Friday, June 19, 2015

Bermula Semula

Salam dan hai kepada para pembaca semua.

Kalau gambar ni cakap Restart Life, aku nak Restart Blogging.
Okay, mula2 aku nak korang duduk jauh sikit ye. Sebab apa korang tanya.? Sebab nya aku sedang membersihkan blog aku ni dari segala debu2 dan juga habuk2 yang telah duduk bertapa selama berabad lamanya ni. Hahaha, mana datang lah boleh ada debu dan habuk dekat blog, tau nya nak menipu je owner blog ni.

Iye lah, memang lah tak ada debu dan habuk secara realiti. Tetapi secara fantasi dan imaginasinya benda tu ada penuh sampai dari tadi aku asyik terbatuk sebab tersedut debu dan habuk2 ni. Cuba korang bayangkan sebuah rumah yang ditinggalkan selama bertahun-tahun. Mesti penuh habuk dan debu kan.?

Entah2 siap ada penghuni lain lagi yang duduk menetap, macam ular ke or binatang perliharaan ke. Haish, sudah2 lah cerita pasa debu dan habuk ni. Aku tau lah yang aku telah terlalu lama meninggalkan blog ni. Jadi pada entri kali ini, aku ingin memberitahu kepada semua orang yang aku sudah kembali sedia untuk berblogging.

Errr, korang patutnya bersuka ria sebab tau aku nk blogging balik. Kenapa korang semua senyap je ni.? Kenapa aku rasa macam dipulaukan seperti pulau pandan jauh ditengah.? Kenapa aku rasa macam aur dan tebing.? Okay, yang last tu merepek je.

Korang nak tau ke kenapa aku tiba2 nak berblogging balik ni.? Hmm, aku rasa dekat entri yang lain lah aku ceritakan ye. Korang boleh sabar lagi kan.?? Kalau korang tak boleh sabar pun, korang sabar2 kan jelah ye. (Aku tau, takde sapa pun yang nak amik tau sebab aku nak blogging balik.huhuhu)

Jadi, sebagai entri pertama untuk tahun ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga pada bulan ini menjadi titik perubahan untuk kita semua.

P/s : Sebab ni entri pertama tahun ni, boleh tak kalau aku nak wish Selamat Tahun Baru.??

Sunday, January 20, 2013

Pengalaman bawak skuter.

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

Okay, sementara aku ada idea dan masa serta semangat diikuti perasaan gembira dan ditambah dengan.... Aaarghhh, apa benda yang aku melalutkan ni.? Okay2, balik semula lah ye. Sebenarnya ada something aku nak story kat entry ni yang akan dipost kedalam blog ini.

Korang nak baca tak ni.? Kalau tak nak baca, sila lah baca jugak, sebab aku nak paksa korang baca jugak ni.hahahha. Tapi sebelum aku memulakan cerita, aku nak paksa korang untuk memeluk bantal dulu sebab cerita ini akan buatkan korang ketawa terbahak2 sehingga terkeluar gigi, even korang tak pakai gigi palsu.

Entah gambar motor sapa lah yang aku jumpa ni.
Owh korang nak tau apa function korang kena peluk bantal tu ye.? Sebenarnya takde apa, just kalau korang tak ketawa lepas baca nanti, korang pukul lah kepala orang sebelah korang dengan bantal tu, gerenti korang akan ketawa jugak nanti. Tapi aku kena bagi amaran sebab nanti peratus korang kena pukul pun tinggi lah jugak.hehehe

Ceritanya macam ni, minggu lepas ayah aku baru beli sebuah motor skuter auto. So, seperti yang korang tau bila skuter auto ni, dia just pulas je throttle tu and terus jalan, kat bawah tu pulak just ada tempat letak kaki je. Well, oleh kerana aku first time naik motor yang macam tu, so berlaku lah perkara yang lawak ni.

Ketika aku sedang menunggang motor tu, tiba2 aku terpaksa membuat brek mengejut. Maka aku pun beria lah tekan kaki aku dengan niat untuk brek, but aku pelik kenapa motor ni still laju jugak, tak mula slow.? Tiba2 baru lah aku perasan yang rupanya kaki aku just tekan tempat pemijak je. Sebab brek belakang ada kat tangan kiri aku.

Selepas kejadian itu, aku pun ketawa saja lah sepanjang jalan itu sehingga membuatkan seorang polis menahan aku. Cewah, yang polis tu saje2 je lah, aku just gelak sampai rumah je.. So, camne.? Korang ketawa berdekah2 sampai gigi tercabut tak.?

Kalau tak, sila lah pukul orang sebelah korang tu dengan bantal seperti yang aku arahkan dekat atas tadi..hehhee

Spam, spam dan spam...

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

Okay, rasanya telah lama jari ini dibiarkan tidak menari2 diatas papan kekunci untuk menghasilkan sebuah entry untuk dipost dalam blog ni. Oleh kerana ketika ini aku mempunyai sedikit masa yang terluang, maka aku gunakan lah masa itu untuk menghasilkan sebuah entry demi pembaca semua.

Amboi ayat aku kat atas tu, apahal macam skema semacam je ni.? Well, maybe sebab aku dah lama sangat tak menaip kat blog ni sampai aku lupa rentak tulisan aku dalam menghasilkan sebuah entry. Hmm, nak tulis apa ye kat entry kali ni.?

Owh ye, baru aku ingat lepas tengok title kat atas tu. Korang baca tak title entry ni.? Kalau tak baca, dipersilakan anda untuk melakukan tugas anda sebagai pembaaca untuk membaca tajuk entry ini. Haa, dah baca ke belum ni.? Kalau dah baca, sila teruskan pembacaan anda itu ye.hehehe

Seperti mana yang korang tau, aku telah lama tidak menghadap blogspot ini. So ketika aku login ke blogspot ini, aku lihat lah sama ada, ada tak komen2 dekat entry2 aku yang lepas. Well, bila aku tengok macam dekat pic bawah ni, aku terkejut lah kan.
Okay, nampak tak tu.? 33 tu bagi aku banyak tau, even aku tau korang dapat ratus2 komen..

Sapa yang tak terkejut, kalau korang dah lama tak menjengah ke blog orang lain, tapi still dapat komen banyak macam ni. Even time aku banyak buat blogwalking dulu pun aku tak dapat komen sebanyak ini. So, dengan hati yang terkejut dan disertai perasaan gembira sehingga kembang hidung ni. Maka aku pun baca lah komen2 tersebut..
Sila klik untuk membaca komen2 disitu (kalau korang rajin lah).hehehe

So, apa yang korang rasa bila dapat komen2 macam pic ke-2 tu.? Apakah korang rasa aku patut gembira or sebaliknya.? Sila jawab di ruangan komen itu ye, tapi jangan lah komen yang benda takde kene mengena macam dalam pic tu..

Tapi yang sebenarnya aku tak kisah pun dapat komen2 spam ni. Kalau korang pulak macam mana.? Apa yang korang rasa bila dapat komen2 spam macam aku ni.? Adakah korang akan mengamuk keliling kampung or duduk relax sambil makan aiskrim coklat..heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...