Sunday, March 18, 2012

Rancangan yang tak menjadi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Mission Failed..!!!
Korang pernah tak lalui detik2 dimana semua perancangan korang tak menjadi..?? Contohnya masa malam sebelum korang tidur tu, korang dah plan yang bila bangun pagi je, korang nak pergi buat satu benda.. Tapi apa yang jadi pada pagi itu ialah, korang terlajak tidur..

So, tak dapat lah nak buat benda yang korang rancangkan tu.. Aku rasa mesti korang pernah kan, yelah takkan aku sorang je kot.. Memang pelik lah kalau cuma aku sorang je, atau mungkin korang yang tak nak mengaku ni..hehe

Ya, inilah yang terjadi dekat aku pagi ni.. Plan malam tadi nak lah lepas solat subuh tu siapkan assignment yang tengah berlambak tu.. Tapi malangnya lepas solat subuh tu, boleh pulak tertidur, so terpaksa lah aku menghadap assignment tu masa malam ni..

P/s : Aku pelik pulak, kenapa aku tak suka buat assignment masa siang hari..??

Friday, March 16, 2012

Cerita malam hari..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Petang tadi, berlaku satu perbincangan diantara aku dan juga otak aku, macam ni lah lebih kurang perbualan kitorang..

Aku : Hmm, malam ni aku nak update entry yang ada unsur tipu2 lah, macam dulu..
Otak : Okay jugak tu, lagi pun dah lama ko tak kenakan pembaca ko kan..
Aku : Tapi apa benda yang aku nak tulis nanti..??
Otak : Ala, benda tu ko tak payah nak risau lah.. Aku kan ada, mestilah aku akan pikirkan untuk ko nanti..
Aku : Ko ada apa2 idea ke..?
Otak : Itu sudah mesti, takkan ko still tak kenal aku lagi kot.. Di dalam aku ni ada satu kotak imaginasi yang sangat penuh dengan idea2..
Aku : Okay, kalau macam tu, malam ni aku bukak post baru..

Malam tu, atau pun sebenarnya malam ni a.k.a sekarang..

Aku : Okay otak, aku dah buka new post ni, ko nak aku tulis apa..??
Otak : Hmm, mula2 ko tulis dulu kat bahagian tajuk tu Hilang Ingatan..
Aku : Yup, aku dah tulis dah, after that..
Otak : Ko bagi dulu ucapan salam ko, macam yang ko biasa tulis dalam setiap entry ko tu..
Aku : Owh ye, kejap aku tulis.. Hah, aku dah tulis dah..
Otak : Sekarang ko tulis.......
           ..........
           ..........
           ..........
           ........ Err, alamak aku terlupa pulak apa idea aku tadi..
Aku : Hah, ko ni biar betul.. Tadi ko cakap ko dah ada idea..
Otak : Hehe, ala sorilah.. Aku tak jumpa pulak idea tu, dah puas aku selongkar dalam kotak imaginasi ni..
         Tapi satu pun takde, ko lupakan jelah hajat ko nak update blog tu ye..hehe

Itu lah ceritanya, nampaknya tak dapat lah aku nak buat entry yang best lagi mengancam nyawa  macam dulu.. Mungkin lain kali lah ye..huhu

Eh2, dah hari jumaat ye..

Time Tunnel - tak tau lah betul ke tak..
Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hmm, betapa pantasnya masa sekarang ni berlalu.. Aku rasa macam masih banyak lagi benda yang aku belum buat.. Contoh yang paling tepat sekali ialah tentang assignment aku, tinggal minggu depan je lagi masa yang ada sebelum sampai ke due datenya..huhu

Tapi apa boleh buat, aku bukannya boleh kawal masa ni.. Kalau lah aku boleh kawal, agaknya entah apa lah yang aku buat ye..?? Kalau korang, korang nak buat apa kalau ada kuasa kaal masa..?? Err, nak jawab ke, kalau nak jawab dipersilakan..

Walau macam mana pun, aku tetap juga masih bersyukur sebab still boleh menghirup udara yang ada dibumi ini..  Okaylah, aku nak pergi tengok tv kejap.. Agak2nya cerita apa ye yang ada pagi2 ni..

Thursday, March 15, 2012

Handphone Samsung bahaya..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, malam ni aku ada benda yang nak diberitahu dekat korang semua.. Seperti mana tajuk yang korang baca dekat atas tu, korang mesti tertanya2 kan, apakah yang bahayanya handphone Samsung ni..?? Sebenarnya bukan setakat phone Samsung je, aku rasa semua phone pun sama je..

