Saturday, January 08, 2011

Dah takdir...

Sakitnya memang teramat sangat
Kadang2 aku bertanya, kenapa lah perkara yang menyakitkan, menyusahkan dan membuat aku menjadi tidak tentu arah ni berlaku juga kepada diri aku. Kadang2 aku terpikir, adakah semua ni disebabkan sikap dan perbuatanku, perbuatan yang menyebabkan perkara ini terjadi. Lantas dengan segera aku berdoa kepada Engkau, kerana aku tau hanya Engkau sahaja yang mampu meredakan kesakitan yang sedang aku alami ini. Kesakitan yang sudah tidak mampu lagi untuk aku hadapi dan tangani. Jika pada waktu ini aku ada penawar untuk kesakitan ini, sudah pasti akan aku gunakan, sudah pasti akan aku hapuskan kesakitan ini dari terus mengganggu aku.

Walau bagaimana pun, aku akan terus hadapi kesakitan ini untuk malam ini, sama seperti malam2 sebelum ini. Akan aku lupakan kesakitan ini untuk seketika walaupun aku tau kesakitan ini tetap akan datang kembali apabila aku terbangun dari tidur pada pagi esok. Aku tau kesakitan ini berpunca dari kau......

GIGI..

ye, aku tengah menghadapi sakit gigi yang membuatkan aku terpaksa menulis di post ini..hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...