Friday, October 28, 2011

Kejadian yang paling menakutkan aku...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Kejadian yang berlaku pada hari khamis malam jumaat itu telah menjadi salah satu peristiwa yang akan aku kenang hingga ke akhir hayat.. Aku ada kelas pada waktu malam masa itu, so setelah selesai menimba ilmu, maka aku pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah..

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam, cuaca pada masa itu pula ialah hujan lebat.. Aku tak tau sama ada aku nak terus tunggu di kelas atau balik sahaja.. Namun apabila melihat keadaan sudah larut malam, aku mengambil keputusan nekad untuk pulang sahaja..

Didalam hujan lebat itu aku segera berlari mendapatkan motor aku dan terus memakai baju hujan yang tersimpan didalam box.. Maka aku pun hidupkan motor tu dan terus bergerak pulang dalam hujan lebat itu.. Lalu ku redah hujan lebat itu dengan kelajuan tahap maksima..

Namun ada sesuatu pula yang telah berlaku ketika aku leka memecut motor kesayangan aku itu.. Sedang aku melalui sebatang jalan yang sangat sunyi dan juga sangat gelap sebab ketiadaan lampu jalan.. Tiba2 aku seperti perasan ada sesuatu dihadapan aku..

Disitulah kejadian yang menakutkan itu bermula.. Aku masih lagi memecut dengan laju dan belum sempat aku mengenal pasti apakah benda dihadapan aku itu.. Tiba2 aku terlanggar lopak air yang menyebabkan habis seluar aku basah terkena air itu..

Bila dah terlanggar lopak air, hanya satu sahaja benda yang perlu aku segera lakukan.. Aku perlu segera memujuk2 motor aku ni supaya jangan mati, namun dia tetap juga pergi meninggalkan aku sendirian.. Kini tinggallah aku berseorangan didalam kegelapan malam dan hujan yang lebat itu..

Mujurlah aku tau apa yang perlu aku buat.. Aku pun segera mencabut kepala plug dan mengeringkannya.. Sebab hanya itu sahaja punca yang menjadi penyebab kematian motor aku tu.. Setelah motor dapat dihidupkan semula, aku pun segera bergerak pulang..

P/s : Amacam, menakutkan tak kejadian yang aku alami tu.hehehe

Senyap..

Salam dan hai kepada readers sserta para pembaca semua..

Sssshhhhhh.....

Tolong senyap..
Jika anda tak tau apa-apa..
Jangan suka main teka sahaja..
Kelak boleh buat diri malu tak tentu hala..

Tolong senyap..
Kalau anda tau yang anda bersalah..
Jangan cuba tegakkan benang yang basah..
Nanti buatkan orang bertambah marah..

Tolong senyap..
Bila anda berada di dewan peperiksaan..
Dan juga di perpustakaan..
Kalau tak nanti anda akan kena saman..hehe

P/s : Aku terpaksa senyap sebab dah keletihan sekarang ni..huhu

Thursday, October 27, 2011

Please jangan terkejut ye...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, mula2 sekali aku nak mintak korang jangan terkejut bila tengok header dekat atas tu.. Laa, dah ada yang pengsan rupanya bila tengok header tu, cepat2 sesapa tolong simbahkan air dekat muka dia bagi dia sedar.. Hah, dah sedar ke belum orang yang pengsan tadi..??

Hai, apa benda lah aku ni.. Takdenya ada orang nak pengsan bila tengok header yang macam tu.. Bukan seram sangat pun, betul tak..?? Ya, inilah yang terjadi bila sifat mengada2 datang dikala aku kesunyian.. Entah apahal pulak malam tadi boleh datang mood nak buat header..

Kalau buat header tu jadi cantik tak mengapalah, tapi ni jadi yang macam dekat atas tu.. Oleh kerana mengenangkan aku telah bersusah payah untuk membuat header tu, maka aku letakkan lah jugak dalam blog ni.. Nanti bila dah ada idea lain yang datang, aku tukar lagi..(itu pun kalau adalah..huhu)

Okaylah, aku nak out dulu.. Eh, dah macam facebook pulak nak main out2 ni..hehe. Maksud aku, aku nak tamatkan entry ni sebab lepas ni ada banyak hal yang nak kena settlekan.. Malam nanti kalau aku tak kepenatan, aku buat blogwalk..

P/s : Aku tak tau kenapa aku hilang mood nak buat blogwalk..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...