Showing posts with label cerita bersambung. Show all posts
Showing posts with label cerita bersambung. Show all posts

Sunday, August 09, 2015

[Story Sunday] Ku Tunggu Kamu Disini (Part 2)

Salam dan hai kepada para readers semua..

Sambungan dari Ku Tunggu Kamu Disini (Part 1)

Mendengarkan kata-kata Si suami tadi, semakin sebak dada Si isteri tadi dan kini tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Dia segera memeluk badan suaminya dan menangis meminta agar suaminya tidak bercakap seperti itu. Si suami memujuk isterinya dengan tenang sambil membelai rambut isterinya yang panjang mengurai. Dia memberitahu lagi bahawa isterinya adalah insan paling istimewa buat dirinya.

Sepanjang malam itu mereka berdua tidak lepas berpelukan dan akhirnya Si isteri tadi tertidur diatas katil bersama Si suami. Cahaya pagi mula menerjah masuk ke dalam bilik di hospital itu. Suasana bising para doktor dan jururawat juga kedengaran di luar bilik itu. Si isteri membuka matanya dan dia terkejut kerana suaminya tidak lagi terbaring di atas katil itu.

Dengan perasaan cemas dan takut, Si isteri tadi mencari disegenap ruang bilik itu, termasuk di bilik air. Apabila dia tidak menemui suaminya, Si isteri bergegas keluar dan mencari doktor yang bertugas merawat suaminya. Tapi ada sesuatu yang pelik berlaku, apabila Si isteri bertanya kepada jururawat berkenaan nama suaminya, mereka mengatakan yang nama suaminya tidak ada didalam senarai pesakit.

Malah apa yang menghairankan jururawat, tiada pun nama doktor yang bertugas untuk merawat suaminya semalam. Si isteri bertambah kerisauan, dan didalam kerisauan itu juga dia menjadi bingung. Ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya. Untuk menenangkan dirinya, Si isteri pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Sebaik selesai sahaja dia mencuci muka, baru dia perasan yang pakainya berbeza dari apa yang dia pakai semalam.

Seingat dia, dia tidak pernah balik kerumah sejak malam tadi. Malah dia juga masih ingat yang dia terjaga dari bilik pesakit yang ada di hospital itu. Si isteri tadi mengambil keputusan untuk pulang ke rumah nya. Sewaktu dia mahu pergi keluar dari hospital, tiba-tiba ada seseorang yang memanggil nama Si isteri. Apabila dilihat, ada seorang lelaki berkaca mata sedang berdiri sambil melambai kearahnya.

Pada mulanya Si isteri tadi takut, memandangkan dia mempunyai pelbagai soalan yang tidak terjawab, jadi dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada lelaki tadi. Lelaki tadi memperkenalkan dirinya sebagai Zaki dan dia mengajak Si isteri untuk berjalan di taman hospital. Si isteri hanya mengikut sahaja ke mana lelaki itu pergi dan akhirnya mereka duduk di sebuah bangku di bawah sebatang pokok.

Belum sempat Si isteri mengajukan pertanyaan, Zaki telah mehulurkan sepucuk surat dengan sampul berwarna putih kekuningan kepadanya. Dengan perlahan Si isteri membuka samput surat dan melihat isi kandungan surat itu. Dia terkejut kerana dia kenal dengan tulisan yang tertera pada surat yang dibacanya. Itu ialah surat daripada Si suami dan didalam surat itu memberitahu bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama dan dia terlampau sayangkan isterinya.

Setelah selesai membaca surat itu, baru lah Si isteri sedar kembali. Apa yang dia alami semalam adalah sebuah mimpi dan mimpi itu ialah berkenaan memori malam terakhirnya bersama suami. Kemudian baru dia ingat lagi yang semalam adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 dan kini sudah 10 tahun Si suami pergi meninggalkannya. Akhirnya Si isteri tersenyum apabila membaca ayat terakhir pada surat itu berbunyi "Ku tunggu kamu disini supaya kita dapat bersama kembali.".

P/s : Ala, baru nak tulis panjang2, tapi dah cukup perenggan dah..

Saturday, August 08, 2015

[Story Saturday] Ku Tunggu Kamu Disini (Part 1)

Salam dan hai kepada para readers semua...

Ada satu cerita berkenaan tentang satu pasangan suami isteri yang sedang dilamun cinta. Setiap hari mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa yang memberikan mereka kebahagiaan dan juga kegembiraan. Si isteri seorang yang pendiam tetapi selalu tersenyum, manakala Si suami pula seorang yang suka bergurau dan ada sahaja idea untuk menyakat Si isteri tadi.

Apabila waktu pagi, Si isteri selalu menyediakan sarapan untuk suami tercintanya dan apabila Si isteri sedang leka didapur itu lah Si suami akan senyap-senyap menyusup berdiri di belakang Si isteri dan menutup mata isterinya tadi sambil memberikan ucapan selamat pagi. Walaupun Si isteri tidak banyak bercakap, tetapi didalam hatinya penuh dengan kegembiraan dan dia sangat senang dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu.

Pada suatu hari, seperti biasa sebelum Si suami bergerak ke tempat kerjanya, Si isteri akan cepat-cepat memimpin tangan suaminya sehingga ke kereta. Sebelum dia melepaskan tangannya, Si isteri mengucup tangan suaminya itu sebagai tanda berharap yang Si suami akan selamat pergi dan pulang. Apabila Si suami tadi bergerak, maka bermula lah tugas Si isteri untuk mengemas rumah.

Selesai sahaja dia mengemas rumah, tiba-tiba dia terfikir untuk membuat kek kesukaan suaminya iaitu kek vanila. Memandangkan tugas mengemasnya pun sudah selesai, tanpa membuang masa dia pun segera menyiapkan bahan-bahan untuk membuat kek vanila tadi. Hampir 1 jam jugalah masa yang diambil oleh Si isteri untuk menyiapkan kek itu, namun semuanya berjalan dengan lancar.

Sewaktu menyimpan kek tadi ke dalam peti ais, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Si suami di skrin telefonnya dan apabila dia menjawab, ada suara perempuan memberitahu bahawa Si suami tiba-tiba jatuh pengsan di pejabat dan kini beliau telah dihantarkan ke hospital. Tergamam Si isteri apabila mendapat berita yang sangat mengejutkan itu.

Ketika di hospital, Si isteri menunggu dengan sabar dan banyak berdoa agar orang yang dikasihinya itu akan selamat. Tidak berapa lama kemudian, doktor keluar dari bilik pemeriksaan dan memberitahu kepada Si isteri yang suaminya menghidap satu penyakit dan kini keadaan suaminya dalam keadaan kritikal. Bertambah terkejut Si isteri apabila diberitahu oleh doktor mengenai penyakit suaminya, kerana apa yang dia tahu suaminya itu selalu kelihatan sihat.

Malam sudah pun tiba, Si isteri terlelap di sisi Si suami yang terlantar diatas katil sambil memakai topeng oksigen. Dalam cahaya yang samar-samar itu, Si suami membuka matanya dengan perlahan dan dia lihat Si isterinya itu sedang memeluk erat tangannya. Si isteri terasa pergerakan tangan suaminya dan segera melihat keadaan Si suami, dia sangat-sangat gembira apabila melihat Si suami tersenyum.

Air mata nya sudah tidak dapat dibendung lagi, lalu mengalirlah ia jatuh turun ke pipi. Si suami yang melihat air mata milik isterinya jatuh, dengan segera mengesat air mata itu dan berkata yang dia tidak mahu melihat isteri kesayangannya menangis. Tambahnya lagi, jika benar masanya telah pun tiba, dia mahu isterinya itu menerima dengan hati terbuka.

