Hohohoho, korang baca tak tajuk dekat atas tu.?? Korang dah baca kan..?? Bagus2, sebab masa aku taip ayat ni, aku belum tau apa tajuk untuk entry ni, jadi maknanya....... Err, aku sendiri tak tau apa maknanya yang aku ingin tersurat atau tersiratkan. Disebabkan tajuk entry ni masih belum ada, aku tak tau nak story apa dekat entry ni..
Haa, aku baru dapat idea nak cerita apa dekat korang semua. Macam ni, aku nak mintak maaf dekat korang semua sebab minggu lepas aku memang tersangat lah bizinya, walaupun aku sebenarnya tak tau apa benda yang aku buat. Apa yang aku ingat, minggu lepas aku menduduki peperiksaan
Oleh kerana kesibukan aku study (eleh, mana ada study sangat pun...) itu lah menyebabkan aku jarang sangat blogwalk dekat blog korang. Jadi, sekali lagi aku memohon maaf kepada mereka yang telah datang dan komen ke blog aku, tapi aku pulak tak datang jenguk blog korang tu. Aku harap korang jangan lah berkecil hati lalu memendam perasaan sehingga perasaan itu bertukar dendam...
Amboi, aku tak rasa korang akan sampai berdendam dekat aku sebab aku tak datang blog korang je kan.?? Jadi disini aku mahu memberi kesempatan kepada korang yang membaca entry ini. Ya, anda yang sedang membaca ini, tahniah saya ucapkan kerana anda telah terpilih untuk memenangi.... Okay, cukup2 lah mengarut tu, nanti makin melarat pulak..
Jadi dekat entry ni aku nak mintak korang tinggal kan alamat blog korang dekat ruangan komen itu supaya mudah untuk aku blogwalk dekat blog korang. Bukannya aku malas nak cari dekat chatbox tu, tapi aku saja je nak menyusahkan korang untuk copy link blog korang and paste kan dekat sini.hahahaha. Tak sangka jahat betul aku ni..
Aku fikir sapa2 yang letak link blog dia dekat entry ni, aku nak masukkan dalam bloglist aku, memandangkan aku pun takde bloglist lagi. Bila nak blogwalk je, harapkan chatbox tu je. Sebab tu aku nak letak bloglist pulak. Okay, sampai disini sahaja benda yang aku nak bebelkan. Kalau ada benda lain yang aku nak bebelkan, aku akan masukkan dalam entry minggu depan pulak ye..
P/s : Hehehe, agak-agaknya entry kali ni dapat banyak komen tak.??