bukan bas ini yang dimaksudkan.. |
Minggu lepas entry tentang bas rosak yang boleh hidup pada waktu malam.. Kali ni cerita yang sama juga, cuma aku tak pasti sama ada bas nya pun sama atau tidak.. Tapi aku rasa bas yang lain kot sebab ayah aku cakap bas ni bukan dari syarikat yang ayah aku kerja..
Okay, apa2 hal sila buat mood seram seperti ketawa mengilai2 dan melompat2 seperti katak.. Ada sebuah bas yang sudah begitu lama tidak digunakan.. Aku pun tak tau kenapa syarikat bas tu tak buang je bas tu.. Mungkin sebab bas tu berat dan mungkin juga dorang nak buat koleksi..
Bas yang ini pun rosak juga, tidak mempunyai enjin tapi yang ini tiada tayar.. Bas ini juga menpunyai satu misteri dimana bas ini akan melanggar bas2 lain.. Okay, aku nak korang bayangkan ye.. Bas rosak ni duduk jauh dari tempat bas2 lain berkumpul.. Tapi apa bila keesokkan paginya mesti bas rosak itu akan berada dibelakang sebuah bas yang lain dalam keadaan melekat yakni berlanggar..
Pomen2 dekat situ terpaksa pula mengalihkan bas itu menggunakan kren yang memang sudah tersedia ada dekat situ.. Maklumlah, bas tu kan takde tayar.. Pomen2 dekat situ pun tak kisah sebab kata dorang asalkan makhluk tu tak kacau dorang sudah lah.. Kata ayah aku lagi, tiada saksi yang pernah melihat bagaimana bas ini boleh melanggar bas lain..
Aku tak nak letak nama syarikat bas apa sebab jika namanya disebut, korang akan mengalami mimpi buruk selama 3 hari.. Taklah, sebenarnya ayah aku sendiri yang tak nak bagitau aku so aku pun tak nak lah bagitau dekat korang..hehehe
P/s (play station) : Korang jangan risau sebab kata ayah aku bas tu pun dah dimusnahkan, so korang tak payah takut naik bas masa malam2 ye..^^
5 comments:
betul ke?hasiiihhh...larat betul makhluk tu angkut bas...hehehe...
seram la.. harap2 bukan bas rapid.. hehe
kurekure : hehe, tak tau la sama ada dia angkat atau tolak abs tu..^^
nick : haha, tak tau lah pulak bas apa..huhhu
lepas di hapuskan xde pe2 kejadiaan yg menyeramkan berlaku ke?
teratai : entah lah, rasanya takde dah kot..
Post a Comment