Bersambung....

Ku Tunggu Kamu Disini (Part 2)

P/s : Alahai, aku ingatkan nak habiskan je cerita ni, tapi dah panjang sangat pulak. Korang nak cerita ni happy ending or sad ending.? Atau mungkin surprise ending.??

Saturday, August 01, 2015

[Story Saturday] Misteri Rahman (Part 4)

Salam dan hai kepada para readers semua...

....sambungan dari Misteri Rahman...(Part 3)

Aku mengambil botol air yang berisi air mineral diatas meja dapur lalu aku meneguknya. Aku membaca beberapa potong ayat suci al-quran sebelum aku menelan air tadi. Setelah berbuat demikian, aku mula mendapat tenaga aku kembali. Rahman hanya berdiri sahaja sambil memandang ke lantai ketika aku minum air tadi. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi aggressif seperti tadi dan aku juga sudah mula kembali tenang.

Baru sahaja aku mahu menghelakan nafas, Rahman kembali memandang aku dengan wajahnya yang bengis. Tidak pernah aku lihat wajah dia semarah ini, tapi kenapa dia marahkan aku.? Aku bertanyakan soalan itu kepada Rahman dan jawapan dia ialah dia bencikan aku kerana selalu menghalang kerja dia. Jawapan itu tidak dapat aku terima, bila pulak aku halang kerja dia dan kerja apa yang dia buat.??

Tapi apa yang aku pasti, yang berada dihadapan aku ini bukan lah Rahman yang aku kenal. Dihadapan aku ini ialah makhluk lain yang mengawal jasad kawan aku. Dari segi percakapan dan juga gaya bahasa yang aneh itu membuatkan aku bertambah yakin bahawa Rahman sudah dirasuk. Tanpa berlengah lagi, sekali lagi aku meneguk air mineral yang ada ditangan aku.

Setelah beberapa teguk aku ambil, lalu aku semburkan kearah Rahman. Rahman menjerit marah, dia mahu menerkam aku dan tanpa membuang masa lagi aku halang terkamannya itu dan mengunci pergerakan dia dengan menggunakan salah satu seni pertahanan diri yang aku pernah belajar. Aku pegang erat badan Rahman dan membacakan ayat kursi di telingannya.

Tiba-tiba Rahman terjatuh ke lantai, dia pengsan dan tidak sedarkan diri dilantai itu. Aku berhati-hati menghampiri dia kerana aku takut jika dia tiba-tiba bertindak ganas lagi. Aku curahkan air botol yang ada digenggaman aku tadi ke muka dia. Sebaik sahaja air itu mengenai mukanya, Rahman terus bingkas bangun ibarat orang mengigau sambil menjerit-jerit.

"Aaaaa, apa hal ni apa hal ni.???", tanya Rahman dalam keadaan bingun sambil mukanya basah dengan air mineral tadi. Rahman terkejut melihat aku sedang menyiram air ke mukanya namun apa yang lagi mengejutkan dia ialah mengenai wajah aku yang cedera akibat pergaduhan tadi. Setelah aku menceritakan kepada dia, Rahman segera meminta maaf atas apa yang berlaku tadi.

Walaupun aku masih lagi berasa sakit dan juga marah, namun aku biarkan sahaja perasaan itu kerana aku tahu yang Rahman tidak sedar dengan apa yang dia telah lakukan. Tanpa berlengah lagi, aku terus bertanyakan kepada Rahman adakah benar yang dia ada pergi bertemu dengan seorang bomoh baru-baru ini. Pada mulanya dia cuba mengelak dari menjawab pertanyaan aku, namun setelah aku merenung jauh-jauh ke dalam anak matanya, baru lah dia mengaku.

Rahman mengaku yang dia ada berjumpa dengan bomoh kerana dia mahu menghilangkan nasib malang yang selalu menimmpa dirinya baru-baru ini. Aku juga tahu mengenai nasib malang yang menimpa dirinya, tapi aku memang tidak menyangka yang dia sanggup berjumpa dengan bomoh semata-mata mahu mengubah nasib. Setelah dia bercerita, giliran aku pula bercerita kepadanya berkenaan perempuan yang menjelma dibilik tidurnya dan juga lembaga yang mengganggu aku petang tadi.

Aku menasihatkan kepada Rahman supaya bertaubat dan kembali kepada Allah, kerana hanya Nya lah yang kita sepatutnya berserah, bukan dengan meminta bantuan dari makhluk lain. Rahman mengangguk faham dan dia mahu memulangkan kembali barang yang diberikan oleh bomoh kepadanya dulu. Akhirnya aku berasa lega kerana berjaya menyelamatkan kawan aku dari terus sesat.

Tamat..

P/s : Haahaha, aku tak sangka ada cerita yang tak abis lagi. Nasib baik ada orang yang bagitau, kalau tak memang takde ending lah citer ni..

Saturday, July 25, 2015

[Story Saturday] Tira (Part 3)

Salam dan hai kepada para readers semua...

...Sambungan daripada Tira (Part 2)

Setelah Tira menekan butang yang ada pada batu itu, keadaan menjadi seperti sedia kala. Suasana menjadi riuh rendah dengan bunyi kenderaan dan juga suara-suara orang yang berjalan kaki. Tanpa berfikir panjang, Tira menekan butang itu lagi sekali dan sekali lagi keadaan sekeliling menjadi senyap sunyi dan situasi seperti masa berhenti terjadi lagi sekali.

Barulah Tira tahu yang batu dia pegang itu mempunyai kuasa untuk menghentikan masa. Pada mulanya Tira takut kerana dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya. Tetapi setelah beberapa kali dia menggunakan batu itu untuk kepastian, barulah Tira yakin menggunakan batu hijau itu. Tira terfikir, dia bingung memikirkan untuk apa dia menggunakan batu itu.

Namun setelah beberapa kali dia berfikir, muncul satu idea jahat didalam fikirannya iaitu hendak membalas dendam terhadap Alia dan juga Zahid. Sepanjang malam dia memikirkan apakah balasan yang patut dia berikan kepada orang yang sangat dibencinya itu dan setelah membuat keputusan, Tira melelapkan matanya akibat kepenatan dengan apa yang terjadi kepada dirinya hari ini.

Keesokkan harinya, jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 9.30 pagi. Tira bingkas bangun kerana dia sudah tidak sabar lagi hendak membalas dendam terhadap Alia dan juga Zahid. Rancangan nya ialah dia mahu bersemuka dengan mereka berdua, kemudian membuat perkara yang boleh memalukan mereka berdua ketika masa diberhentikan.

Setelah Tira bersiap-siap untuk keluar, dia berjalan menuju ke taman permainan dimana itu merupakan tempat lepak Alia dan juga Zahid. Sewaktu dia sedang berjalan, entah bagaimana muncul seekor anjing menyalak kuat dihadapan Tira. Tira ketakutan dan tanpa dia berfikir panjang dia terus melarikan diri demi mengelakkan dirinya dari diapa-apakan oleh anjing tadi.

Apabila melihat Tira melarikan diri, anjing tadi mula membuka langkah ingin mengejar Tira. Dengan salakannya yang kuat membuatkan Tira semakin panik dan berlari semakin laju. Semakin laju Tira berlari, semakin dekat anjing itu cuba mengejarnya dan ketika detik-detik paling mencemaskan itu lah Tira mendapat akal. Dia mahu menghentikan masa untuk melarikan diri dari anjing tadi.

