Monday, January 31, 2011

Ada satu cerita.. (Part 10)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 9)

... Asap hitam itu mula membentuk seakan-akan tubuh manusia dan mula menyerang Wak Darmawi, tetapi entah mengapa dengan secara tiba-tiba sahaja asap hitam itu hilang apabila dia melepasi tubuh Wak Darmawi.. Setelah mereka berempat suda berada di dalam kereta, si suami segera menghidupkan enjin kereta dan pergi semula ke rumah Wak Darmawi...

Ketika di dalam perjalanan si suami bertanya kepada Wak Darmawi apakah yang telah berlaku terhadap lelaki ini.. Wak Darmawi hanya menyatakan bahawa lelaki ini telah terikat dengan perjanjian ilmu hitam yang dia tuntut ketika berada di seberang dulu.. Leman mencadangkan agar dibawa sahaja lelaki itu ke hospital kerana kelihatannya lelaki itu sudah cedera parah.. Bagaimana pun Wak Darmawi tetap menyuruh supaya terus pulang ke rumah dia supaya dia dapat menyelesaikan masalah ini..

Apabila sampai sahaja di rumah Wak Darmawi, si suami dan Leman segera mengangkat lelaki itu masuk ke rumah dan membaringkannya di ruang tamu.. Mak Teh yang pada masa itu masih berada di rumah itu bertanya kepada Leman perihal lelaki itu.. Leman pun menceritakanlah apa yang terjadi ketika mereka berada di rumah itu..

Wak Darmawi duduk di ruang tamu rumahnya dan dihadapannya adalah lelaki tadi.. Wak Darmawi merenjiskan air yang di bawanya bersama tadi kerana dia mahu mula mengubati lelaki itu.. Sesuatu yang aneh berlaku apabila air yang direnjis tadi tidak membasahkan tubuh lelaki itu, bahkan air itu seakan-akan hilang sebelum sempat singgah ke tubuh lelaki itu..

Si suami dan Mak Teh hanya melihat sahaja sementara Leman duduk di penjuru rumah sambil membaca ayat-ayat tertentu.. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Leman apabila Wak Darmawi mengubat orang, dia memang akan duduk di penjuru rumah untuk membantu memudahkan kerja Wak Darmawi. Lagi sekali Wak Darmawi merenjiskan air dan kali ini tiba-tiba mata lelaki itu terbuka, dengan matanya yang berwarna hitam sambil merenung tepat ke mata Wak Darmawi, dan Wak Darmawi masih lagi bersikap tenang..


Walau macam mana pun, lelaki itu masih tidak mampu bergerak, hanya mata dan mulutnya sahaja yang mampu bergerak.. Lelaki itu memarahi Wak Darmawi dengan mengatakan yang Wak Darmawi menganggu kerja dia.. Dengan suaranya yang agak menakutkan, mereka semua tahu bahawa yang bercakap itu adalah syaitan yang sedang merasuki badan lelaki itu..

Wak darmawi bertanya kepada dia yang kenapa dia masih duduk di dalam badan lelaki itu walaupun perjanjian antara mereka sudah tamat.. Lelaki itu menjawab yang dia perlu...

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 11)

1 comment:

nana said...

byler nak sambung part 11 neyh ??
sha dah tak sabar nak taw aper yang lelaki tuu cakap dengan wak too ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...