Friday, February 11, 2011

Berani sungguh dia..

Salam semua, tadi masa aku tengah berjogging di dunia maya ni, tiba2 aku terbaca satu entry dari makhluk tuhan ni.. Bila aku baca entry dia tu, ia telah membuatkan aku tersentuh, nasib baik tak nangis..huhu. Berani sungguh makhluk tuhan ini bercerita tentang entry aku.. Apa dia tak takut ke nanti ada blogger2 lain pun turut ikut juga.. Korang nak baca ke apa yang dia tulis tu, yelah korang baca lah, klik sini tau...

terharu ya amat ni..hehe
Okay, semua tenang dulu.. Bagi sesiapa yang ingatkan itu adalah entry yang mengutuk aku, korang memang silap besar lah.. Korang dah baca ke belum, kalau belum pergi la klik sebab aku malas nak cerita lebih ni..hehe. Dah baca ke..?? Okay, kalau dah baca thanks la aku ucapkan ye.. Thanks juga kepada si dia sebab buat entry tentang entry aku tu.. Korang paham tak tentang apa yang aku maksudkan ni.. Laa, tak baca lagi entry dia macam mana korang nak faham..^^

Kan hari itu aku ada buat entry tentang cara nak orang komen entry kita, bagi sesiapa yang belum baca tekan sini lagi ye.. Itu semua adalah dari pendapat aku je, kalau ada sesiapa yang berjaya selepas mengikut cara tu, tahniah la ye.. Sebenarnye aku dah tak tau apa nak tulis lagi ni sebab terharu sangat..huhu

Korang renungkanlah...

Salam semua, aku nak bagi satu cerita dekat korang yang entah dari mana datangnye aku pun tak tau, tibe2 je aku nak taip cerita ini.. Kalau ada pengajarannye korang ambil lah, kalau ia cuma entry kosong, korang bace sajelah.. Jika ada persoalan korang jawab la ye..^^

Ada 2 orang beradik, mereka tinggal di rumah yang sama.. Si abang ni seorang yang tenang dan sabar, manakala si adik ini seorang yang panas baran.. Si adik ni juga suka sangat meminjam duit dari abangnya, dari puluh ringgit sehinggakan ke ribuan ringgit.. Walau pun si adik ini tak pernah membayar duit yang di pinjam itu, tetapi si abang ini tetap juga memberi pinjam kepada adiknya itu..

Sehinggalah suatu hari si abang ini berfikir tentang adiknya itu.. Dia memang sudah kenal sangat perangai adiknya itu, dari mereka kecil lagi yang si adik ini panas baran... Jika dia tidak dapat apa2 maka akan mula la dia menunjukkan sikapnya yang keras kepala tu.. Tiba2 si abang itu mahu memberikan pengajaran kepada adiknya supaya adiknya itu sedar...

Pada petang itu si adik datang berjumpa dengan abangnya untuk meminjam duit lagi, kali ini dia meminta sebanyak RM2000.. Abangnya tidak mahu memberikan, tetapi cuba menasihati adiknya supaya bersikap cermat dalam hal kewangan.. Ketika si abang sedang memberikan nasihat tiba2 si adik mula mengeluarkan kata2 kesat kepada abangnya.. Si abang mulanya bersikap tenang, tetapi setelah pelbagai kata2 kesat serta caci maki dilontarkan oleh adiknya, si abang tadi mula hilang sabar...

Satu tumbukan dilepaskan oleh si abang dan mengenai perut si adik supaya adiknya berhenti bercakap kasar.. Si adik mula berasa sakit dan si abang mula berasa panik.. Dia segera meminta maaf kepada adiknya itu.. Si adik tadi mula tidak menyedarkan diri lagi, lantas si abang membawa adiknya ke hospital.. Apabila tiba di hospital, si adik itu sudah di dapati tidak bernyawa lagi...

Persoalan di sini ialah, adakah si abang itu bersalah dalam hal sedemikian..?? Apakah salah jika abangnya itu mahu memberi sedikit pengajaran kepada adiknya itu..?? Pengajaran yang dapat aku berikan ialah cuba mengawal kemarahan, kerana apabila marah syaitan amat mudah menghasut kita..