Macam ni, ayah aku ada beli handphone Samsung Corby, baru tahun lepas dia beli, area bulan 10 atau 11 macam tulah, aku pun tak berapa ingat bila dia beli.. Korang tau tak macam mana phone bentuk phone tu, takpe, aku akan tunjukkan gambarnya..
inilah gambar Samsung Corby 2

So, aku baru dapat tahu yang minggu lepas phone itu meletup.. Ya, phone tu meletup atau masalah utamanya ialah baterinya pecah.. Mujurlah masa tu ayah aku tinggalkan phone dia dekat dalam beg masa dia tengah solat jumaat.. Kalau tak, memang berlobanglah kaki ayah aku kalau dia letak dalam kocek seluarnya..

Ini antara gambar phone itu selepas dia pecah..

Ayah aku pun bawaklah phone tu ke pusat Samsung yang terletak di Petaling Jaya, yelah sebab waranti masih ada.. Namun apakan daya, kata orang tu kalau bateri pecah atau leaking, waranti tu tak boleh digunakan.. So, nasihat aku, korang hati2 lah dengan phone korang tu ye..

Kalau nampak bateri tu menggelembung, cepat2lah tukar.. Tapi kalau macam kes ayah aku ni, bateri dia tak menggelmbung pun boleh pecah, macam mana pulak ya..?? Hmm, tak tau lah aku..

P/s : Ish, ni yang aku rasa macam nak saman Samsung ni..hahaha

Sebab amik gambar guna handphone terlalu bahaya..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pagi2 ni kena lah senyum, barulah orang sekeliling gembira..hehe

Wednesday, March 14, 2012

Nothing to write..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Yup, pagi2 ni masih tiada kata yang mampu untuk aku susunkan di dalam post ini.. Tapi kalau dah tau takde benda yang nak ditulis, kenapa aku postkan jugak entry ni..?? Hmm, satu persoalan yang aku rasa tiada sesiapa pun yang amik kisah, betul tak..hehe

So, disebabkan takde benda yang aku nak tulis.. Aku nak pergi makan sarapan aku dulu, even dah pukul 10.30 pun.. Ye2 aku tau yang aku bangun lambat, jangan lah korang nak sisihkan aku pulak.. Kalau korang sisihkan, siapa yang nak baca blog aku ni..huhu

P/s : Pagi ni aku makan meggi je sebab sarapan pagi dah adik2 aku habiskan..T_T

Monday, March 12, 2012

Cbox atau Fibox

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

contoh chatbox Fibox..
Okay, kalau masa dulu2 aku ada bincangkan pasal Shoutbox and Cbox ni.. Tapi itu dulu, lebih kurang setahun yang lepas, tapi kalau korang nak baca, korang baca lah entry Kepentingan Shoutmix/Shoutbox dan Cbox ni. Namun, itu dulu punya..

Sekarang ni, seperti mana yang korang tau, Shoutmix atau Shoutbox tu telah pun tidak memberikan perkhidmatannya secara percuma.. Jadi, cara lain ialah korang gunakan Cbox.. Namun selain Cbox, korang boleh juga gunakan Fibox, even ianya masih lagi ditahap beta..

Tapi siapa yang kisahkan, beta ke atau alpha ke.. Asalkan boleh guna, kita gunakan je..Hahaha. Okay, aku pun takde benda yang nak distory mori kan lagi.. So, bagi sesiapa yang masih tak letak chatbox tu, korang boleh lah letakkan supaya aku boleh kembali buat aktiviti wall climbing blogwalk..hehe

Mendapatkan file yang telah didelete..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Korang mesti pernah kan, tengah nak kemas2 folder, tiba2 terdelete.. Okay, mungkin korang boleh dapatkan balik dekat dalam Recycle Bin tu.. Tapi macam mana pulak kalau file yang korang terpadam tu letaknya di dalam pendrive atau card reader..??

Ya, kalau file2 tu terletak didalam sana, sudah pasti korang takkan dapat menjumpainya didalam Recycle Bin.. Ini kerana file2 itu akan di delete secara permanent atau kekal.. Tapi usah bimbang lagi, masalah korang itu boleh diselesaikan..

