Monday, February 27, 2012

Kisah kelas malam..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pada suatu malam, Linda seorang penuntut di sebuah universiti sedang berjalan di koridor fakultinya. Dia mendapat panggilan dari kawannya bahawa terdapat kelas ganti pada jam 10 malam. Walaupun dia berasa tidak percaya, namun kawannya beria-ia menyuruhnya datang.

Keadaan di koridor itu sunyi sepi sahaja. Maklumlah, sudah pukul 10.10 malam, mana ada kelas lagi. Ketika Linda sedang mencari kelasnya itu, tiba2 dia ternampak ada satu kelas di hujung koridor yang lampunya terpasang. Linda segera pergi ke kelas tersebut dan dia ternampak ada seorang perempuan yang sedang duduk di situ.

Linda masuk ke dalam kelas itu dan apabila dia menegur perempuan itu, rupa2nya itu adalah kawan sekelas dia iaitu Ana. Beliau gembira apabila melihat kawannya ada, jadi dia ada teman untuk bersembang sementara menunggu rakan kelas yang lain.

Linda cuba berborak dengan Ana, tapi setiap pertanyaan Linda hanya dibalas dengan senyuman. Jam tangan Linda menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia cuba menghubungi rakannya yang lain tapi tak dapat. Sehinggalah dia menghubungi pensyarahnya dan bertanyakan tentang kelas ganti.Jawapan yang Linda terima memang agak mengejutkan, kerana menurut pensyarahnya dia tidak membuat apa2 kelas ganti. 

Linda mula rasa marah kerana dia sudah tertipu dengan kawan yang memberitahunya tadi. Apabila sudah mengetahui yang tiada kelas diadakan malam itu, Linda mengajak Ana balik. Namun Ana hanya tunduk dan berdiam diri sahaja. Linda cuba menarik tangan Ana, tetapi Ana enggan. Dengan pantas Linda memandang kearah Ana dan tiba2 Linda terkejut. Matanya terpaku melihat wajah Ana yang kini sudah berubah rupa.

Mata Ana kini merah menyala dan senyumannya yang manis tadi, kini bertukar kepada senyuman yang memang menakutkan. Linda cuba melepaskan tangan Ana tadi dan berlari kearah pintu. Namun entah kenapa pintu itu seperti terkunci dan Linda tidak dapat membukanya.

Linda cuba membaca apa2 surah yang dia ingat tetapi semakin Ana menghampiri dia, semakin hilang semua ayat2 yang dia hafal. Akhirnya Linda pengsan dan tidak sedarkan diri. Apabila dia tersedar, dia melihat ada beberapa orang pensyarah berada di sekelilingnya.

Salah seorang darinya menyuruh Linda minum air yang telah dibacakan ayat Kursi. Setelah minum air itu, Linda menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya. Ke semua pensyarah itu terkejut apabila mendengar cerita Linda.

Menurut mereka, kelas yang Linda pergi itu sudah tidak digunakan lagi. Malah ianya berkunci dan tiada siapa yang pernah memasuki ke dalam kelas itu. Linda tergamam apabila diberitahu hal itu dan sekali lagi Linda terkejut kerana sebenarnya semalam tiada sesiapa pun yang menyuruhnya datang ke kelas.

P/s : Dah lama tak buat cerita..hehe

Sunday, February 26, 2012

Lama tak menjengah..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pulau pandan jauh ketengah..
Gunung daik bercabang tiga..
Sudah lama aku tidak menjengah..
Kepada yang kenal, maaf ku pinta..

malam ni hujan lah, memang best kalau tidur..hehe
Alamak, mula2 lagi aku dah berpantun ni.. Tapi aku nak bagitau awal2 lah, entry ini saja je diterbitkan kerana tuan blog ni baru perasan yang blog ini telah lama terbiar dan ditinggalkan.. Jadi, untuk mengelakkan ada orang salah sangka dan terfikir yang blog ini telah diabaikan.. Maka entry ini terpaksa diterbitkan..hehe

Hahaha, macam mana..?? Boleh terima tak alasan aku ni, ke aku kena buat alasan baru.. Aku sebenarnya ada banyak benda nak cerita dekat dalam blog ni.. Tapi entah kenapa mood nak menulis tu takde pulak.. Maka terpaksa lah aku biarkan dulul cerita itu terpendam di dalam memori aku ni..

Jadi, macam yang aku cakap tadi.. Entry ni adalah entry saje2 je, so maaf lagi sekali kalau aku telah buatkan korang terbuang masa korang dengan membaca entry kosong ini..hehe

Monday, February 06, 2012

What..!! biar betul aku ni..

Salam dan hai kepada readers sert para pembaca semua..

Perhh, apa telah jadi dekat aku ni..?? Kenapa aku sanggup dan tergamak untuk melakukan semua ini..?? Mengapaaa..!!!! Okay, cukup dengan ayat drama swasta aku itu.. Tak tergamak pulak aku untuk melihat korang termuntah apabila membaca ayat2 drama aku yang lain..

Hmm, kali ni apa benda yang telah aku lakukan ye..?? Meh kita tengok senarai check list aku ye..
-Bangun pagi.
-Mandi.
- Sarapan.
Err, aku rasa sama check list aku ni sama macam korang jugak.. So, tak payah lah aku nak membazirkan masa korang untuk membaca nya ya..

Ini lah sebenarnya yang telah berlaku.. Dah perenggan ketiga baru aku nak bagitau..?? Haish, entah apa2 lah aku ni.. Korang lihat gambar rajah dibawah ini ya..

Eh, bukan yang ini.. Yang ini buat apa.. Sebenarnya gambar yang bawah ni hah..

kalau nak tengok, klik lah bagi besar..
Hah, faham tak apa yang cuba aku jelaskan disini..?? Takpe, kalau tak faham pun tak mengapa sebenarnya, sebab aku memang akan terangkan.. Gambar yang korang tengok tu adalah gambar jumlah post aku pada bulan Januari tahun lepas..

Tapi cuba tengok gambar bawah ni pulak..??

Perghh, jauh benor bezanya kan.. Mengapa jumlah entry aku pada tahun ni jatuh merudum sangat..?? Sedih betul aku bila melihat gambar itu.. Kenapa lah aku dah tak jadi rajin macam dulu..?? Tak mengapalah, biarlah aku sendiri yang menjawab soalan2 itu..

Okaylah, aku nak pergi mengenangkan kenangan2 indah aku bersama blog ni.. Manalah tau nanti timbul balik mood blogging macam dulu..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...