Kalau diikutkan dari tajuk diatas, mesti la korang dah tahu yang scoop/tujuan cerita ni berkisarkan tentang pemandu.. Dalam hal ini aku teramat marah dengan segelintir pemandu lori yang ada dekat tempat aku, mungkin di Malaysia ini juga.. Aku tahu yang aku hanya seorang penunggang motor yang cuba membawa motornya dengan penuh berhati-hati..
Tapi wahai pemandu2 lori sekalian tolonglah jangan nak cuba acah2 kitorang ini dengan membunyikan hon korang yang aku tahu memang dah sah2 kuatnya.. Mungkin ada penunggang motor yang pernah mengalami situasi sebegini, jadi aku sebagai wakil kepada dorang ni meluahkan lah apa yang terpendam dalam benak sanubari aku ini..
Aku ceritakanlah keadaan yang sebenarnya, tadi aku baru balik dari kelas.. Dalam perjalanan pulang itu aku melalui jalan biasa, jalan yang memang lori2 membawa kelapa sawit lalui.. Aku sendiri tak tahu di mana silap aku, ketika dia sedang memotong aku tadi, tiba2 sahaja dia membunyikan hon dia.. Di sebabkan aku terkejut maka motor aku tadi hampir2 nak masuk kebawah lori itu..
aku risau betul kalau lalu sebelah lori besar macam ni.. |
Di sini aku nak ingatkan dekat pemandu2 tak kiralah sama ada memandu lori atau kereta, ketahuilah bahawa kami yang menunggang motor ini adalah 'juara' dalam senarai kemalangan.. So tak payah la nak tolong kekalkan status yang kami pegang ini kerana kami memang tak nak pun..
Last sekali, aku nak mintak maaf la kalau2 apa yang korang baca ni terguris atau mengguris perasaan korang ye.. Aku cuma nak bagitau yang semua orang tak nak terlibat dalam kemalangan, jadi jangan la cuba2 nak mencetuskan kemalangan pulak..
6 comments:
ish cuak aku baca.
apa2 pun,
alhamdulillah la kau selamat :)
Datang sini korek hidung! "This is my story".
pergghh
wajib tensen ah
follow u >.<
hmm, thanks la ye..^^
syukur selamat~
adeh, xmemasal plak drebar lori tuh,
bhy btoi!
alhm'lh xde pape. =)
waaaaaaa... bro nasib baik la ko selamat.. aku bagi tips bro.. lain kali bawa motor ko bonceng kwn.. pastu bawa la batu and lastik.. and yg penting pegi depan lori then shot!! sampai pecah cermin.. ala.. dorang sure x bleh wat pape punya.. coz kebanyakan pemandu lori semua pakai lesen terbang jer... ^^ semoga dpt bagi pengajaran kat pemandu lori di daerah kmu bro..
Post a Comment