Thursday, March 03, 2011

Tak tau lah ini mimpi atau apa..

Salam malam buat korang semua.. Aku rasa macam dah lama sangat pula aku tak buat cerita.. Ni yang rindu ni.. Korang rindu tak...? Kalau tak rindu takpelah, sebab aku tetap nak buat entry cerita..hehehe.. Tapi ada ke orang nak baca..?? Takpelah, aku redha jelah..huhu. Disebabkan malam ni malam jumaat, aku nak share dekat korang satu story seram.. Hope korang dapatlah rasakan keseramannye ya..

Masa tu sudah pukul 2 pagi.. Aku tersedar dari tidur selepas bermimpi tentang sesuatu yang aku rasa agak menyeramkan juga bagi aku.. Mimpi dimana aku melihat banyak lembaga2 hitam berdiri mengelilingi diri aku.. Aku cuba bertanya kepada lembaga2 itu tetapi aku dapati yang diri aku tidak mampu untuk bersuara.. Lembaga2 itu mula menghampiri aku dan aku terjaga..

Walaupun aku sudah tersedar, tetapi aku masih tidak dapat membuka kelopak mata aku ini.. Puas sudah aku berusaha untuk membukanya tetapi ianya tidak berhasil.. Tidak lama selepas itu aku merasakan seakan2 ada benda yang duduk diatas badan aku.. "Ah sudah, takkan mimpi ni tak habis lagi kot..?" fikir aku.. Badan aku dah mula mengeluarkan peluh.. Aku dapat rasakan yang baju aku sudah basah habis kerana peluh aku itu

Belum cukup dengan keadaan seperti dihimpit itu, kali ini mata aku sudah boleh dibuka dan memang aku tak tipu yang masa itu aku rasa macam nak gugur jantung aku ni bila melihat ada satu lembaga yang betul2 dihadapan mata aku.. Di tambah dengan keadaannya yang tidak mempunyai muka.. Aku rasa korang sendiri pun boleh bayangkan macam mana aku rasakan..

Setelah hampir 3 minit aku 'bertentang mata' dengan lembaga itu dengan keadaan anggota badan aku tidak boleh bergerak.. Akhirnya barulah aku boleh menggerakkan kepala aku dan dengan pantas aku mengalihkan pandangan aku.. Tak sanggup aku nak memandang makhluk yang tiada muka tu.. Oleh kerana aku sudah terlalu ketakutan, maka aku terpaksa melaungkan azan walaupun hanya didalam hati.. Aku berharap sangat supaya kejadian itu cepat2 berlalu..

Aku pun mulalah melaungkan azan didalam hati sambil cuba menggerakkan mulut aku supaya aku boleh bersuara semula.. Aku selang selikan antara azan dan bacaan ayat kursi agar makhluk tu tak kacau aku lagi.. Sedar tak sedar akhirnya aku terlelap dan apabila aku bangun, waktu itu sudah pukul 6.30 pagi.. Aku bingkas bangun dan memang benar yang badan aku berpeluh2 sampaikan cadar tilam aku juga turut basah sama..

Sampai sekarang aku belum ceritakan kisah ini pada sesiapa, dan kalau korang membacanya maknanya koranglah orang pertama yang tahu cerita aku ini.. Aku masih tidak dapat nak memastikan sama ada apa yang aku alami itu hanya sekadar mimpi atau benar2 berlaku.. Pesan aku, sebelum tidur tu korang basuh la kaki dulu dan jangan lupa baca doa sebeum tidur..

9 comments:

faiz said...

memeber aku dulu byk kali kena hinpit lembaga hitam ni...bukan basuh kaki tapi amik wudu':)

NUR AYNIE said...

org pertama la nie yg tau...wow~!! seram glerrr~!!!

Arpiiz said...

faiz: hehe, tapi orang dulu2 cakap basuh kaki..^^

nuraynie: err, seram ke..? ini cuma cerita je..

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

kena himpit la ni . caranya , cuba gerakkan ibu jari kaki . sambil tu bacalah apa yang patut .

Unknown said...

tgk gmbr je pun da seram,,,

KinosKoko said...

seram wooo...

Arpiiz said...

atie: owh, macam tu ye..

miz ruha: baru tengok gambar, ceritanya..?? hehe

kinoskoko: betul ke seram ni.. thanks..^^

Siti Hajar Masri said...

sy pernah kena jugak..mgkin tidur x basuh kaki dan x baca doa..:)

cydayf said...

seram hokeys!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...