Thursday, August 04, 2011

Ada ke puasa mata..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Aku malas la nak ceritakan dekat korang kenapa aku tidak mengupdate segila dan sekencang mahu pun sebanyak dulu sejak minggu lepas.. Tapi itu tak bermakna aku tak update disebabkan malas ye, aku cuma terlampau buzy mengalahkan orang paling buzy di dunia ini..(err, macam tipu je..)

Aku teruskan kepada apa benda yang aku nak ceritakan je lah ye.. Dalam entry ini tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa kerana entry ini diciptakan terus sejurus tajuk itu masuk kedalam kepala otak aku ni.. Korang tak tau tajuk entry ni apa..?? Pergi lah scroll ke atas tu kejap ye..

Pada bulan puasa ni kita bukan sahaja disuruh untuk menjaga perut dan nafsu makan sahaja ye anak2 sekalian.. Pada bulan ini juga kita disuruh untuk menjaga seluruh anggota badan termasuk mata, mulut, hidung dan yang lain tu korang fikir2 kan lah ye..

Eh, ni apahal aku bermukadimah macam seorang penceramah yang tak bertauliah ni..?? Okaylah aku teruskan jelah ye.. Betul ke ada puasa mata..?? Kalau korang tak tau korang boleh lah aku bagitau dekat sini ye.. Ye, puasa mata tu memang ada, ia bermaksud menjaga mata dari melihat benda2 yang lalai..

Bila masuk bab puasa mata ni mesti orang lelaki je yang kena attack dulu kan..?? Ala, korang yang perempuan jangan nak tipu lah, aku tau apa yang tersimpan jauh di lubuk hati korang tu.. Chewah, menipu betul aku ni kan..hehe

Tapi dari pemerhatian aku lah, perempuan juga kena puasakan matanya.. Apa..?? Korang tak percaya dengan apa tulis ni.. Betul lah, aku tengok kalau orang perempuan melihat baju2 yang ada dekat kedai mahupun pasar malam tu..

Ada yang aku nampak dorang macam rambang mata pulak.. Lepas tu dah lah tengoknya sampai berjam2 lamanya.. Tengok je lama tapi belinya tidak pun, kesian dekat tokey kedai tu sebab kena pulak melayan kerenah orang yang macam tu..

Owh, ada yang tak dapat terima juga dengan apa yang aku tuliskan ni.. Kalau ada tu aku tak marah, itu just dari apa yang aku nampak sepanjang berpuasa tahun lepas je.. Tak tau lah kalau tahun ni dah takde orang yang buat macam tu lagi..hehehe

P/s : Terpanjang pulak entry ni, maklumlah sebab dah lama tak menaip..hehe

Entry lepas sahur..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ye, aku sebenarnya baru je lepas sahur ni.. Tadi aku makan nasi dengan lauk pari je, dan aku tau korang mesti bersahur sambil memakan makanan yang jauh lebih enak dan sedap kan.. Ni apahal ayat aku ni macam ayat dalam karangan bm je ni..??

Lantaklah, mari kita abaikan sekejap perenggan diatas ye.. Sebenarnya tujuan aku membuat entry lepas sahur ini adalah kerana aku ingin melihat sama ada adakah time ini korang sudah bangun atau korang masih tidur.. Atau mungkin korang dah sahur lebih awal dari aku..

Macam mana aku boleh tau..?? Kalau nak tau, korang kenalah baca entry ni sampai habis ye..hehe. Tak lah sebenarnya aku nak tengok sama ada adakah time ni antara waktu yang sesuai untuk aku mengupdate entry.. Ala, kiranya aku buat eksperimen lah mengkaji hubungan diantara waktu sahur dan waktu post entry..

Kalau ketika entry ini dipublish akan mendapatkan blog aku traffik yang tinggi sikit, itu bermakna lain kali boleh lah aku update time lepas sahur ni.. Korang pun nak test jugak ke cara aku ni..?? Ala cuba je, tak payah nak rasa malu dan segan..hehe

P/s : Tengah tahan mata ni jangan bagi terlelap, kalau tak memang terlepas lah subuh nanti..huhu

Monday, August 01, 2011

Ala2, kesiannya dia..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ala bucuk2, jangan lah merajuk okay.. Okay, kita janji bila selesai je semua problem ni, nanti kita datang jenguk awak balik ye.. Ala, jangan lah nak muncung2 pulak, nanti tak cantik lah.. Eh, tengok tu ada lembu naik basikal..!! Hah, kan cantik bila awak senyum..

Alamak, ni apahal dengan tuan blog ni, apakah dia sudah menjadi blog ini sebagai blog untuk cerita cinta2 ni..?? Tak lah, sebenarnya itu adalah ayat untuk aku memujuk blog ni.. Itu pun jika blog ini adalah seorang wanita yang aku sayangi..hehe

Yelah, kan aku dah mengabaikan blog ni sehingga hampir sepurnama seminggu lamanya.. Kalau blog ni boleh merajuk, mesti dia dah merajuk dengan aku sekarang ni.. So kenalah buat ayat pujuk memujuk.. Apa, korang ingat dekat awek je nak kena pujuk2 ni..hehehe

Okay2, kembali kepada tujuan asal entry ini.. Sebenarnya aku nak bagitau yang sejak kebelakangan ini aku teramat sibuk.. Sampai aku takde masa untuk menghadap blog ni.. Masa malam pun tak sempat sebab bila time malam je aku dah baring kepenatan..

Hari tu aku nak ubah blog ni pun cuma dapat buat sekerat jalan je.. Takpe, nanti aku akan cari lagi masa agar aku dapat mengubah2 blog ni lagi.. Lagi satu, aku pun dah lama tak singgah blog korang.. Agak2nya mesti korang pun dah lupakan aku kan..huhu

Sudah lah tu, aku ada kelas petang ni so aku taip sikit ni jelah ye.. Nanti bila ada aku akan fokus balik dekat blog ni ye.. Owh ye, lupa pulak.. Aku nak ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa bagi korang yang berpuasa ye..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...