Friday, June 26, 2015

Perhatian Tolong - Attention Please.!!!!

Salam dan hai kepada para readers semua..

Okay, minta perhatian kepada semua orang..
Hellooo... Ada sapa-sapa yang dengar tak.???
Hmm, mungkin takde orang lagi yang datang dekat blog ni kot. Sebab tu takde sapa yang bagi perhatian.
Huhuhuhu......

Takpelah kalau takde sapa yang nak tau pun, aku tetap juga dengan pendirian aku, aku tetap juga nak bagitau dekat korang yang tengah baca entri ni. Aku tetap juga nak korang tau yang sebenarnya aku makan nasi masa puasa. Amboi, bila aku cakap yang aku tak puasa, terus korang semangat nak baca entri ni. Hahaha, yang part aku tak puasa tu tipu jelah, korang percaya kan yang aku puasa penuh.??

Sebenarnya nak bagitau dekat entri ni yang aku plan aku nak buat sesuatu yang baru dekat blog ni. Hmm, baru yang macam mana korang tanya.? Mungkin aku akan belikan blog ni pakaian baru, err kejap nape pulak blog aku ni boleh pakai baju.?? Okay, abaikan ayat yang entah apa2 tadi tu.  Aku sambung balik apa benda yang aku nak bagitau.

Aku nak bagitau yang memandangkan isi kandungan blog aku ni lebih kepada merapu je, jadi aku nak tukar pulak kepada ikan kerapu isi yang lebih bermanfaat, berinformasi, telus dan tepat. Cewah, ni apahal pulak dah macam tagline surat khabar ni.? Aku nak buat yang setiap hari fokus entri aku berbeza, jadi ini adalah plan yang aku dah buat.

Story Saturday & Story Sunday
Dua hari ni aku fokuskan kepada cerita-cerita yang aku reka, memandangkan aku suka buat cerita bersambung, jadi aku kena lah postkan dua hari seminggu. So, kalau ada sapa-sapa yang suka membaca cerita, korang boleh lah tunggu hari ni.

Mumble Monday
Untuk hari isnin ni pulak, fokus entri aku lebih kepada benda-benda yang aku nak bebelkan. Benda-benda yang aku tak puas hati atau puas hati aku akan postkan dekat entri hari isnin ni.

Tech Tuesday
Dekat hari selasa pulak aku nak postkan entri-entri yang berkaitan tentang komputer, software, game. Semua yang berkaitan dengan teknologi lah, dan kalau aku ada info tentang gadget pun, aku akan try buat post tu masa hari ni.

Wordless Wednesday
Yang ni aku dah lama buat, cuma untuk kali ni aku nak tambah lagi gambar. Takde lah macam dulu, aku letak satu gambar lepas tu post, nampak sangat pemalasnya.hahaha

Tutorial Thursday
Semua tutorial, tidak kira lah yang berkaitan dengan dunia maya atau dunia realiti, aku akan cuba postkan dekat ruangan Tutorial Thursday.

Fact Friday
Aku bukan lah seorang yang pakar sangat tentang fakta, tapi aku akan cuba cari beberapa fakta ringkas untuk aku masukkan dekat post hari jumaat ni.

Jadi aku harapkan dengan adanya slot-slot entri ni, aku dapat lah manfaatkan blog aku ni. Takde lah lagi blog ni terbiar tanpa hala tuju yang betul. Aku pun harap yang kali ni aku betul-betul buat, bukan cuma semangat dalam 2-3 minggu je.

P/s : Aku memang puasa penuh lah, korang tolong lah percaya dekat aku..T_T

Saturday, June 20, 2015

Selamat Pagi Semua

Salam dan hai kepada para pembaca semua.

Di pagi Sabtu yang indah lagi tenang dan damai, ditambah lagi dengan bau kopi panas berserta nasi goreng yang siap terhidang. Kejap2, hari ni puasa lah. Macam mana pulak boleh ada bau kopi panas dengan nasi goreng ni.? Sapa kat sini yang tak puasa hah.??

Dekat entri ni aku cuma nak wish selamat pagi je dekat korang yang datang singgah time pagi2 ni. Tapi ada ke yang baca ni masa pagi.? Tak kisah lah kalau korang baca masa tengahari, petang, mahupun malam. Aku still jugak nak wish selamat pagi.

P/s : Kalau dapat sambung tidur lagi time ni mesti best..hehehe
Jemput minum masa berbuka nanti ye...hehehe

Friday, June 19, 2015

Bermula Semula

Salam dan hai kepada para pembaca semua.

Kalau gambar ni cakap Restart Life, aku nak Restart Blogging.
Okay, mula2 aku nak korang duduk jauh sikit ye. Sebab apa korang tanya.? Sebab nya aku sedang membersihkan blog aku ni dari segala debu2 dan juga habuk2 yang telah duduk bertapa selama berabad lamanya ni. Hahaha, mana datang lah boleh ada debu dan habuk dekat blog, tau nya nak menipu je owner blog ni.

Iye lah, memang lah tak ada debu dan habuk secara realiti. Tetapi secara fantasi dan imaginasinya benda tu ada penuh sampai dari tadi aku asyik terbatuk sebab tersedut debu dan habuk2 ni. Cuba korang bayangkan sebuah rumah yang ditinggalkan selama bertahun-tahun. Mesti penuh habuk dan debu kan.?

Entah2 siap ada penghuni lain lagi yang duduk menetap, macam ular ke or binatang perliharaan ke. Haish, sudah2 lah cerita pasa debu dan habuk ni. Aku tau lah yang aku telah terlalu lama meninggalkan blog ni. Jadi pada entri kali ini, aku ingin memberitahu kepada semua orang yang aku sudah kembali sedia untuk berblogging.

Errr, korang patutnya bersuka ria sebab tau aku nk blogging balik. Kenapa korang semua senyap je ni.? Kenapa aku rasa macam dipulaukan seperti pulau pandan jauh ditengah.? Kenapa aku rasa macam aur dan tebing.? Okay, yang last tu merepek je.

Korang nak tau ke kenapa aku tiba2 nak berblogging balik ni.? Hmm, aku rasa dekat entri yang lain lah aku ceritakan ye. Korang boleh sabar lagi kan.?? Kalau korang tak boleh sabar pun, korang sabar2 kan jelah ye. (Aku tau, takde sapa pun yang nak amik tau sebab aku nak blogging balik.huhuhu)

Jadi, sebagai entri pertama untuk tahun ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga pada bulan ini menjadi titik perubahan untuk kita semua.

P/s : Sebab ni entri pertama tahun ni, boleh tak kalau aku nak wish Selamat Tahun Baru.??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...