Nampaknya masalah aku ini sudah semakin menjadi2.. Aku sendiri sudah tidak dapat membendung masalah ini dari terus menular didalam kehidupan seharian ku.. Aku minta maaf kawan2, andai kata setiap baris yang aku tulis didalam blog ini membuatkan hati korang terluka..
Aku tau yang aku hanya insan biasa yang mungkin tidak akan dipandang didalam lautan manusia ini.. Namun aku masih berusaha untuk cuba mencari kawan seberapa ramai yang mungkin.. Tapi sekiranya masa sudah tidak mengizinkan aku untuk mengenali korang lagi, silalah maafkan aku lagi sekali..
Walaupun kita tidak pernah bertentang mata, namun aku tau yang korang semua adalah diantara insan2 yang sungguh baik budi perkerti.. Tidak pernah walau sedetik pun untuk aku menyangka buruk terhadap korang semua kerana aku tau siapalah diri aku untuk mengadili korang..
Sekiranya korang sudah tidak mendengar khabar berita dari aku lagi, janganlah korang bersedih.. Janganlah korang berduka.. Ini kerana aku tidak mahu kawan2 baru ku ini berada didalam kesedihan.. Teruskan usaha korang dalam meneruskan kehidupan ini..
Kawan2 ku, kehidupan korang masih panjang lagi.. Janganlah korang sia2kan semua peluang yang sedang terbuka luas dihadapan mata korang.. Aku rasa mungkin itu sahaja pesanan aku untuk korang.. Semoga korang sentiasa berada didalam keadaan yang gembira..
8 comments:
eh kenape ni arpiiz?? :(
kenapa tiba-tiba entry sedih pulak ni ??
apakah yang terjadi? =.=''
iye...nape yek? urmmm...
kenapa entri ni ada bunyi-bunyi sedih?
kenape entry nie mcm pelik jer??
rileks arpiiz..nape sedih2 ni? anyway thx 4 d comment !
Aku basuh kucing dalam washing machine..HAHAHA!
Mamat ni kalau tak berlagak,tak sah...haih.
Kesilapan para Bloggers yang perlu anda tahu.
be positf..sensitip bebeno skrang nie
Post a Comment