Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
"Wah2, tak sangka pulak yang ko ni still ingat lagi kat aku ye..??"
"Aku ingat kan ko dah lupa kan aku ni and pergi kat dia untuk selama-lamanya.."
"Sudah tu, pergilah ko kepada si dia, tak perlu lah ko untuk kembali kepada diri ku yang sudah tidak lagi menarik perhatian mu lagi.."
Okay korang semua, ini bukan lah ayat2 dari drama swasta mahu pun kerajaan melayu melaka. Tetapi ini adalah ayat2 yang telah dikeluarkan oleh blog ini kepada aku.. Dia dah merajuk kat aku sebab aku telah lama menghilangkan diri, sepi tanpa meninggalkan sebarang berita kepadanya (chewah ayat, macam cerita melayu je..hehehe)..
Adakah aku ini sudah hilang kewarasan sehingga boleh bercakap dengan blog..?? Atau adakah aku ini mempunyai satu kuasa yang boleh membuatkan aku memahami semua benda yang tak nyata..?? Kedua2nya salah, kerana ketika ayat tadi ditulis, aku sedang dalam keadaan bawah sedar, sebab tu aku blog ni boleh merajuk dengan aku..
Aku tau korang mesti tak faham punya, tapi lantak korang lah.. Ada aku ini ambil kisah dan juga ambil duit korang..?? Apa, korang nak marah aku ke..?? Ala, aku gurau2 je, jangan lah marah ye..hehehe (sambil menyorok di celah2 daun kering..)
Huih, panjang betul mukadimah untuk entry kali ni.. Sebenarnya seperti yang korang tau (atau yang tak amik tau), aku ini telah lama meninggalkan dunia blogging ni.. Kalau korang nak tau kenapa aku meninggalkan dunia blogging ni, biarlah entry lain yang menceritakannya ye..
So, untuk entry ini, aku cuma nak memanaskan jari jemari aku je.. Maklumlah, dah lama sangat tak menaip dekat keyboard ni, macam2 benda yang nak aku taipkan ni.. Okay, sampai disini sajalah untuk entry ni, lain entry aku taip lagi banyak ye..hehehe
2 comments:
hallo kembali encik arpiiz hahaha.. agak2 masih kah encik arpiiz singah di blog saya haha.. lol.. just kidding.. lama x jenguk blog ini.
Jane. P : Hahha, mesti lah singgah.. and thanks for the comment..^_^
Post a Comment