Tapi cerita ni berlaku terhadap arwah atuk aku dulu.. Kiranya ini cerita turun temurun lah, korang ada ke cerita turun temurun macam aku ni..?? Okaylah, tanpa aku membuang masa lagi, aku ceritakan apa yang telah terjadi oleh arwah atuk aku dulu masa dia hidup..
Err, sebelum tu silalah buatkan suasana seram dalam bilik korang tu, nanti barulah dapat feel..hehe. Cerita ni berlaku lama dulu, ketika era zaman
Masa dulu kan takde jalan or jalan raya.. So kalau nak ke mana2 atuk aku ni kenalah naik sampan dan melalui sungai.. Setelah dia menziarahi sepupunya itu, maka atuk aku ni pun nak balik lah.. Kebetulan masa tu dah malam, tapi atuk aku still nak balik juga..
Pada perjalanan dia nak balik tulah kejadian yang mengerikan itu berlaku.. Atuk aku tiba2 terdengar seakan2 ada suara perempuan mengilai2 diatas dahan2 pokok.. Atuk aku dulu seorang yang berani, so dia tak lah takut sangat dengan hantu jembalang ni semua..
Ketika masih mendayung sampan dalam keadaan bercahayakan lampu minyak, tiba2 ada air yang jatuh dari atas pokok tu.. Menurut dari apa yang diceritakan, air itu turun umpama air hujan yang lebat.. Sampai lampu minyak tu pun padam terkena air tu..
Arwah atuk aku terpaksa patah balik dan pergi ke rumah sepupunya itu tadi.. Ada satu kejadian yang pelik selepas atuk aku tu dibasahi dengan air aneh itu.. Katanya air itu berbau sangat busuk dan bau itu tidak hilang walaupun seminggu telah berlalu..
Kata nenek aku, air itu ialah air kencing si langsuir yang suka bertenggek atas pokok.. Itu jelah cerita yang aku ingat.. Aku sendiri tak pasti sama ada betul atau tidak dakwaan nenek aku itu.. Aku juga lupa yang macam mana atuk aku hilangkan bau busuk tu..
P/s : Al-fatihah untuk arwah atuk aku yang meninggal masa aku budak2, mujur gambarnya still ada lagi..^^
3 comments:
agak-agaknya apa la air tu erk? curious gak ni.
memang langsuir kencing ke?
cik ina : entah lah aku pun tak tau..huhu
mykhalis : entah lah, tapi itu yang diceritakan kpeada aku..
Post a Comment