Tuesday, April 05, 2011

Kena datang ke..??

Salam buat para readers yang sudi membaca entry ini dan entry2 sebelumnya.. Pada hari yang begitu indah ini... Err, dekat rumah aku dah start hujan lah.. Ah, tak kisah lah apa pun, pada hari ni aku nak membincangkan tentang apakah salah bagi seorang lelaki untuk memeluk patung teddy bear yang besar gedabak tu..??

Ish2, korang sila abaikan soalan yang diatas tu, itu adalah soalan SPM untuk negara myanmar tu, korang jangan bocorkan pula..hehe gurau je.. Okay2, serius ya, aku nak tanya apakah yang patut kita buat sekiranya ex kita dah nak tunang / kawin / atau yang sama waktu dengannya..??

Maksud aku macam ni, aku guna aku jelah sebagai contoh (kena bagi besar sikit supaya tak berlaku salah faham..hehe) ye.. Ada ex aku yang dah nak kahwin, kemudian dia mengajak aku untuk hadir ke majlis perkahwinannya.. Apakah aku patut pergi atau duduk dekat rumah (tak datang) sahaja..?? Kalau dia tak ajak memang tak boleh datang punya, tapi ni dia ajak pula..

Okay, korang diberi masa untuk mejawab selama 1 jam 30 minit.. Sila pastikan semua helaian mempunyai cetakan kecuali pada helaian yang terakhir.. Eh2, apahal aku tibe2 nak jadi pengawas peperiksaan pulak ni.. Kepada sesiapa yang mempunyai jawapan sila tekan buzer yang disediakan iaitu pada button komen tu ye..^^

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman lebih digalakkan untuk menjawab, tapi itu tak bermaksud yang tiada pengalaman tak boleh jawab ye.. Asalkan korang ada pendapat pun aku sudi untuk terima.. Aku keluarkan soalan ni sebab aku nak tau apa tindakan korang, manalah tau kalau aku akan mendapat pengalaman sedemikian....

10 comments:

Abang Zam said...

kalau aku, just datang & wish happy or ape-ape yg nampak respek..jangan kondem pulak buat fitnah

even taknak mereka hidup bahgia, diam-diam sudeh..jangan buat malu dekat tempat orang..hidup panjang lagi (if tak mati esok) hahaha

singgah la belog aku kalau kau sudi : Customize Desktop Dengan Rocketdock

amal said...

pergi je,arpiiz.tak salah kan? still berkawan.

mykhalis said...

jangan datang.. itu pengalaman setelah menonton how i met your mother. adakah anda mahu ex bakal isteri datang masa perkahwinan anda??

Siti Hajar Masri said...

senang je..kalo org dah jemput dtg je..dtg mkn je..dosa tolak rezeki..tapi2 kalau rs diri tu mcm nk merosakkan majlis baik x yah..dosa juga merosakkan majlis org..:)

KUREKURE COMEL said...

kalau mina....tak dtg kot...
sedih wooo...rasa ranap jiwa..fuuhh...

Lydia Miza said...

datang pun tak jd masalah...sbb dah diundang.bkn apa pun kan?dia berniat baik bila mengundang ke sana.

psl entri kopi sis..google dan bacalah buku2 yg lain..moga apa yg org kafir kaburi mata kita kita akan nmpk.mmg kita selalu tak tau psl apa yg baik dan tak baik dlm makan dan minum kita seharian..

farah wahedda said...

HURM piki duo puloh empat kali ni..hehehe mybe pegi kot

Kuronofu91 said...

kalau xde gaduh2 dgn ex,pergi jer.....kalau x p nanti dia kata apa plak....

NUR AYNIE said...

pergi jer....sejarAH lame kot...=)

amii afandi said...

errr. kalau rasa tak dapat menerima. baik tak payah datang laa.

tp kalau rasa hati dah ikhlas untuk melepaskan. datang laa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...