Korang hanya perlu mendownload Pandora Recovery ini sahaja dan korang sudah boleh mendapatkan file yang telah hilang itu.. Aku sudah menggunakannya, korang bila lagi... Hahaha, dah macam buat iklan pulakkan.. Tapi jangan risau, ini bukan iklan..^_^

download link >> Pandora Recovery

Monday, March 05, 2012

Senyum Pagi ( Tips Panjang Umur )

Salam dan hai kepada semua readers serta para pembaca semua..

Seorang wartawan telah berkejar ke sebuah kampung kerana dia diberitahu bahawa ada seorang wanita tua yang usianya telah mencecah 130 tahun. Jadi dia telah ke sana untuk membuat liputan, berikut adalah antara perbualan mereka.

Wartawan : Jadi nenek, betul lah yang usia nenek sekarang ini ialah 130 tahun..?
Nenek : Eh, ni nenek masuk tv ke..? Wah makin femes aku macam ni..hahaha
Wartawan : Eh, nenek jangan ketawa sangat, nanti kalau tercabut gigi tu, sapa yang nak pasangkan..
Nenek : Owh, okay2.. Sorry, lah nenek excited sangat ni..
Wartawan : Hmm, jadi apakah rahsia nenek untuk mendapatkan umur yang sebegini..??
Nenek : Korang nak tau rahsianya..?? Hmm, rahsianya ialah...
(gambar hiasan)
.......
......
......
......
......
....
.......
.......
.......
.......
...............korang cuma jangan mati je.. So, dapatlah umur yang panjang..hahaha
Wartawan : Eh, nenek ni.. Main2 pulak dia, cuba nenek jangan main2..
Nenek : Laa, betullah.. Nenek pun tak tau apa rahsianya.. Lagi satu, sebenarnya umur nenek baru je 70 lebih.. Sekarang nenek nak tau, sapa yang pandai2 buat cerita ni.. Biar nenek piat telinga dia..

Maka wartawan dan krew2 itu pun pulang dengan perasaan yang sangat hampa..

Sunday, March 04, 2012

Hanyut..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, nak kena bagitau awal2 dulu.. Ini bukanlah entry yang akan menyiarkan lirik lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir tu.. Jauh sekali untuk menyiarkan video lagu tersebut.. So, kepada peminat2 lagu tersebut sila jangan rasa marah dan kecewa ye..hehhe

Sebenarnya entry ini nak bagitau yang aku telah hanyutkan sebuah botol ke dasar laut semalam, semasa aku mencampakkan botol itu.. Tiba2 muncul seorang bidadari turun dari langit lalu menyatakan hasratnya untuk memberikan aku nikmat kekayaan yang melampau2..

Aku pun tersangatlah terkejut malah aku juga kaku apabila melihat bidadari itu.. Oleh kerana aku kaku, maka otak aku pun lambat nak proses apa yang dia katakan tadi.. Setelah beberapa saat barulah aku faham apa yang dia katakan tadi..

Setelah aku faham, lagi sekali lah aku terdiam kaku.. Eh, ni nak berapa banyak kali kaku ni..?? Dan kenapa cerita ni terserlah kebohongan dan penipuannya..?? Tak boleh ke ceritakan cerita yang benar lagi tepat..?? Macam ceritakan kisah Lebai Malang ke, atau Si Luncai ke..

Okay lah, atas tu dah memang lah cerita tipu.. Aku tak bagitau pun korang akan tau, jadi cerita yang betul2nya ialah.. Aku pun tak tau apa cerita yang sebenarnya.. Aku pun tak tau apa yang hanyut dan siapa yang telah menghanyutkan..

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya gejala sosial dan salah faham.. Baik aku tamatkan entry ni, korang tak marah kan..hehe.

P/s: Aku rasa macam dah ada entry tajuk ni, tapi malas pulak nak pergi check..hehe

Thursday, March 01, 2012

Angin petang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Angin petang bertiup dengan sangat lembut..
Terasa ketenangan datang menyentuh pintu hati ini..
Ketenangan itu cukup untuk membuatkan aku lupa pada masalah2 seharian aku..

Ku lihat anak2 kecil sedang berlari bermain..
Gembira sungguh apabila melihat senyum dan tawa mereka..
Teringat pula kepada zaman kanak2 aku dulu..

Burung2 terbang bebas di udara..
Itulah tanda kebesaran Sang Pencipta..
Membuatkan aku tertunduk dan sedar siapa diri aku ini..

P/s : Aku tak tau apa benda yang aku nak tuliskan dalam entry ni..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...