lebih kurang macam nilah tempat letak bas tu.. |
Aku tak pasti dimana kah tempat kejadian ini berlaku, tapi aku rasa area selangor juga lah.. Cerita ni diceritakan sendiri oleh kawan ayah aku kepada ayah aku (korang paham ke maksud aku ni..??).. Ayah aku dulu kerja bawak bas, so biasanya bila dah habis shif maka bas tu akan dikumpulkan di sebuah tempat khas..
Nak dijadikan cerita, ada sebuah bas yang memang dah lama rosak dan terbiar berada ditempat tu.. Bas tu dah lah tiada enjin, tayar pula dah pancit.. Dekat dalam bas tu lagilah, kotor dah dipenuhi dengan tumbuhan2 liar.. Jadi time tu dalam area pukul hampir pukul 12 tengah malam jugaklah..
Selepas dia meletak bas dia ke kawasan itu.. Tiba2 dia terdengar ada enjin bas yang tengah hidup.. Kawan ayah aku tu pun apa lagi, pergilah tengok, bas mana yang hidup tu.. Alangkah terkejutnya dia bila dia nampak bas rosak tu hidup sambil menyalakan semua lampu, termasuklah lampu didalam bas itu..
Dalam keadaan takut itu, dia juga ternampak yang didalam bas itu seakan2 penuh dengan penumpang.. Kawan ayah aku tu terus lari meninggalkan kawasan tu.. Menurut ayah aku lagi, bas itu sebenarnya pernah mengalami kemalangan yang dasyat, ramai juga yang terkorban..
Katanya lagi, bas tu dah macam2 dibuat tapi still lagi benda tu terjadi.. Bas tu dah dibakar, dah ditukar enjin, senang citer bas tu memang dah di overhaul kan lah.. Namun misteri didalam bas itu masih lagi belum terjawab.. Sebab itulah bas itu dibiarkan tersadai dekat situ..
Ada banyak lagi cerita seram dari ayah aku, tapi yang peliknya ayah aku cuma pernah kena sekali sahaja semenjak dia membawa bas dulu.. Err, nak aku ceritakan ke..?? Tak payah lah, kita tunggu malam jumaat akan datang..hehe
P/s (Play station) : Menaip dalam keadaan gelap ni, tiba2 rasa lain macam..huhuhu.
6 comments:
lol. patutla tanak cite lagi dah. cite laaa lagi. cecite. cecite. haha!
haha, nanti lah.. tunggu ada mood seram datang lagi..^^
tengok gambar sitausi tu punya terang dan jelas pun boleh buat rasa seram. :P
cik ina : lagilah kalau gelap waktu malam, tak tau rasa apa dah agaknya..^^
rasa2 nye tempat letak bas ni mesti ada bas rosak x?? sbb kat cini ada 1 tempat kumpul bas n selalu lalu dkt ctu waktu mlm sbb jln plg dekt..cm takutlak bile bce entry ni..mane la tau tbe2 ada ke...cuakkk
terataiflowerz : hmm, tak tau lah plak kn..
seram kan citer ni, masa kita dengar pun rasa cuak juga lah..^^
Post a Comment