Tira mencari batu hijau yang ada didalam beg galasnya ketika berlari, ternyata susah baginya untuk mencari batu itu dalam keadaan sedang berlari. Setelah berusaha beberapa kali meraba-raba dalam begnya, akhirnya Tira dapat memegang batu hijau yang dicarinya. Tira sangat gembira kerana dia tahu sebaik sahaja dia menekan butang yang ada pada batu itu, dia sudah pasti akan selamat.

Batu hijau tadi dikeluarkan dari dalam beg, dan entah bagaimana dalam masa yang sama juga kaki Tira tersepak tunggul kayu lantas menyebabkan dirinya jatuh tersungkur. Ketika dirinya sedang terjatuh itu lah, batu hijau yang dipegang olehnya tadi terlepas dan Tira dapat melihat batu itu jatuh ke lantai. Malang tidak berbau, butang pada batu itu mengenai lantai jalan menyebabkan butang itu sekaligus tertekan.

Suasana menjadi senyap sepi, tiada sebarang bunyi mahupun pergerakan yang berlaku. Batu hijau tadi tergolek diatas lantai jalan bergerak dihadapan tubuh anjing yang kelihatan kaku dalam posisi berlari. Batu hijau itu terus bergolek dan kali ini ia melintasi badan Tira yang turut sama kaku seperti anjing tadi. Terhentilah masa sejak waktu itu dan mungkin cuma akan bergerak kembali jika butang pada batu hijau itu ditekan lagi.

P/s : Aku nak tamatkan terus lah cerita ni, sebab ada banyak lagi cerita lain yang aku nak buat..

Sunday, July 12, 2015

[Story Sunday] Tira (Part 2)

Salam dan hai kepada para readers semua..

...Sambungan daripada Tira (Part 1)

Beg Tira bergerak-gerak dengan sendirinya dan Tira yang masih dalam keadaan terkejut mengambil batang penyapu yang berada di luar bilik. Dia segera menolak-nolak begnya kerana takut jika ada apa-apa haiwan yang berbahaya duduk didalam begnya itu. Setelah beberapa kali dia menolak beg tu, beg tadi kemudiannya senyap dan berhenti bergerak.

Tira berhati-hati mengangkat begnya dan ketika dia mengangkat beg itu, tiba-tiba ada sesuatu yang jatuh daripada kocek beg. Sebiji batu berwarna hijau tergolek dan ia menghala ke kaki Tira. Pada mulanya Tira agak takut untuk melihat batu sebesar bola golf itu, tapi entah kenapa dia terassa tertarik untuk mengetahui batu itu dengan lebih lanjut. Diambilnya batu itu dan kemudian dia membelek-belek batu itu.
Bayangkan jelah yang rupa batu tu macam pokeball ni..

Ada sesuatu yang pelik dengan batu itu, ditengah-tengah nya seolah-olah ada satu butang yang boleh ditekan. Tira cuba menekan-nekan butang tadi, tapi tiada apa-apa pun yang berlaku. Oleh kerana kepenatan yang teramat, Tira meletakkan semula batu tadi kedalam beg nya. Rancangan Tira ialah untuk membuang batu itu sebaik saja dia pergi ke kuliah esok pagi.

Sama seperti hari-hari sebelumnya, petang itu Tira berjalan pulang dari fakultinya. Sedang dia berjalan itu, baru lah dia teringat yang batu hijau semalam masih ada didalam begnya. Tira mula menyelongkar begnya sendiri mencari batu hijau itu. Ketika sedang leka mencari itu, ada satu suara memanggil namanya. Tira kenal suara itu dan pada mulanya dia enggan melihat siapa yang memanggilnya.

Suara yang memanggil namanya kini semakin dekat dan keras, Tira ketakutan untuk memandang wajah orang yang memanggilnya kerana dia tahu suara itu milik Alia. Akhirnya batu hijau yang dicari tadi sudah ada didalam genggamannya. Tira nekad untuk melarikan diri kerana dia tahu yang Alia pasti akan menyakitkan dirinya. Baru sahaja Tira melangkah, tangannya telah dipegang dengan genggaman yang kuat.

Tira terkejut dan dia berusaha untuk melepaskan diri. Tetapi usahanya untuk melepaskan diri membuatkan dirinya jatuh tersungkur apabila genggaman tangan yang kuat tadi melepaskan dirinya. Tira melihat Alia sudah mula berang terhadap dirinya, dan dia juga nampak yang Alia sudah mula mengangkat kakinya untuk memijak badan dia.

Kerana ketakutan sangat, Tira memejam matanya sambil terus menggenggam batu hijau didalam begnya dan secara kebetulan butang yang ada ditengah batu itu turut ditekan sama. Keadaan menjadi sunyi seketika, dan Tira mula membuka matanya. Sesuatu yang ganjil dan aneh telah berlaku terhadap dirinya, dia lihat keadaan sekeliling nya berhenti tidak bergerak.

Burung yang sedang berterbangan terhenti di udara, bunyi angin petang yang selalu bertiup juga tiada. Namun yang paling aneh sekali ialah, dihadapannya ada Alia yang masih lagi diposisi ingin memijak dia dan Zahid pula hanya berdiri kaku dibelakang Alia. Tira bingung dengan kejadian yang berlaku, dia berdiri dan berjalan sekeliling Alia. Dia cuba menyentuh Alia tapi takut jika Alia akan bergerak semula.

Tira segera berlari pulang ke rumah, dan sepanjang perjalanan dia pulang itu dia lihat semua orang tidak bergerak. Keadaan sekelilingnya semuanya terhenti seolah-olah masa sudah membeku. Apabila Tira sudah sampai dihadapan rumahnya, baru dia perasan yang tangannya masih lagi memegang batu hijau tadi. Dia perhatikan sekali lagi batu itu dan apabila dia menekan butang ditengah, secara tiba-tiba keadaan menjadi sedia kala.

Bersambung...

P/s : Aish, aku tak tau apa genre untuk citer kali ni. Kalau ada sesiapa yang baca, boleh tak bagitau kat aku citer ni genre apa.?

Saturday, July 11, 2015

[Story Saturday] Tira (Part 1)

Salam dan hai kepada para readers semua...

Tira, sorang pelajar yang mengambil jurusan sains komputer di sebuah universiti terkemuka. Peribadinya yang rajin dan sentiasa fokus terhadap pembelajarannya membuatkan dia menjadi salah seorang pelajar yang pintar didalam setiap kelas. Namun Tira adalah seorang yang kurang bersosial, masa cutinya banyak dihabiskan dengan membaca buku-buku.

Oleh kerana sikap kurang sosialnya juga membuatkan Tira sering menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekelasnya. Tira selalu disuruh untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah mereka. Walaupun Tira menerima, tapi jauh disudut hatinya itu tersimpan semua dendam dan perasaan amarah Tira terhadap rakan-rakan sekuliahnya.

Sehinggalah pada suatu petang, Tira baru sahaja tamat kuliah petangnya dan dia bersiap-siap untuk bergerak pulang. Ketika dia sedang berjalan di luar fakultinya, tiba-tiba ada sepasang tangan yang menarik badannya ke belakang. Tira yang terkejut hanya mampu mengikut sahaja arah tangan yang menarik dirinya. Setelah beberapa saat berjalan, tangan tadi melepaskan pegangannya dan menolak badan Tira jatuh ke tanah.

Tira cepat-cepat cuba untuk berdiri, tetapi ada pula beberapa kaki yang memijak badannya. Pandangan Tira mula beralih, mula melihat siapakah yang melakukan perbuatan biadap itu terhadap dirinya. Setelah diamati betul-betul, barulah Tira sedar rupanya Zahid dan juga Alia yang memijak badannya. Mereka berdua adalah pasangan kekasih yang suka membuat kacau disekitar kampus, dan orang yang selalu menjadi mangsa mereka ialah Tira.

