Sunday, March 18, 2012

Rancangan yang tak menjadi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Mission Failed..!!!
Korang pernah tak lalui detik2 dimana semua perancangan korang tak menjadi..?? Contohnya masa malam sebelum korang tidur tu, korang dah plan yang bila bangun pagi je, korang nak pergi buat satu benda.. Tapi apa yang jadi pada pagi itu ialah, korang terlajak tidur..

So, tak dapat lah nak buat benda yang korang rancangkan tu.. Aku rasa mesti korang pernah kan, yelah takkan aku sorang je kot.. Memang pelik lah kalau cuma aku sorang je, atau mungkin korang yang tak nak mengaku ni..hehe

Ya, inilah yang terjadi dekat aku pagi ni.. Plan malam tadi nak lah lepas solat subuh tu siapkan assignment yang tengah berlambak tu.. Tapi malangnya lepas solat subuh tu, boleh pulak tertidur, so terpaksa lah aku menghadap assignment tu masa malam ni..

P/s : Aku pelik pulak, kenapa aku tak suka buat assignment masa siang hari..??

Friday, March 16, 2012

Cerita malam hari..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Petang tadi, berlaku satu perbincangan diantara aku dan juga otak aku, macam ni lah lebih kurang perbualan kitorang..

Aku : Hmm, malam ni aku nak update entry yang ada unsur tipu2 lah, macam dulu..
Otak : Okay jugak tu, lagi pun dah lama ko tak kenakan pembaca ko kan..
Aku : Tapi apa benda yang aku nak tulis nanti..??
Otak : Ala, benda tu ko tak payah nak risau lah.. Aku kan ada, mestilah aku akan pikirkan untuk ko nanti..
Aku : Ko ada apa2 idea ke..?
Otak : Itu sudah mesti, takkan ko still tak kenal aku lagi kot.. Di dalam aku ni ada satu kotak imaginasi yang sangat penuh dengan idea2..
Aku : Okay, kalau macam tu, malam ni aku bukak post baru..

Malam tu, atau pun sebenarnya malam ni a.k.a sekarang..

Aku : Okay otak, aku dah buka new post ni, ko nak aku tulis apa..??
Otak : Hmm, mula2 ko tulis dulu kat bahagian tajuk tu Hilang Ingatan..
Aku : Yup, aku dah tulis dah, after that..
Otak : Ko bagi dulu ucapan salam ko, macam yang ko biasa tulis dalam setiap entry ko tu..
Aku : Owh ye, kejap aku tulis.. Hah, aku dah tulis dah..
Otak : Sekarang ko tulis.......
           ..........
           ..........
           ..........
           ........ Err, alamak aku terlupa pulak apa idea aku tadi..
Aku : Hah, ko ni biar betul.. Tadi ko cakap ko dah ada idea..
Otak : Hehe, ala sorilah.. Aku tak jumpa pulak idea tu, dah puas aku selongkar dalam kotak imaginasi ni..
         Tapi satu pun takde, ko lupakan jelah hajat ko nak update blog tu ye..hehe

Itu lah ceritanya, nampaknya tak dapat lah aku nak buat entry yang best lagi mengancam nyawa  macam dulu.. Mungkin lain kali lah ye..huhu

Eh2, dah hari jumaat ye..

Time Tunnel - tak tau lah betul ke tak..
Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hmm, betapa pantasnya masa sekarang ni berlalu.. Aku rasa macam masih banyak lagi benda yang aku belum buat.. Contoh yang paling tepat sekali ialah tentang assignment aku, tinggal minggu depan je lagi masa yang ada sebelum sampai ke due datenya..huhu

Tapi apa boleh buat, aku bukannya boleh kawal masa ni.. Kalau lah aku boleh kawal, agaknya entah apa lah yang aku buat ye..?? Kalau korang, korang nak buat apa kalau ada kuasa kaal masa..?? Err, nak jawab ke, kalau nak jawab dipersilakan..

Walau macam mana pun, aku tetap juga masih bersyukur sebab still boleh menghirup udara yang ada dibumi ini..  Okaylah, aku nak pergi tengok tv kejap.. Agak2nya cerita apa ye yang ada pagi2 ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...