Sunday, December 30, 2012

Password aku hilang..!!!

Salam dan hai kepada readers semua..

Nak tau kenapa ada pic itik panggang ni..?
Baca entry ni sampai abis dulu ye..hehhe
Korang tau tak apakah benda yang paling penting dalam dunia ini selain udara, makanan dan minuman..?? Kasih sayang, tempat tinggal, teman dan rakan..?? Hmm, betul jugak jawapan2 tu, tapi masih tak sama dengan jawapan yang aku nak, so jawapan tu terpaksa aku tolak ketepi jalan..

Owh, aku ada dengar orang sebut password.. Siapakah gerangan orang yang telah berjaya merungkai misteri yang telah sekian lama tersimpan ini..?? Hmm, nampaknya orang tu pergi makan, so tak dapat lah aku nak bagi hadiah..hehhe

Hahha, sebenarnya macam ni.. Ini kisah yang berlaku di FB aku, laa ada yang tak tau ke FB tu apa..?? FB tu ialah Feri Berlayar.. Err, macam pelik je maksud FB tu..? Memang lah pelik, sebab dah bukan itu jawapannya.. Jawapan yang sebenarnya ialah Facebook, aku saje je tulis macam ni walaupun aku rasa semua orang yang baca ni dah tau apa maksud FB tersebut..

Alkisahnya ialah, pada suatu hari, aku terpaksa menukar password FB aku atas sebab berlakunya kes kebocoran gas maklumat sehinggakan ada insan2 yang dapat mengetahui password aku tersebut.. Jadi apabila aku menukar password itu, aku pun mula berasa aman..

Tiba2 satu tragedi berlaku pada keesokan harinya iaitu selepas sahaja aku siap mandi, aku bukak FB aku.. Maka setelah aku memasukkan segala maklumat yang diperlukan seperti menggunakan cap jari, pengesanan anak mata, tiba2 aku terkejut kerana aku tidak dapat login masuk..

Apakah yang telah terjadi..?? Adakah aku telah tertinggal sesuatu yang penting..?? Aku rasa aku telah taip dengan betul iaitu itikpanggangsedap.. Macam mana boleh salah ni..?? Pelbagai persoalan datang menyerbu kebenak fikiran aku ini..

Akhirnya barulah aku sedar, rupa2nya aku terlupa untuk letakkan nombor 209 dibelakang password aku itu.. Patutlah tak boleh nak login, maklum lah aku ni jenis tak suka tukar password, so bila sekali dah tukar, mula lah aku ingatkan pada yang lama..

So, pengajaran dalam entry kali ini ialah.. Ketahui lah bahawa itikpanggangsedap209 itu adalah password fb aku, so sesapa yang berani nak cuba, boleh lah try ye..hahhaa. By the way, sorry jugak sebab aku dah lama sangat tak update blog ni, maklumlah baru abis exam lah katakan..

Thursday, November 15, 2012

Rindu time blogging..

Salam dan hai kepada para pembaca semua..

Suatu malam ketika aku sedang berjalan-jalan sambil memandang langit, tiba2 aku ternampak alien.. Dia pun tengah memandang awan sama macam aku.. Aku pun pelik, apa yang dia buat dekat bumi ni.. Aku pun cuba bertutur dalam bahasa marikh, sebab aku ada amik subjek B. Marikh time skolah dulu..

Okay2, cukuplah tu dengan apa yang aku merepekkan ni.. Aku rasa macam malas pulak nak merepek2 malam ni, walaupun di perenggan pertama tu aku dah merepek.. Ish, banyak betul perkataan merepek dalam perenggan kedua ni.. Jom, kita pergi ke perenggan ketiga pulak..

Di perenggan ketiga ini saya akan menggunakan perkataan2 sastera walaupun saya ini tidak lah mengambil mata pelajaran sastera ketika belajar dulu.. Jadi kepada mereka2 yang ternampak kesalahan bahasa saya ini, silalah diamkan diri anda di sudut bilik rumah anda tu ye..hehehe

Laa, dah masuk perenggan keempat, belum sempat lagi nak keluarkan perkataan sastera kat perenggan ketiga tadi.. Okay, from this pharagraph I will tell you the real reason I create this entry. Sebenarnya benda2 ini lah yang aku rindukan ketika berblogging..

Aku rindu untuk merepek, melalut tapi yang pasti bukan mencarut dalam blog ini. Dan aku juga rasa macam dah lama aku tak buat cerita pendek, mungkin aku perlu cari masa untuk aku buat lagi cerita2 pendek macam dulu..

Apa..? korang nak tanya yang aku ada rindu awek atau tak masa berblogging ni..?? Okay, jawapan aku mestilah aku rindu gila dekat dia.. Walaupun hanya satu hari aku tidak bertemu dengan dia, tapi rindunya ibarat tidak pernah bertemu selama 20 juta tahun.. Tapi itu pun kalau aku ada awek la, sekarang ni takde lagi, so aku hanya rindukan benda2 diatas tu jelah..hehe

Tuesday, November 13, 2012

Mencari readers yang hilang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

"Okay bos, saya yakin yang dalam masa 1 minggu, saya mesti dapat jumpa."
"Kalau saya tak jumpa, bos boleh amik balik duit pendahuluan yang bos bayar aritu."

Asal usul shoutbox..
Itulah antara dialog yang muncul ketika aku bertemu dengan penyiasat yang aku upah.. Wah, apahal aku upah penyiasat ni..?? Ada benda paling berharga hilang ke.?? Kaya betul aku ni ye, sampai boleh upah2 penyiasat ni, kenapa tak upah ikan dolphin ke..??

Aish, nampaknya aku dah start melalut ni.. Baik aku sambung balik, sebenarnya aku tak upah mana2 penyiasat pun.. And aku tau yang korang dah tau aku ni takkan mampu nak upah penyiasat.. Tapi mana lah tau suatu hari nanti aku mampu pulak kan,boleh lah aku upah dorang untuk carikan kuih lapis..hehhe

Sebenarnya aku tengah nak kumpul balik readers2 aku, bukannya card readers tau.. Yelah, seperti yang aku kata dalam 2 entry aku yang lepas, aku ni dah lama tak berblogging.. So, bila nak blogging balik, kenalah kumpul balik pengikut2 pembaca2 aku, untuk dapatkan trafik..

Aku pun baru je letakkan shoutbox kat bawah tu, sebab aku tau yang itu adalah salah satu tempat untuk korang tinggalkan jejak korang.. Mungkin korang tak tau nak tulis apa kat komen, so korang boleh lah tinggalkan jejak korang di situ.. Walaupun aku tau korang memang malas nak tulis kat komen tu..hahahha

Disebabkan kat shoutbox aku tu still kosong lagi, so aku nak pergilah terjah mereka2 yang komen dekat entry2 aku dulu.. Aku hope yang aku dapat komen entry korang2 semua, bukannya just tinggalkan jejak kat shoutbox..

Okay lah, aku nak pergi terjah dulu, mungkin aku patut ajak Nas Ahmad untuk terjah blog korang bersama2 dia..hehhe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...