Friday, June 10, 2011

Ku termenung lagi...

termenung memikirkan hal blog ni..

Aku tengah memikirkan apakah entry2 lain yang boleh aku buat dalam blog ni.. Takkan asyik nak merepek merapu je dalam blog ni.. Lepas puas merepek takkan asyik buat entry menipu pulak, korang pun sekarang dah tak tertipu lagi dah dengan entry yang macam tu..huhu

Entry jenis yang macam mana yang korang suka ye..?? Kalau ada apa2 cadangan dan bantahan sila isi borang yang telah disediakan dibawah entry ini ye.. Laa, tak nampak mana borangnya.. tempat komen itu lah yang menjadi borang cadangan korang..hehe

P/s : Sakit kepala pulak sebab petang tadi terlebih tidur.huhu

Macam mana boleh tak perasan ni..huhu

Ish2, macam mana lah aku boleh tak perasan kan dia ni.. Nanti kalau dia merajuk aku juga yang susah, dah lah nak mendapatkan dia ni pun memerlukan masa selama 4 bulan.. Uih, mesti korang tertanya2 kan..?? Baik korang cakap ye, kalau tak nanti aku panggil sepupu aku ajak main Counter..hehe

Eh, ni apa benda yang aku merepek kan ni..?? Tak boleh ke kalau aku buat ayat yang betul2 tulus dan ikhlas.. Sikit2 nak tambah ayat2 yang tak cukup terma dan syarat tu.. Dah2, berbalik kepada asal entry ini diwujudkan.. Sebenarnya aku nak kongsikan dekat korang satu berita ni..

Cuba teka berita apa yang aku nak bagitau ni..?? Sesiapa yang berjaya meneka dengan betul, korang akan menerima kertas pembalut gula yang berjenama.. Hah, macam mana dengan hadiah tu, adakah ia dapat menarik jiwa dan raga korang..hehe

Err,nampaknya masih tiada sesiapa pun yang berjaya dengan tepat.. So hadiah itu akan aku bawakan ke entry yang akan datang.. Sebenarnya aku nak bagitau yang aku baru perasan yang muka Orlando Bloom tu macam muka aku.. Okay2 aku akan hentikan penipuan yang sangat nyata ni..

Sebenarnya aku baru perasan yang blog aku ni telah menerima satu lagi BE baru yang telah diberikan oleh Nuffnang iaitu syarikat pembekal Iklan terbesar di Malaysia (err, betul ke apa yang aku tulis ni..??).. BE kali ni berupa iklan dari Paper Mate.. Korang tau tak apa itu Paper Mate..??

Ala, Paper Mate itu syarikat yang membuat alat2 tulis tu.. Macam pen, liquid paper dan gajah.. Abaikan part yang gajah tu, itu lagi satu penipuan yang nyata.. So, aku nak ucapakan dari pihak Nuffnang dan  juga Paper Mate sebab telah meletakkan iklan di bahagian atas entry ini..

Ini bermakna yang dia terpaksa berkongsi dengan iklan Nokia lah.. Nampaknya aku kena menambahkan pageview aku lah ni supaya dapat menambahkan duit yang akan dijana oleh iklan2 dalam blog ni..hehe. Okay, nak pergi makan dulu, lepas tu baru buat blogwalk..^^

P/s : Sekarang mesti korang dah perasan kenapa iklan tu ada didalam blog ni kan

Iringi lah aku dengan doa mu...

Salam buat para pembaca atau pun readers atau pun mereka2 yang baca ayat ni dekat bahagian dashboard tu.. Wah2, tajuk tu macam ada cerita yang aku nak kongsikan je..?? Agak2 korang tertanya2 tak bila baca tajuk yang dah macam tajuk novel cinta tu..??

Kalau tak tertanya2, tak mengapalah.. Biarlah aku sendirian meluahkan perasaan hati yang sedang gundah gelana.. Perghh, ni apahal pagi2 lagi aku dah buat ayat2 yang macam ni..?? Apakah aku sudah terkena penyakit angau lagi..??

Dah2, abaikan segala persoalan yang sengaja aku timbulkan demi memenuhkan ruangan entry ini.. Sebenarnya ketika korang membaca entry ini.. Aku sedang berjuang untuk menentukan nasib antara hidup dan masa depan ku..

Ketika ini aku sedang berhadapan dengan musuh aku tanpa perasaan gentar dan takut.. Aku terpaksa membuang perasaan itu kerana jika perasaan itu berjaya menguasai diri aku ini, sudah pasti aku akan tewas di tangannya..

Kini hanya satu pinta ku dari korang semua, silalah doakan untuk diri ku ini agar aku beroleh kejayaan terhadap diri ku.. Agar kemenangan ini membolehkan ibu dan bapa ku tersenyum girang ketika melihat anaknya pulang dari perjuangan..

Okay, balik ke dunia yang sebenarnya.. Sebenarnya masa korang membaca entry ini, aku tengah berhadapan dengan final exam aku, subjek Mandarin.. So, aku harap korang boleh lah doakan aku agar aku mudah menjawab kertas exam tu dan berjaya mendapatkan result yang cemerlang..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...