Wednesday, March 09, 2011

Akhirnya aku rebah juga..

Salam petang semua blogger yang ada di dunia maya ini.. Adakah di dunia betul tiada blogger..? Itu aku sendiri tidak mengetahuinya.. Korang sendiri lah fikirkan jawapannya.. Aku dah tak mampu untuk berfikir kerana otak aku sedang mengalami jem perasa strawberi ni..huuhu

Aku pun tak jatuh motor tau..
Apa benda yang telah membuatkan aku rebah ni.. Adakah aku telah terpijak kulit pisang dan tergelincir maka terus rebah ke muka bumi..? Owh, tidak, benda tu masih belum berlaku lagi.. Kalau nak berlaku juga, biarlah di tempat yang tiada orang agar tidak aku merasai malu.. Apahallah ayat aku ni seakan2 lain dari biasa ni.. Aku tau yang korang mungkin tak perasan sebab aku pun kurang perasan part mana yang lain tu..

Tanpa membuang masa, aku jemputlah diri aku untuk menceritakan apa kah yang sedang mengetuk pintu tandas hati ku ini.. Korang bagilah tepukan gemuruh, kalau sikit2 je tak main lah..hehhe. Sudah la, aku dah tak larat dah nak menaip lebih banyak perkataan.. Aku sebenarnya sedang mengalami fasa untuk demam.. Seingat aku dah hampir 5 bulan aku tak demam ni.. Mungkin inilah masanya untuk tuhan menguji aku..

Kalau dulu aku ingat lagi, bila kerja sekolah tak siap je, maka aku pun mintak la supaya demam dan tak payah datang ke sekolah.. Tapi malangnya benda tu takkan terjadi.. Dan bertambah sedih lagi, biasanya aku akan demam bila ada benda2 penting dalam hidup aku.. Contohnya masa UPSR, time tu juga nak demam.. menyedihkan betul..

Kali ni time aku sedang menghadapi final exam pula, hope cepatlah baiknya.. Nanti boleh la aku jawab exam dengan tenang.. Okay, kalau malam ni badan aku okay sikit, aku singgah lah dekat blog korang tu ye.. Masa untuk aku merebahkan badan ke katil..

P/s (play station) : Entry yang dibuat sambil menekapkan tuala basah di kepala..T_T

4 comments:

Unknown said...

moga cepat sembuh.....

Arpiiz said...

terima kasih..^^

NUR AYNIE said...

get well soon ~~~ =)

amal said...

semoga cepat sembuh !! :))minum air putih banyak2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...