Aku sekarang ni tengah cuti sem, so untuk aku mengisikan masa lapang yang tersangat lah lapang macam padang bola ni.. Aku pun try lah buat game jenis Visual Novel.. Aku nak terangkan sangat pasal Visual Novel ni pun aku tak reti, so sorrylah kepada mereka2 yang tak tau pasal Visual Novel ni..huhu
Untuk game ini, jalan ceritanya aku amik dari cerita yang pernah aku postkan dekat dalam blog ni.. Kalau korang nak baca, ini tajuknya >>Kisah Kelas Malam. Tapi kalau korang baca, nanti korang tau lah jalan ceritanyakan..?? Korang jangan risau sebab aku ada ubah sikit jalan ceritanya tu..
Game ni korang kena buat beberapa keputusan atau pilihan dan setiap pilihan itu akan membawa kepada ending yang berbeza.. So, kalau korang dah dapatkan satu ending, korang kenalah main balik semula untuk dapatkan ending yang lain..
Oleh kerana ini adalah game pertama aku, so aku pun malas lah nak buat panjang2.. Owh ye, game ni dalam bahasa melayu tau, nak buat bahasa inggeris, takut banyak salah pulak.. Nah, ini ada beberapa screenshot yang aku amik.. Manalah tau kalau2 korang tertarik nak test game aku ni..hehe
Main menu |
contoh pilihan yang korang kena buat.. |
Edit (25/6/12) : Link ni dah mati, so kalau ada orang nak, sila bagitau ye, nanti barulah aku uploadkan.
Nak senang bagitau kat fan page lah, baru aku perasan...
P/s : Sila main pada waktu malam dan pasang speaker kuat2 ye..hehehe