Thursday, April 21, 2011

Masa yang aku nanti-nantikan..^^

Akhirnya tiba juga saat2 yang telah lama aku nantikan.. Malam ini akan menjadi malam yang bersejarah buat kita berdua, ditambah lagi dengan malam ini ialah malam jumaat.. Malam yang dikatakan sebagai malam yang paling sesuai untuk kita melakukannya..
google image

Tak silap aku agak lama juga aku menantikan saat ini.. Seingat aku sejak dari aku belum memiliki mu lagi aku sudah tertarik dengan diri kamu.. Kalau tak silap aku tempat pertemuan kita yang pertama ialah dikedai Pak Manap, pada masa itu aku mahu membeli sedikit barang dapur..

Ketika aku sedang memilih barang itu lah aku ternampak diri kamu.. Pada mulanya aku tak perasan akan kehadiran dirimu disebelah ku.. Tapi mujurlah ada makcik yang terlanggar bahu aku lantas menolak diri mu.. Apabila aku melihat kamu terjatuh itu barulah aku perasan dan itulah saat pertemuan kita yang pertama..

Semenjak hari itu aku kerap pergi ke kedai Pak Manap, aku tak pasti sama ada kamu berkerja disitu atau  kebetulan berada disitu.. Aku cuba memberanikan diri untuk menegur dirimu, tapi disebabkan kedai itu sentiasa dipenuhi dengan orang ramai, maka aku menjadi segan..

Namun itu adalah sejarah lalu, saat kita masih belum bersama, tapi malam ini tidak lagi.. Aku yakin yang kita memang sudah ditakdirkan untuk bersama.. Maka malam ini aku akan melakukan tugas aku, aku akan cuba memberanikan diri aku untuk melakukannya..

Aku perhatikan sekeliling, kelihatannya keluarga aku sudah lena dibuai mimpi.. Aku segera kembali masuk ke dalam bilik.. Selepas itu aku mula menanggalkan pakaianmu sehingga menampakkan susuk tubuh mu yang kelihatan begitu menyelerakan..

Aku menggigit badan mu, sungguh sedap dan lembut.. Aku menjilat badan mu, sungguh manis dan sangat enak.. Akhirnya dalam masa 10 minit, habislah coklat cadbury yang aku beli pagi tadi.. Sebab aku makan masa malam ialah kerana aku tak nak adik2 aku tau, kalau tak nanti kena kongsi pulak..hehehe
sungguh enak aku menikmati dirimu..hehe
P/s : Ending tu macam tak best lah, aku nak tambah lagi tapi macam dah panjang sangat pulak entry ni.. Selamat malam..

7 comments:

sayanakhiburan said...

hahaha... terkena lagi beb! huhuhu

farah wahedda said...

esh2 ingtkan ape la tadi...hahhahahaa

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

kedekot ! hahaaa ..

cikgu fiQ said...

haha!agak dah~~~
blogwalking here~~
http://simpleasfiq.blogspot.com/
sudi2 lahlawat n foLLow~

amal said...

teringat kat sorang blogger bila sebut pasal cadbury.dia bygkn najis dgn coklat ni..haha..tak senonoh.

NUR AYNIE said...

alamak xsempat nak bolot cekelat arpizz hihi

Jenny Pa-un said...

hahaha kelakar hahaha wat saspen jer hahaha
jeles seyh huhuhu nak juga beli esok cadbury hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...