Wednesday, May 18, 2011

Ini entry serius ni...

Wah, apa benda yang serius sangat ni sampai tajuk pun nak kena serius jugak ni..?? Ada banyak benda yang boleh diseriuskan dalam hidup ni, so untuk entry ni aku fokuskan keseriusan ini kepada satu pertanyaan ini.. Pertanyaan ini dah lama ada dalam otak aku ni..

Tapi oleh kerana memikirkan soalan itu seakan2 berbunyi remeh temeh, maka aku mengabaikan sahaja persoalan itu.. Pada petang ni, aku pun tengah takde idea nak tulis apa, so biarlah aku ke tengah tepikan persoalan ini dan biar korang sendiri yang menjawabnya..

Sila melihat, membaca, memahami dan menjawab soalan ini dengan penuh keseriusan yang pernah korang buat.. Kalau korang serius sampai terkentut2 pun tak kisah lah, sebab takde sapa2 pun yang tau kalau korang serius sangat sampai terkentut..hehehe

Aku tak ingat yang aku pernah tanya ke tidak soalan ni dekat korang, so kalau korang rasa macam aku dah pernah tanya, korang jawablah soalan ni.. Soalannya berbunyi begini ye.. Korang rasa penulisan dalam blog aku ni lawak ke..??

Just nak tau je, korang rasa entry2 dalam blog aku ni lawak2 @ santai ke, bosan sangat ke, or rasa macam nak muntah bila baca entry dekat blog aku ni ke.. Sila hantarkan undian anda ke tempat komen yang tersedia dibawah ni ye..^^

P/s : Kalau rasa macam tak lawak or bosan, aku akan cuba perbaiki lagi cara penyampaian dalam blog aku ni..

Sebelum aku terlupa..

Salam pagi buat readers2, pembaca2, dan sesiapa sahaja yang memahami isi kandungan entry ini.. Pada pagi yang aku harap akan menjadi pagi yang tenang dalam kehidupan hari ini.. Aku nak mendendangkan sebuah lagu khas untuk korang semua...

Eh, tiba2 rasa malu pulak nak menyanyi dalam blog ni..hehe. Takde maknanya aku nak menyanyi di khalayak ramai ni.. Apa, korang kata blog ni bukan di khalayak ramai..?? Laa, kan blog ni boleh dibaca oleh seluruh orang dimuka bumi ini, so ianya dikira sebagai khalayak ramai lah..

Ish, susah betul untuk aku memberhentikan diri aku ini dari mengarut dan menceritakan sesuatu yang tak benar dalam dalam blog ni.. So, untuk memudahkan proses pembacaan korang dalam entry ni, maka aku akan teruskan kepada tujuan tajuk diatas tu diciptakan..

Sebenarnya benda ni aku nak tulis dari semalam lagi, tapi memandangkan entry aku semua dah aku buat autopost, maka aku takde ruang untuk aku membuat satu entry tentang hal ni.. Lagi pun semalam aku takde idea nak memberitahu benda ni dalam bentuk entry yang macam mana..

Last2, aku amik keputusan untuk bagitau je tanpa ada kiasan2 mahu punpemberitahuan secara bawah sedar.. Sebenarnya.... Dari tadi sebenarnya, sebenarnya... Cerite jelah apa yang aku nak bagitau ni, kata korang dekat dalam hati.. Betul tak apa yang aku katakan ni..??

Okay2, kali ni betul2 punya.. Aku sebenarnya nak bagitau yang semalam aku telah mendapat pendapatan terumpuk dari pembekal dadah iklan Nuffnang.. Laa, korang tak tau apa benda pendapatan terumpuk tu..?? Pendapatan terumpuk tu ialah Buffered Earning yang menjadi pujaan idaman kalbu setiap bloggers baru..

Ucapan terima kasih yang tak terhingga ditujukan kepada Encik Nuffnang kita dan juga kepada Celcom Kolony kerana meletakkan iklan kedalam blog aku ni..huhuhu.. Ni yang nak kena tinggkatkan traffik secara mendadak ni..^^. Okaylah, aku nak pergi kelas ni, ada test pulak..daaa

P/s : Kalau korang nak tau iklan yang mana, iklan yang dekat tepi blog ni hah..

Tuesday, May 17, 2011

Mengapa kau kena pergi...!!!

Kau hadir tika ku duka...
Dalam cahaya dikau menjelma..
Kau hilang dalam gembira...
Membuatkan ku terluka...

Itulah antara bait2 lagu yang sedang aku dengar ketika termenung pada saat ini..Termenung mengenangkan kenangan2 kita sewaktu bersama dahulu.. Lagu itu juga menjadi salah satu lagu kegemaran yang aku gemar kerana lagu itu mempunyai kenangan ketika bersama deangan kau..

Mungkin kau tidak tahu bahawa lagu itu mempunyai persamaan dengan kisah kita.. Namun bagi aku lagu itu memang menggambarkan bagaimana kisah perhubungan kita.. Aku ingat lagi 2 tahun lepas, selepas sahaja tamat peperiksaan SPM..

Kau menyatakan hasrat kau untuk memutuskan perhubungan kita atas sebab kita sudah tidak sehaluan lagi.. Aku pun memang sudah menjangkakan yang perkara ini akan berlaku, maka aku pun tidak lah terlalu kecewa sangat.. Dan pada masa itu lah kita mula membawa haluan kita sendiri..

Namun pada pagi ini tiba2 aku mendapat satu panggilan telefon dari adik kau.. Dia mengatakan yang kau mengalami kemalangan dan kini sedang berada di hospital.. Pada mulanya aku memang tidak mahu pergi kerana memikirkan yang kita sudah lama tidak berhubung..

Namun apabila memikirkan yang hubungan kita sebagai sahabat masih lagi terjalin, maka aku nekad juga untuk pergi melawat kau.. Ketika aku sampai ke hospital, aku lihat adik kau dan keluarga kau sudah berada diruang menunggu..

Mereka semua didalam keadaan yang amat risau.. Aku tau yang mereka amat risaukan kau kerana aku juga memikirkan perkara yang sama.. Dalam masa beberapa minit, doktor keluar dan memberitahu tentang keadaan diri kau..

Selepas sahaja doktor memberitahu keadaan kau, semua orang disitu menangis.. Aku juga hampir rebah kerana doktor mengatakan yang sudah meninggalkan dunia dan keluarga kau.. Kami dibenarkan untuk pergi melihat kau, alangkah sebaknya dada aku apabila melihat wajah kau terkujur kaku sambil ditutup dengan selimut putih..

P/s : Aku tak dapat menghabiskan entry ni sebab kena buat satu kerja.. Lagi satu, ini entry rekaan je tau, tiada kena mengena dengan sesiapa didalam hidup aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...