Alia meminta Tira untuk memberikan dirinya wang yang berjumlah RM500 kerana mereka berdua sudah kehabisan wang akibat berjudi. Tira menolak permintaan Alia kerana dia sendiri tidak mempunyai wang sebanyak itu. Namun selepas Tira memberikan jawapan, tiba-tiba satu tendangan mengenai perut Tira, Tira menjerit kesakitan. Sementara Tira masih lagi baring kesakitan, Zahid menyelongkar beg Tira dan dia mengambil semua duit yang ada didalam beg itu.

Sebelum mereka berdua pergi, Alia memberitahu kepada Tira yang dia akan datang lagi untuk meminta wang yang dimintanya tadi. Tinggalah Tira terbaring sambil menahan kesakitan akibat disepak oleh Alia tadi, dan ketika dia sedang menahan sakit itu juga akhirnya Tira pengsan. Selepas beberapa jam, Tira membuka matanya, dia cuba bangun dan kali ini sakit akibat disepak tadi sudah mula hilang.

Tira cepat-cepat bangun dan memandangkan keadaan sudah gelap, dia bergegas mengemas beg nya yang bersepah tadi dan tanpa membuang masa, Tira terus pulang ke rumah sewanya. Setelah sampai dirumahnya, Tira terus terbaring kepenatan, dia sedih dengan hal yang berlaku kepada dirinya tadi. Dia takut kalau Alia mahu membunuhnya gara-gara dia tidak mengikut arahan Alia.

Sewaktu Tira sedang mengelamun itu lah tiba-tiba dia terdengar bunyi benda terjatuh. Tira yang terkejut tadi terus mencari dari manakah bunyi itu datang, dan setelah dia melihat keadaan sekeliling dia tahu bahawa bunyi jatuh tadi datang dari beg nya. Sewaktu dia sedang memandang begnya, sekali lagi Tira terkejut kerana begnya bergerak-gerak dengan sendirinya.

Bersambung....

Tira (Part 2)

P/s : Okay, cerita kali ni memang betul-betul spontan, sampai aku tak tau apa tajuk yang aku nak bagi..

Sunday, June 28, 2015

[Story Sunday] Gambar Perempuan Itu (Part 2)

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

sambungan dari Gambar Perempuan Itu (Part 1)

Farid cuba fokus dan mula mencari apakah benda yang telah mengganggu tidurnya itu, dia perhatikan keadaan sekeliling nya. Gelap, hanya lampu tidurnya yang malap sahaja menerangin biliknya itu. Setelah beberapa minit, Farid cuba mencari punca yang mengganggu tidurnya itu, akhirnya baru dia sedar. Dia seperti terdengar seolah-olah ada bunyi halus perempuan ketawa didalam biliknya.

Walaupun bunyi itu perlahan sahaja, tetapi Farid yakin yang itu adalah bunyi perempuan ketawa. Farid cuba memberanikan diri dengan bangun dari katil. Secara perlahan-lahan Farid berjalan kearah bunyi yang dia dengar, namun belum sempat dia melangkah untuk kali ketiga, bunyi itu tiba-tiba lenyap dari dalam biliknya. Kini hanya bunyi cicak sahaja yang kedengaran. Farid membuka lampu biliknya dan dia tidur semula dalam keadaan terang.

Keesokan harinya, Farid bersiap untuk pergi ke kelas dan ketika dia memandang gambar perempuan yang dia jumpa semalam, Farid terfikir untuk mencari tuan kepada gambar tersebut. Farid mengambil kembali gambar itu dari bingkai nya dan meletakkan gambar itu didalam dompetnya. Ketika di kelas, Farid sempat bertanya kepada rakan-rakannya tentang gambar itu, tapi malangnya tiada siapa pun yang mengenali perempuan didalam gambar itu.

Sehingga ke petang dia cuba mencari maklumat berkenaan gambar itu, Farid juga ada bertanya kepada pensyarah-pensyarah yang dia kenal, tapi jawapan yang dia dapat tetap sama. Setelah penat kehulu dan kehilir mencari maklumat, akhirnya Farid membuat keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Sampai sahaja dirumahnya, Farid segera membersihkan diri dan kemudian dia terlelap.

Farid bangun dari tidurnya, namun kali ini sama seperti semalam. Bunyi itu datang lagi mengganggu tidur Farid. Pada mulanya dia mahu membiarkan sahaja bunyi itu, tapi semakin lama bunyi itu semakin jelas dan kali ini ia bukan lah bunyi perempuan ketawa. Farid terdengar ada orang menyebut namanya dan setelah beberapa kali suara itu memanggil nama Farid, dia pun segera bangun dan mula mencari arah suara itu.

Setelah puas diamati, akhirnya Farid tahu dari mana datangnya suara itu. Suara itu datangnya dari luar biliknya dan Farid dengan segera membuka langsirnya. Dia terkejut kerana di luar rumahnya itu berdiri seorang perempuan sedang memandang dirinya. Melalui cahaya yang samar-samar, Farid seolah-olah mengenali wajah perempuan itu.

Dia cuba mengingati semula dari manakah dia pernah melihat wajah perempuan itu. Farid terpandang gambar yang ada diatas meja belajarnya itu dan barulah Farid sedar yang wajah perempuan diluar itu mirip dengan wajah didalam gambar itu. Tiba-tiba Farid berasa sangat gembira, dia mahu sangat berjumpa dengan perempuan itu. Farid segera keluar dari rumahnya dan sebelum dia keluar, dia sempat mencapai gambar diatas meja tadi.

Farid lihat yang perempuan itu berdiri di tengah jalan dihadapan rumahnya. Pada mulanya Farid teragak-agak untuk pergi kearah perempuan itu. namun apabila perempuan itu melambai-lambai kearah Farid, kakinya sudah tidak lagi dibawah pengaruhnya. Farid sendiri yang berjalan kearah perempuan itu. Setelah Farid dapat berhadapan dengan perempuan itu, dia segera menunjukkan gambar yang dia pegang.

Belum sempat dia mendengar perempuan itu bercakap, tiba-tiba badan Farid terbang melayang. Dia tergolek diatas tanah dengan kepalanya berlumuran darah. Rupa-rupanya sebuah kereta telah terlanggar Farid kerana dia tidak nampak yang Farid sedang berdiri seorang diri ditengah jalan. Ketika pemandu itu mahu membantu Farid, Farid sudah tidak lagi bernyawa. Pemandu itu ternampak gambar yang dipegang oleh Farid dan apa bila dia melihat gambar itu, gambar itu menunjukkan seorang perempuan sedang tersenyum sambil menunjukkan tiga jarinya.

P/s : Ingatkan nak buat sampai part 3, tapi malas lah pulak.

Saturday, June 27, 2015

[Story Saturday] Gambar Perempuan Itu (Part 1)

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

Petang itu Farid masih lagi berada di fakultinya, kelas petang yang dihadirinya itu memang sangat-sangat membosankan bagi dirinya. Dia memang tidak boleh belajar pada waktu petang, bagi dia waktu petang adalah waktu untuk beriadah, bukan untuk menimba ilmu. Mujur dia duduk ditepi tingkap, dapat lah dia melayan perasaannya dengan memandang ke arah luar.

Ramai pelajar-pelajar universiti seperti dia sedang berjalan-jalan, ada yang berpasangan dan ada juga yang berkumpulan. Tidak kurang juga ada yang berjalan sendirian sambil menikmati pemandangan dia sekitar universiti ini. Farid masih lagi memandang keluar tingkap, memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang. Tiba-tiba dia tertarik kearah satu objek yang berada dibawah pokok ditepi kelasnya.

