih menarik ketika membaca cerita ini.. Semuanya berlaku pada waktu petang tadi, ketika cuaca menunjukkan tanda2 cerah.. Aku mula bertolak dari rumah untuk pergi ke kelas..

Ketika dalam perjalanan itu, tiba2 aku terjumpa seekor harimau.. Okay, itu tipu ye, kembali kepada cerita yang benar.. Pada waktu itu aku sudah hampir sampai ke pintu masuk tempat aku belajar.. Kalau nak diikutkan adalah lagi 5 minit untuk sampai ke pintu masuk tu..

Tapi sesuatu yang mencabar kesabaran aku telah tiba, entah bagaimana tanpa sebarang tanda amaran, hujan telah turun dengan lebat sehingga aku hampir basah kuyup.. Takpe, aku sabar lagi time tu.. Lepas tu aku pergi ke kedai untuk print beberapa kertas kerja yang patut dihantar pada hari ini..

Sekali lagi, kesabaran aku telah dicabar oleh si Pencipta.. Semua kedai untuk print pulak tutup, tapi tak mengapa aku tetap sabar juga.. Aku pun terus pergi ke kelas aku sambil menaiki motor aku.. Tak habis lagi rupanya benda yang nak mencabar kesabaran aku ni..

Kelas pula dengan secara tiba2 di'cancel'kan oleh lecture.. Aku tengok semua pelajar lain menunjukkan muka2 kecewa.. Mujurlah tak berlaku rusuhan dekat fakulti aku tu, kalau tak mesti masuk tv3..hehe. Kenapa aku kata kelas cancel tu mencabar kesabaran aku..??

Sebabnya jarak antara rumah dengan kelas aku tu mengambil masa lebih kurang 30 minit tau.. Jadi apakah aku patut juga bersabar..?? Aku bersabar lagi, tapi kalau diikutkan nafsu marah aku tu, nak je aku mengeluarkan kata2 kesat sekesat kertas pasir tu..

Tapi yang ini memang hampir membuatkan kesabaran aku mencapai limitnya.. Masa dalam perjalanan balik tu, boleh pulak jalan tu kering sekeringnya.. Takde langsung hujan, kalau tak boleh juga aku main hujan time balik tu.. Aku tak jadi nak marah bila aku berfikir tentang perkara yang berlaku ni..

Malah aku ketawa sebabnya bila aku fikir2kan balik, kalau lah kelas tu tak cancel, mesti aku akan masuk kelas dalam keadaan basah kuyup.. Lepas tu mesti aku akan kena marah sebab tak dapat hantar assignment yang patutnya dihantar hari ni..

Itulah dia, akhirnya aku tersedar.. Setiap perkara yang berlaku tu mesti ada benda yang baik akan terjadi lepasnya.. Jadi aku rasa lebih baik aku redha je dengan setiap benda yang berlaku pada aku tadi.. Kalau korang, korang dah start marah2 ke belum..^^

3 comments:

syaza hamid said...

selamat sedar akhirnya..haha

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

haha ! tak marah . kelas cancel . happy laa . dah tu pulak ada assignment tak hantar . haa , dah elok sangatlah tu cancel ..

farah wahedda said...

kelas cancel?? tak marah laa seronok yg melampau lagi ada hahahahahhaa.....bgos la sedar huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...