Salam buat semua orang, aku rasa blog aku ni tidak dibaca oleh pihak polis.. Jadi aku percaya hanya dekat korang sahaja yang boleh simpan rahsia ni.. Tapi korang ni boleh simpan rahsia ke..?? Aku tau korang boleh, kalau tidak....
Memang benar, aku sebenarnya adalah seorang pembunuh a.k.a the killer.. Tapi takpe, aku takkan bunuh korang sebab aku membunuh atas alasan tertentu sahaja.. So korang jangan nak cari pasal dengan aku ye.. Amaran keras kepada korang agar tidak melaporkan kepada polis sebab buat masa ni polis masih belum tau lagi tentang mangsa2 yang telah aku bunuh tu.. Sebenarnya malam tadi aku baru sahaja membunuh mangsa aku yang kedua..
Malam tadi sewaktu angin bertiup dengan perlahan.. Aku ternampak mangsa aku sedang berjalan tanpa arah tujuan.. Aku lihat dia bersendirian sahaja, mungkin dia tersesat dan terpisah dari kawan dia.. Oleh kerana dia sendirian, maka aku hanya perhatikan sahaja langkahnya.. Mujur dia tidak menyedari tentang kehadiran aku ni, kerana jika tidak, pasti dia akan lari ketakutan..
Aku dah tak dapat lagi nak menahan perasaan aku ini.. Apabila aku melihat dia, aku rasa mahu sahaja aku lakukan seperti mana aku lakukan terhadap mangsa pertama aku yang terdahulu.. Namun aku cuba bersabar.. Menunggu masa yang sesuai untuk aku lakukan kerja aku ini.. Aku perlu pastikan yang semuanya berjalan dengan lancar..
Setelah agak lama aku memerhatikan dia, maka aku mula mengorak langkah mendekati diri dia.. Aku keluarkan senjata aku lalu aku hayunkan ke badannya sehingga dia tidak menyedarkan diri lagi.. Tidak cukup dengan itu aku pukul lagi badannya bertalu2 sehingga darah mula memercik di kawasan kejadian.. Aku pasti yang dia sudah mati apabila aku melihat keadaan dia yang agak parah tu..
Akhirnya satu perasaan puas datang kepada aku, aku berjaya juga menyiapkan kerja aku itu.. Aku mahu saja ketawa, tetapi memandangkan aku tidak mahu sebarang bukti tinggal di tempat kejadian, maka aku masukkan mangsa aku ke dalam plastik dan membuangnya di tong sampah yang berhampiran.. Ketika aku membuang plastik itu, hati aku berkata.."Puas hati aku, akhirnya dapat juga aku bunuh kau...... LIPAS"
Ya, sebenarnya aku menjadi pembunuh lipas yang ada dalam rumah aku ni atas sebab2 tertentu.. Mungkin di lain post nanti baru aku ceritakan ye.. So korang tak payah la nak bagitau polis yang korang jumpa seorang blogger pembunuh sebab takut berlaku salah faham pula nanti.. Dan korang jangan lah risau sebab aku ni cuma orang biasa je..^^
8 comments:
ishh dah start risau dah td .. tapi cm bangga pom ade gak kenal pembunuh dlm klangan blogger niehhh . hahahaha . meh la tlong bunuh menatang tuhh kat rumah niehhh ^^
aku nak beritahu gak.
fathiah: boleh2, meh sini alamat umah..hahaha
akufobia: yelah2, gi lah bagitau..hehe
bgus2 bunuh byk2 aynie sokong kalau blh tlg bunuh en.lipas yg kat cnie skali...aaaa...takut lipassss~!!!!
da jd pembunuh yer skrg,,,
hehe,,,
boleh la jd part time punya pembunuh,,, g bunuh lipas kt umah jiran2,,,
;)
ingatkan masa mula baca,bunuh nyamuk.rupanya bunuh lipas.
org tngkap pkai tgn jela.. hahaha...XD
Post a Comment