Kelihatan seperti sehelai kertas, tetapi dia tidak pasti. 10 minit telah berlalu dan pensyarah kelasnya telah membenarkan pelajarnya untuk pulang, termasuk lah Farid juga. Tanpa berlengah lagi, Farid terus mengangkat beg dan bergegas keluar dari kelasnya itu. Ada juga kawannya cuba mengajak dia untuk lepak bersama, tetapi Farid menolak pelawaan mereka dengan baik.

Kalau ini gambarnya, aku pun terpikat jugak,hehee
Sifat ingin tahu Farid melonjak sangat tinggi sejak dia terpandang kertas yang ada dibawah pokok itu. Farid pergi ke pokok yang berdiri tegak di sebelah kelasnya tadi. Farid berasa lega apabila dia melihat yang kertas tadi masih ada terbaring di tepi akar pokok tersebut. Tanpa membuang masa lagi, Farid terus menghampiri kertas itu dan kemudian baru dia sedar yang kertas itu sebenarnya ada lah sekeping gambar.

Gambar itu memaparkan seorang perempuan yang sedang tersenyum sambil membuat lambang "peace". Farid terpikat dengan senyuman perempuan itu, walaupun ia hanyalah sekeping gambar, tapi entah kenapa Farid berasa teringin sangat hendak bertemu dengan orang didalam gambar itu. Farid menyimpan gambar itu didalam kocek bajunya dan dia segera bersiap untuk pulang kerumahnya.

Apabila sampai sahaja dirumahnya, Farid meletakkan gambar tadi didalam bingkai gambar yang memang sudah sekian lama kosong tidak digunakan. Malam itu Farid seperti biasa belajar di meja belajarnya, cuma kali ini semangatnya untuk belajar berkurang kerana kebanyakan masanya habis dengan dia melihat gambar yang dia jumpa petang tadi.

Apabila matanya sudah berat, Farid mula bergerak kearah katilnya dan cuba untuk melelapkan matanya. Tidak sampai 5 minit, Farid sudah hanyut dibuai oleh mimpi-mimpi yang diciptakan oleh dirinya sendiri. Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi, mata Farid tiba-tiba terbuka. Dia terbangun dari tidurnya, bangunnya itu bukan lah disebabkan dia terjaga sendiri, tapi lebih kepada ada sesuatu yang mengganggu tidurnya itu.

Bersambung.....

Gambar Perempuan Itu (Part 2)

P/s : Sebenarnya cerita ni aku pernah terbaca dekat satu website, tapi aku dah lupa website mana. Jadi aku ceritakan balik apa yang aku pernah baca dulu and adalah tambah sikit2..

Monday, January 31, 2011

Ada satu cerita.. (Part 10)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 9)

... Asap hitam itu mula membentuk seakan-akan tubuh manusia dan mula menyerang Wak Darmawi, tetapi entah mengapa dengan secara tiba-tiba sahaja asap hitam itu hilang apabila dia melepasi tubuh Wak Darmawi.. Setelah mereka berempat suda berada di dalam kereta, si suami segera menghidupkan enjin kereta dan pergi semula ke rumah Wak Darmawi...

Ketika di dalam perjalanan si suami bertanya kepada Wak Darmawi apakah yang telah berlaku terhadap lelaki ini.. Wak Darmawi hanya menyatakan bahawa lelaki ini telah terikat dengan perjanjian ilmu hitam yang dia tuntut ketika berada di seberang dulu.. Leman mencadangkan agar dibawa sahaja lelaki itu ke hospital kerana kelihatannya lelaki itu sudah cedera parah.. Bagaimana pun Wak Darmawi tetap menyuruh supaya terus pulang ke rumah dia supaya dia dapat menyelesaikan masalah ini..

Apabila sampai sahaja di rumah Wak Darmawi, si suami dan Leman segera mengangkat lelaki itu masuk ke rumah dan membaringkannya di ruang tamu.. Mak Teh yang pada masa itu masih berada di rumah itu bertanya kepada Leman perihal lelaki itu.. Leman pun menceritakanlah apa yang terjadi ketika mereka berada di rumah itu..

Wak Darmawi duduk di ruang tamu rumahnya dan dihadapannya adalah lelaki tadi.. Wak Darmawi merenjiskan air yang di bawanya bersama tadi kerana dia mahu mula mengubati lelaki itu.. Sesuatu yang aneh berlaku apabila air yang direnjis tadi tidak membasahkan tubuh lelaki itu, bahkan air itu seakan-akan hilang sebelum sempat singgah ke tubuh lelaki itu..

Si suami dan Mak Teh hanya melihat sahaja sementara Leman duduk di penjuru rumah sambil membaca ayat-ayat tertentu.. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Leman apabila Wak Darmawi mengubat orang, dia memang akan duduk di penjuru rumah untuk membantu memudahkan kerja Wak Darmawi. Lagi sekali Wak Darmawi merenjiskan air dan kali ini tiba-tiba mata lelaki itu terbuka, dengan matanya yang berwarna hitam sambil merenung tepat ke mata Wak Darmawi, dan Wak Darmawi masih lagi bersikap tenang..


Walau macam mana pun, lelaki itu masih tidak mampu bergerak, hanya mata dan mulutnya sahaja yang mampu bergerak.. Lelaki itu memarahi Wak Darmawi dengan mengatakan yang Wak Darmawi menganggu kerja dia.. Dengan suaranya yang agak menakutkan, mereka semua tahu bahawa yang bercakap itu adalah syaitan yang sedang merasuki badan lelaki itu..

Wak darmawi bertanya kepada dia yang kenapa dia masih duduk di dalam badan lelaki itu walaupun perjanjian antara mereka sudah tamat.. Lelaki itu menjawab yang dia perlu...

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 11)

Sunday, January 30, 2011

Ada satu cerita.. (Part 9)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 8)

... Setelah Mak Teh bersetuju untuk menjaga si isteri sementara mereka bertiga keluar, si suami segera menghidupkan enjin keretanya... Mereka bertiga mula bergerak pada pukul 12.30 tengah malam dan sampai di rumah banglo tersebut pada waktu sekitar 2.00 pagi.. Ketika mereka berada di hadapan rumah banglo tersebut, si suami terasa seakan-akan ada sesuatu yang p terhadap rumah itu..

Bagaimana si suami tidak berasa pelik, kerana pada waktu siang tadi dia melihat rumah banglo itu dalam keadaan yang bersih, tapi kini rumah itu sudah dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan liar.. Pada mulanya si suami fikir mungkin dia tersilap pandang kerana keadaan pada masa itu gelap dan dia juga agak mengantuk.. Dia beritahu kepada Wak Darmawi yang dia mungkin tersilap rumah kerana rumah yang dia datang siang tadi berbeza dengan rumah yang ini..

adakah begini keadaan rumah tersebut...?
Wak Darmawi kemudiannya memberitahu kepada si suami yang sebenarnya rumah inilah yang mereka berdua datang siang tadi.. Syaitan sudah mempermainkan kamu kata Wak Darmawi kepada si suami.. Terkejut si suami dengan kenyataan Wak Darmawi, kini baru dia sedar yang betapa lemahnya iman dia sehingga dia dengan mudah terpedaya dengan tipu helah syaitan..