Thursday, February 10, 2011

Hantu gula-gula

Salam semua blogger and sesiapa saja yang sedang membaca entry ini.. Akhirnya siap juga assignment aku tadi, so disebabkan itu boleh la aku nak postkan entry baru ye.. Boleh ke tak ni, macam tak boleh je, kalau tak boleh pun aku tetap nak postkan juga.. Kalau aku tak postkan macam mana korang nak baca ye tak..

Malam ni adalah malam jumaat, kalau malam jumaat keliwon tu aku tak tau la bile pula ye sebab aku bukan orang jawa tulen.. Di sebabkan itu, suke benar la aku kalau aku nak meluahkan cerita yang tiba2 je dah datang dalam kotak fikiran aku ini.. Cerita ini adalah kisah dari adik aku, ini adalah benar2 bukan cobaan cerita tipu yang macam aku selalu buat tu.. Tapi kalau adik aku tipu maknanya tipu juga la cerita ini..

Adik aku sekarang ni duduk di sekolah berasrama, asrama ini tujuannya adalah untuk berasrama para pelajarnya dapat menumpukan perhatian mereka dalam bidang pelajaran.. Namun bukan itulah yang aku nak cerita kan, tapi cerita tentang kejadian2 aneh yang berlaku di dalam asrama mereka.. Terdapat beberapa cerita, tetapi cerita yang membuatkan adik aku tak tidur malam katanya adalah ketika dia telah ternampak sesuatu yang menakutkan dia.

Ceritanya berlaku pada 3 minggu selepas hari persekolahan.. Ianya bermula begini, masa itu adik aku dan kawannya baru pulang dari kelas selepas mengulang kaji pelajaran.. Setelah mereka sampai ke bilik atau dorm, mereka pun mula lah mengemaskan barang untuk sekolah keesokan harinnya.. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan lampu bilik sudah mula ditutup pada masa itu..

Adik aku seperti biasa cuba melelapkan mata, tetapi dia tidak tau kenapa pada malam tu dia tidak mampu untuk tidur.. Kalau diikutkan, dia tidak tidur petang kerana ada aktiviti riadah, tetapi dia masih juga tidak boleh tidur.. Tiba-tiba ada bunyi ketukan dari tingkat atas, adik aku cerita katanya di tingkat atas itu sepatutnya tiada orang duduk kerana bilik atas tu memang tiada orang masuk lagi..

Adik aku cuba memanggil kawannya yang tidur di katil atas, dia tanya adakah kawannya itu turut mendengar bunyi itu.. Kawannya menjawab yang bunyi itu mungkin bunyi cicak atau haiwan2 lain.. Maklumlah, adik aku ni lemah sikit semangatnya, sebab tu dia asyik terfikir bukan2.. Bunyi ketukan itu hilang sebentar selama lebih kurang 10 minit, tetapi bunyi itu datang semula dan kali ini lebih kuat pula..

Dia mula membaca ayat kursi supaya dia dapat menguatkan semangatnya, sebab aku pernah cakap dekat dia yang hantu setan ni suka pada orang yang lemah semangat.. Semakin dia baca semakin kuat pula bunyi ketukan itu.. Tiba2 kawannya turun dari katil dan mengajak adik aku pergi ke tingkap bilik, adik aku yang masa tu cuba mengawal ketakutannya mengikut saja kawan dia tu..

Korang nak tau tak apa yang adik aku and kawan dia nampak bila dorang mengitai dekat tingkap bilik tu..?? Kata adik aku lah, dia kata yang dia dan kawan dia tu nampak macam ada hantu gula2 a.k.a pocong sedang melompat2 di kaki lima dorm dorang tu.. Selepas je nampak benda tu, dorang terus tidur sama2 kat satu katil dan esoknya hebohlah satu sekolah tentang cerita pocong yang datang mengacau asrama semalam..

Aku bukan lah tak nak percaya cerita adik aku tu, cuma aku kurang sikit kepercayaan terhadap benda2 mistik.. Kalau ikut pendapat aku benda yang dorang nampak tu mungkin hanya ilusi dorang je.. Tapi walau macam mana pun aku tau cerita yang masa asrama tu tengah di buat memang ada berlaku kejadian aneh sehingga menyebabkan kematian.. Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...