Salam sejahtera buat yang membaca entry ni sahaja.. Bagi yang tak baca tu, meh sini datang gak baca and jawab salam aku tu.. Uih, ni dah kes memaksa ni..hehe. Taklah, aku saja je nak menulis camtu.. Kalau korang tak nak baca, apa yang boleh aku buat..huhuhu
Hari tu kan aku ada buat entry tentang aku jadi pembunuh tu kan.. Aku jadi pembunuh..?? Bagi sesiapa yang belum baca lagi, korang boleh la pergi dekat entry ini ye.. >> Entry ini..
So, malam ni aku nak certa la sikit apa sebabnya aku sanggup jadi pembunuh tu.. Korang tau ke tak aku jadi pembunuh apa..?? Laaa.. Tak tau lagi ke, kalau camtu cepat2 lah klik link dekat atas tu dan baca dulu entrynya ya. Kalau dah baca nanti barulah sambung baca balik entry yang ini..
Okay, aku percaya yang korang dah baca entry yang tadi tu.. Kalau ada yang belum baca pun aku anggap korang akan baca nanti.. Korang baca tau, kalau tak nanti aku akan sumpah semut depan korang tu tujuh keturunan.. Kalau korang tak sanggup semut tu diapa apakan, baik korang baca tau..hehehe
Heiii.., hang jebat.. Cutt!!, jerit si pengarah Ahmad Nisfu.. Ah sudah, jari aku ni dah mula nak mengarut dah ni, baik aku teruskan ke tujuan utama.. Kenapa aku menjadi seorang pembunuh, sebabnya pada suatu malam, aku masa tu tengah menghadap lappy.. Sedang elok2 aku membaca blog orang, tiba2 aku dapati ada sesuatu yang sedang menyentuh2 jari kaki aku ni..
Aku pun segera memusingkan kepala aku pada kadar kelajuan yang mampu membunuh.. Kusangkakan Misha Omar, rupanya hantu Mak Limah.. Terkejut aku bila melihat ada seekor makhluk yang paling dibenci oleh kebanyakan kaum hawa ini.. Aku tak benci sangat, cuma tak berapa suka je.. Aku biarkan jelah dia nak berjalan2 sebab pada pendapat aku dia takkan kacau aku bila aku tak kacau dia..
Tapi oleh disebabkan dia adalah seekor dan bukan seorang manusia, maka dengan beraninya dia mengganggu kehidupan aku.. Apa yang dia buat..? Dia telah merayap keatas badan aku tanpa segan silu sambil meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.. Bukan setakat itu sahaja dia juga telah mengajak geng dia lagi seekor untuk join the club main atas badan aku ni..
Jadi sejak itulah aku memulakan operasi membunuh dia.. Aku dah sumpah akan bunuh makhluk 2 ekor tu sebab berani dia main2 atas badan aku.. Kalau ada geng dia yang lain naik atas badan aku lagi, makan sudah pastilah mereka juga akan menerima nasib yang sama.. Okay, sekian itu sahajalah citer untuk kali ini, disebabkan aku takde benda yang nak ditulis, mak hanya ini sahajalah yang mampu aku hasilkan..
Kesimpulannya : bunuh bintang perosak tak pe tau, cuma jangan seksa..
No comments:
Post a Comment