Wak Darmawi menyuruh mereka berdua mengikutinya masuk ke dalam rumah itu.. Apabila pintu rumah di buka tiada apa yang dapat dilihat melainkan kepekatan malam, mujurlah di dalam kereta si suami ada lampu suluh, maka si suami menggunakannya.. Disuluhnya ke dalam rumah tersebut dan ternyata yang rumah itu sudah terlalu lama di tinggalkan, dengan wujudnya pokok-pokok liar sudah membuktikan yang rumah ini memang lama tidak berpenghuni..

Wak Darmawi segera menyuruh si suami membawanya pergi ke tempat di mana dia menjumpai isterinya.. Apabila sampai di bilik yang dicari, Wak Darmawi menyuruh mereka berdua agar berselawat dan membaca ayat Kursi supaya tidak berlaku apa-apa keburukan.. Leman membuka pintu bilik itu memandangkan Wak Darmawi yang mengarahkanya..

Pintu dibuka, dan kelihatannya ada seorang lelaki dengan keadaannya yang cedera parah.. Cepat bawa lelaki itu ke kereta, arah Wak Darmawi kepada Leman dan si suami.. Ketika mereka mahu membawa lelaki itu, tiba-tiba muncul satu kepulan asap di dalam bilik itu bersama satu suara yang sangat garau..

Suara itu mengarahkan supaya dibiarkan sahaja lelaki itu di dalam bilik itu, tetapi apa bila Wak Darmawi menyuruh agar jangan dilayan suara itu, mereka berdua segera membawa lelaki itu ke kereta.. Asap hitam itu mula membentuk seakan-akan tubuh manusia dan mula menyerang Wak Darmawi, tetapi....

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 10)

Saturday, January 29, 2011

Ada satu cerita.. (Part 8)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 7)

... Di hadapan Wak Darmawi kini bukan lah si isteri lagi, tetapi seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 25 tahun sahaja.. Lelaki yang memakai baju t-shirt putih itu hanya berdiri sahaja di hadapan Wak Daarmawi sambil memandang ke lantai.. Walau macam mana pun Wak Darmawi lihat yang keadaan lelaki itu seakan-akan sedang berada di dalam kesakitan.. Wak Darmawi bertanya kepada lelaki itu siapakah dia dan kenapa dia mengganggu si isteri..

gambaran semata-mata
Lelaki itu mula bersuara tetapi kelihatannya untuk dia bercakap itu terlalu susah.. Selepas beberapa ketika tiba-tiba lelaki itu merenung wajah Wak Darmawi sambil berkata agar Wak Darmawi tidak mengganggu urusan dia, suara dia yang ini juga berbeza dari ketika dia mahu bercakap tadi.. Wak Darmawi bertanya lagi sekali soalan yang sama dan lelaki itu mula menyerang Wak Darmawi.. Lelaki itu mahu mencakar wajah Wak Darmawi tetapi tidak kena kerana Wak Darmawi telah menepis serangan lelaki itu..

Kali ini Wak Darmawi pula yang membalas serangan lelaki tadi, dia membaca ayat kursi dan beberapa surah lain.. Tiba-tiba muncullah panah-panah yang berapi menyerang lelaki tadi, menyebabkan lelaki itu cedera.. Walaupun lelaki tadi sudah cedera, tetapi dia masih lagi mahu menentang Wak Darmawi, dia mengeluarkan satu kepulan asap hitam dari tangannya dan asap hitam itu mengelilingi Wak Darmawi..

Wak Darmawi masih lagi bertenang kerana dia tahu yang lelaki itu sudah terlalu lemah.. Kali ini dengan hanya menghembus nafasnya secara perlahan, tiba-tiba rumah itu ditiup oleh angin yang sangat kuat sehinggakan asap hitam tadi terus hilang.. Manakala lelaki itu pula tercampak ke dinding rumah menyebabkan dia terduduk lemah.. Sekali lagi Wak Darmawi bertanya kepada lelaki itu dan kini baru lah lelaki itu bercerita..

Wak Darmawi membuka matanya dan kini dia sudah berada di rumahnya semula.. Dia lihat si suami dan Leman sedang mengangkat si isteri yang telah pengsan ke dalam bilik.. Apabila si suami keluar dari bilik itu bersama Leman, Wak Darmawi memanggil si suami.. Dia mahu agar si suami membawa dia dan Leman pergi semula ke rumah yang dia pergi siang tadi..

Si suami bertanya untuk apa pergi ke sana kerana setahu dia rumah itu tiada penghuni.. Tetapi setelah didesak oleh Wak Darmawi maka si suami hanya akur sahaja.. Sebelum mereka bertolak pergi, Leman menyuruh agar pergi memberitahu kepada Mak Teh agar tolong tengok-tengokkan si isteri.. Mak Teh adalah jiran kepada Wak Darmawi, dia tinggal bersama anak perempuannya sahaja di rumah itu..

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 9)

Friday, January 28, 2011

Ada satu cerita.. (Part 7)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 6)

Jam sudah menunjukkan pukul 11.25, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari pintu kayu itu.. Leman segera membuka pintu dan orang yang berdiri di luar rumah itu adalah Wak Darmawi.. Si suami terus bersalaman dengan bekas gurunya itu dan Wak Darmawi juga membalas salaman si suami dengan mesra..

Wak Darmawi melihat keadaan si isteri yang duduk di penjuru rumah kayu itu.. Dilihatnya si isteri sedang memejamkan mata dengan mulutnya terkumat kamit seakan-akan membaca sesuatu.. Wak Darmawi bertanya kepada si isteri adakah dia sihat.. Secara tiba-tiba si isteri membalas dengan kata-kata yang sukar difahami dan suaranya juga turut bertukar seakan-akan suara garau..

mungkin begini keadaan si isteri..-ehsan google
Si suami cuba memegang badan isterinya kerana pada waktu itu si isteri mula bangun seakan-akan mahu menerkam Wak Darmawi, tetapi dia seakan-akan dicampakkan apabila dia memegang badan isterinya.. Wak Darmawi berdiri dengan keadaan yang tenang sahaja, dia bacakan surah Al-Fatihah dan beberapa surah lain sebagai pedinding untuk dirinya..

Mata si isteri bertukar berwarna hitam dan dia merenung kearah wajah Wak Darmawi dengan wajah yang seakan-akan sangat marah dan benci dengan orang tua itu.. Tiba-tiba Wak Darmawi menjerit menyuruh si isteri tadi pergi keluar rumah, dan si isteri tadi terus melompat keluar melalui tingkap.. Wak Darmawi mengarahkan supaya Leman membantunya, Leman faham maksud Wak Darmawi jika dia diarahkan untuk membantu..

Leman duduk didalam rumah sambil berselawat dan bertasbih, sementara itu Wak Darmawi telah berada di halaman rumah bersama-sama si isteri yang kelihatannya dia telah dirasuk.. Wak Darmawi menyuruh pula agar si suami membaca selawat sebanyak mana yang mungkin agar dia boleh membantu si isteri yang sedang dalam kerasukan..

Wak Darmawi memejamkan matanya sambil bertasbih sementara si isteri duduk sambil matanya merenung kearah Wak Darmawi.. Apabila Wak Darmawi membuka matanya semula, dia lihat dia sudah berada di tempat lain.. Di sebuah rumah banglo yang sudah rosak, dengan tumbuhan liar yang memenuhi segenap ruang yang ada didalam rumah itu.. Di hadapan Wak Darmawi kini bukan lah si isteri lagi, tetapi seorang...

