Thursday, November 15, 2012

Rindu time blogging..

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

Suatu malam ketika aku sedang berjalan-jalan sambil memandang langit, tiba2 aku ternampak alien.. Dia pun tengah memandang awan sama macam aku.. Aku pun pelik, apa yang dia buat dekat bumi ni.. Aku pun cuba bertutur dalam bahasa marikh, sebab aku ada amik subjek B. Marikh time skolah dulu..

Okay2, cukuplah tu dengan apa yang aku merepekkan ni.. Aku rasa macam malas pulak nak merepek2 malam ni, walaupun di perenggan pertama tu aku dah merepek.. Ish, banyak betul perkataan merepek dalam perenggan kedua ni.. Jom, kita pergi ke perenggan ketiga pulak..

Di perenggan ketiga ini saya akan menggunakan perkataan2 sastera walaupun saya ini tidak lah mengambil mata pelajaran sastera ketika belajar dulu.. Jadi kepada mereka2 yang ternampak kesalahan bahasa saya ini, silalah diamkan diri anda di sudut bilik rumah anda tu ye..hehehe

Laa, dah masuk perenggan keempat, belum sempat lagi nak keluarkan perkataan sastera kat perenggan ketiga tadi.. Okay, from this pharagraph I will tell you the real reason I create this entry. Sebenarnya benda2 ini lah yang aku rindukan ketika berblogging..

Aku rindu untuk merepek, melalut tapi yang pasti bukan mencarut dalam blog ini. Dan aku juga rasa macam dah lama aku tak buat cerita pendek, mungkin aku perlu cari masa untuk aku buat lagi cerita2 pendek macam dulu..

Apa..? korang nak tanya yang aku ada rindu awek atau tak masa berblogging ni..?? Okay, jawapan aku mestilah aku rindu gila dekat dia.. Walaupun hanya satu hari aku tidak bertemu dengan dia, tapi rindunya ibarat tidak pernah bertemu selama 20 juta tahun.. Tapi itu pun kalau aku ada awek la, sekarang ni takde lagi, so aku hanya rindukan benda2 diatas tu jelah..hehe

5 comments:

miz ruha said...

selamat kembali... ^_^

Syida Rasyidah said...

fenin ai baca, hehehehe~

Hidayati Mohamed said...

Seronok dapat baca n3 "merepek" Arpiiz.

khairul hassan said...

mengomen kembali sahabat lama yg ku tingglakan hehe

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Jangan berusaha mencari kebahagiaan karena kamu tidak akan menemukannya. Kebahagiaan itu sudah ada di hatimu dan pikiranmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...