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 8)

Wednesday, January 26, 2011

Ada satu cerita.. (Part 6)

...Sambungan dari  Ada satu cerita.. (Part 5)

Setelah motor itu memotong keretanya, tiba-tiba kereta yang si suami sedang pandu itu hampir terbabas melanggar sebatang pokok kerana dia terlihat sesuatu yang membuatkan dia terkejut.. Si suami lihat ketika motor itu melintasi keretanya, dia hanya nampak motor sahaja, tiada penunggang..Dia juga yakin yang dia nampak motor itu hilang sebaik sahaja melintasi keretanya itu..

Si suami semakin berasa tidak senang dengan perkara yang berlaku kepada dia dan isterinya, dia nekad yang dia perlu sampai ke rumah Wak Darmawi dengan segera.. Kereta Waja berwarna biru itu terus memecut membelah kegelapan malam.. Kira-kira pukul 10.30 malam, sampailah si suami ke rumah Wak Darmawi yang ingin sangat dia temui itu..

Dia membiarkan sahaja isterinya di dalam kereta dan terus memanggil nama guru silatnya itu.. Assalamualaikum, laung si suami di hadapan sebuah rumah kayu.. Setelah 3 kali dia memberi salam tetapi tiada sesiapa yang menjawab, si suami melangkah mahu masuk semula ke keretanya kerana fikirnya mungkin gurunya itu tiada di rumah..

Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka, kelihatannya ada seorang lelakit tua yang berdiri di hadapan pintu rumah itu.. Ya, cari siapa, tanya orang tua itu.. Dia hanya mengenakan kain pelikat sahaja lantas menampakkan tubuh badannya yang kurus.. Adakah ini rumah Wak Darmawi, balas si suami.. Lelaki tua itu mengiyakan soalan si suami dan menjemput si suami dan isteri masuk ke rumah..

Aku dapat rasakan yang kau di dalam masalah, benarkah.. Tanya orang tua itu.. Si suami mengangguk tanda betul, dia bertanyakan kepada orang tua itu dimanakah Wak Darmawi.. Orang tua itu menjawab yang Wak Darmawi belum pulang dari masjid.. Baru si suami teringat, sepanjang dia menuntut ilmu silat dengan gurunya itu, Wak Darmawi selalu pulang dari masjid pada pukul 11 malam kerana dia suka mendengar ceramah yang dianjurkan oleh pihak masjid..

Orang tua itu memperkenalkan dirinya sebagai Leman, teman rapat Wak Darmawi sejak 2 tahun lepas.. Si suami mula mengadu kepada Leman yang isterinya bersikap pelik sejak mereka keluar dari rumah baru itu.. Apabila si suami selesai bercakap, dengan pantas Leman menyatakan yang isterinya sudah diganggu oleh mahluk halus..

Si suami bertanya bagaimana orang tua itu boleh tahu.. Leman mengakui yang dia ada belajar sedikit ilmu dari Wak Darmawi.. Tetapi Leman mencadangkan lebih baik jika membiarkan Wak Darmawi sahaja yang membuat kerja-kerja sebegini.. Jam sudah menunjukkan pukul 11.25, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari pintu kayu itu..

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 7)

Tuesday, January 25, 2011

Ada satu cerita.. (Part 5)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 4)

Tiba-tiba dia terdengar suara yang aneh, dan suara itu berjaya menarik perhatian dia.. Si suami mula melangkah dengan perlahan-lahan kerana dia tidak mahu jika kehadirannya akan membuatkan bunyi aneh itu hilang.. Langkah si suami semakin berhati-hati apabila dia mendapati yang bunyi itu datangnya dari sebuah bilik, bila masa pula ada bilik ni, rasanya tadi tak ada pun, getus hati si suami..

Apabila si suami sudah berada di hadapan pintu bilik itu, dia mendekatkan telinganya kearah pintu dan semakin lama dia teliti suara tu semakin dia dapat cam suara tu.. Si suami terus membuka pintu itu dengan perlahan dan apabila dia membuka pintu itu, alangkah terkejutnya dia kerana didalam bilik itu yang ada hanya isterinya sahaja yang sedang menangis dalam keadaan ketakutan..

beginilah keadaan si isteri...
Si suami terus berlari mendapatkan isterinya dan memeluk isterinya.. Apabila dia memeluk isterinya, si isteri menjerit seakan-akan takut, tetapi setelah ditenangkan oleh si suami barulah si isteri diam.. Sayang buat apa dekat sini dan kenapa dengan sayang ni tanya si suami setelah yakin yang isteri nya sudah di dalam keadaan yang tenang..

Si isteri hanya diam sahaja membuatkan si suami bertambah bingung.. Tanpa berfikir panjang, si suami segera membawa isterinya ke kereta mereka dan terus pulang ke rumah.. Sepanjang perjalanan mereka untuk pulang ke rumah, si isteri hanya menyebut nama Samad sahaja.. Pada mulanya si suami bertanya juga kepada isterinya siapa Samad itu, Tetapi isterinya hanya terus-menerus menyebut nama Samad..

Bila melihat keadaan si isterinya mula bersikap ganjil, si suami membuat keputusan untuk terus membawa isterinya ke rumah Wak Darmawi.. Wak Darmawi adalah guru si suami ketika dia belajar silat sewaktu dia bujang dulu, dia juga tahu yang Wak Darmawi boleh mengubat penyakit-penyakit ganjil seperti yang di hadapi isterinya sekarang ini..

Di dalam perjalanan si suami ke rumah Wak Darmawi, tiba-tiba si suami perasan yang terdapat sebuah motor di belakang keretanya.. Pada mulanya si suami tidak menghiraukan nya, tetapi apabila di lihat yang motor itu seakan-akan mahu memotong keretanya, maka si suami tadi mula memperlahankan keretanya kerana dia ingin membiarkan motor itu memotongnya.. Setelah motor itu memotong keretanya, tiba-tiba kereta yang si suami sedang pandu tadi hampir terbabas melanggar sebatang pokok kerana...

...Bersambung

.. Ada stu cerita.. (Part 6)

Monday, January 24, 2011

Ada satu cerita.. (Part 4)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 3)

Apabila dia memandang kearah lembaga itu dia terkejut kerana di hadapan dia adalah suaminya.. Si isteri segera memeluk suaminya tetapi dia berasa hairan kerana suaminya tidak memberikan sebarang tindak balas.. Si isteri melepaskan pelukannya dan segera melihat wajah suaminya, apabila dia melihat wajah suaminya dengan secara tiba-tiba si isteri tadi rebah ke lantai dan pengsan.

Manakala si suami yang tidur di bilik utama tadi baru tersedar dari tidurnya... Sambil dia dalam keadaan mamai, si suami melihat jam yang ada di tangannya.. Eh, dah pukul 8.00 dah kata si suami dalam nada yang terkejut, dia pun terus keluar dari bilik itu sambil mencari isterinya..

Dia mencari isterinya di ruang tamu dan dapur, tetapi keadaan yang gelap menyukarkan pencariannya.. Dengan berbekalkan cahaya dari handphonenya, dia mencari suis lampu dan menghidupkannya.. Keadaan kembali cerah, tetapi dia masih lagi tidak tahu dimanakah isterinya berada sekarang .. Mungkin dia ada di tingkat atas fikir si suami, dan dia terus naik ke tingkat atas..

Si suami mula mencari di tingkat atas...
Ketika di tingkat atas, si suami memasuki semua bilik sambil memanggil nama isterinya, dia berharap yang si isterinya akan membalas panggilannya tetapi hampa.. Setelah dia pasti yang semua bilik sudah dia cari, si suami turun semula ke tingkat bawah, dia mahu segera pulang ke rumah sahaja kerana cuaca diluar kelihatannya sudah mula hujan..

Si suami turun semula dan pergi ke dapur kerana dia mahu mencari minuman, tekaknya terasa begitu kering sekali.. Apabila dia membuka peti sejuk yang ada di dapur itu, dia berasa pelik kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan mentah yang masih segar lagi.. Tanpa berfikir panjang, dia terus meneguk air sejuk yang ada didalam peti sejuk itu.. Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang aneh, dan suara itu berjaya menarik perhatian dia..

....Bersambung

Aku nak korang teka pula, apa yang akan jadi lepas ni... boleh tak..^^

.. Ada satu cerita.. (Part 5)

Sunday, January 23, 2011

Ada satu cerita.. (Part 3)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 2).

.... Apabila gambar selesai di ambil, si suami melihat semula gambar tadi dan mendapati gambar tadi sedikit kabur, si suami mengambil semula gambar seperti tadi dan kali ini gambar itu kelihatan elok sahaja.. Si isteri masih tidak puas lagi bergambar dan kali ini dia pergi mengambil gambar sendiri disekeliling kawasan rumah itu..

Pada masa yang sama, si suami pula sedang berehat di bilik tidur utama.. Ah, enak betul tidur di katil yang empuk ini, aku nak tidur sekejap la bisik hati si suami.. Si isteri yang masih leka bergambar tadi sedang berada di taman bunga sambil menggayakan pelbagai pose di hadapan bunga-bunga yang sedang berkembang mekar.. Si isteri masih tidak menyedari yang ada mata yang memerhatikannya di sebalik rimbunan pokok-pokok bunga di taman itu..

adakah seperti ini gambar yang si isteri lihat..-ehsan Google
Setelah puas bergambar, si isteri masuk semula kedalam rumah banglo itu dan melihat-lihat gambar yang diambil tadi.. Ketika dia melihat gambar yang diambil tadi, terdapat sekeping gambar yang membuatkan dia hairan, di dalam gambar itu terdapat seakan-akan satu lembaga disebalik pokok bunga ditaman tadi.. Si isteri bergegas mendapatkan suaminya, puas dia berjalan-jalan di dalam rumah itu tetapi semakin lama dia berjalan semakin dia rasa yang rumah itu semakin luas...

Si isteri mula panik, dia menjerit memanggil suaminya.. Tetapi sesuatu kejadian yang pelik berlaku ketika dia mahu memanggil suaminya, ketika dia menjerit itu bukan nama suaminya yang keluar, tetapi nama orang lain iaitu nama Samad.. Berkali-kali juga dia cuba menyebut nama suaminya, tetapi nama Samad itu juga yang terpacul keluar di mulutnya..

Si isteri mula berasa yang kakinya lemah, dia terduduk diatas lantai sambil menangis.. Ketika dia sedang menangis, muncul satu lembaga yang menghampiri nya.. Si isteri memberanikan diri untuk melihat siapakah atau apakah lembaga itu.. Apabila dia memandang kearah lembaga itu dia terkejut kerana...

....Bersambung

... Ada satu cerita.. (Part 4)

Saturday, January 22, 2011

Ada satu cerita.. (Part 2)

...Sambungan "Ada satu cerita.. (Part 1)"..

...Dua hari kemudian, pasangan itu berhasrat mahu meninjau keadaan rumah baru itu kerana hendak menggetahui keadaan rumah tersebut.. Pada jam 4.30 petang, kereta waja berwarna biru muda milik si suami melalui kawasan pendalaman dan berhenti betul-betul dihadapan sebuah banglo yang kelihatan agak mewah walaupun warna dindingnya sudah pudar tapi kelihatan masih sesuai lagi untuk didiami..

Pada mulanya si isteri berasa seakan tidak selesa dengan keadaan rumah tersebut, yelah kerana si suami pernah kata yang rumah ini telah lama juga ditinggalkan, cuma ada tukang kebun sahaja yang datang sekali seminggu untuk membersihkan halaman rumah.. Tetapi setelah di yakinkan oleh si suami maka si isteri hanya akur sahaja dengan suaminya..

Si suami membuka pintu rumah banglo itu sementara si isteri hanya mengekori dari belakang sahaja.. Apabila pintu rumah itu telah terbuka, pasangan itu terpegun kerana mereka melihat barang-barang perabot mewah terdapat didalam rumah tersebut.. Walaupun tempat itu agak berhabuk, tapi mereka berasa berpuas hati kerana dapat mendiami rumah mewah itu.. Si suami mengeluarkan handphone nya kerana dia ingin bertanya kepada bosnya adakah perabot didalam rumah itu memang disediakan, tapi sebaik dia mengelurkan handphone nya dia mendapati yang telefonya tidak mempunyai signal...

Baru lah si suami tersedar yang rumah itu berada di dalam kawasan pendalaman, jadi sebab itu telefonnya tidak mendapat rangkaian liputan.. Tiba-tiba si isteri mengeluarkan kameranya dan berkata yang dia mahu mengambil gambar supaya dapat dia tunjukkan kepada adik-adiknya.. Si suami bersetuju, dia meletakkan kamera di meja ruang tamu sementara pasangan itu duduk dikerusi mewah itu.. Apabila gambar selesai diambil, si suami melihat semula gambar tadi dan mendapati gambar tadi......

.......Bersambung
mungkin begini rupa rumah baru itu..-ehsan google
... Ada satu cerita.. (Part 3)

Friday, January 21, 2011

Ada satu cerita.. (Part 1)

si suami dan si isteri..
Huh, penat betul hari ini kata seorang suami kepada isterinya.. Si isteri memandang wajah suaminya yang keletihan dan dia sudah mengetahui apakah tugas yang perlu dilakukan.. Dalam beberapa minit saja, si isteri membawakan secawan kopi kepada suaminya yang teramat dicintai, dan apabila sang suami melihat kopi itu berada dihadapannya, si suami menguntumkan senyuman yang manis kepada si isteri serta memuji-muji keenakan air kopi yang dibuat oleh isterinya.. Kelihatan si isteri malu apabila mendapat pujian sebegitu, walau pun sudah kerap kali dia mendapat pujian sebegitu, namun dia tetap berasa malu..

Kehidupan sepasang suami isteri ni memang bahagia semenjak mereka melangkah kealam perkahwinan ini, satu alam yang memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu mereka lalui.. Perkahwinan yang telah dibina sejak 3 tahun lepas masih lagi bertahan sehingga kini dan walaupun kadang kala ada juga berlaku sedikit perselisihan faham, tetapi sang suami begitu pandai mengambil hati si isteri.. Dia tahu yang isterinya memang mudah nak dipujuk, lagi-lagi apabila dia hanya perlu memujuk dengan kata-kata yang lemah lembut..

Pada suatu hari, si suami balik ke rumah dengan wajah yang begitu ceria sekali, senyumannya itu mebuatkan si isteri tertanya-tanya.. Kenapa abang tersenyum-senyum ni tanya si isteri, si suami menjawab yang dia telah dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus syarikat.. Si isteri pun turut tumpang gembira, dan tiba-tiba si suami berkata.... Tapi sayang, kita terpaksa berpindah la kerana bos abang telah menyediakan satu rumah untuk kita, ujar sang suami.. Si isteri hanya akur sahaja dengan keputusan suaminya, walaupun rumah itu telah menyimpan seribu satu memori, tapi mungkin dirumah baru itu akan membuatkan mereka lebih bahagia..

Bersambung.....

Aku sebenarnya tak tau kenapa and macam mana aku boleh taip sampai jadi cerita dekat atas ni, so aku nak mintak pendapat korang la, aku patut buat cerita ni dalam bentuk horror/seram atau romantik...?? bagitau dekat ruangan komen ya..^^

...Ada satu cerita.. (Part 2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...