Thursday, December 15, 2011

Rasa jemu itu tetap akan datang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tidak kira walau apa pun..
Akan sampai masanya kita akan berasa jemu..
Walau pun benda itu adalah benda yang paling kita minati..
Rasa jemu itu tetap akan singgah ke dalam hati..

Bila jemu itu mula melekat pada diri..
Kita nak buat benda itu pun sudah tidak bersemangat..
Maka pelbagai alasan akan mula kita ciptakan..
Sebab kita sudah tidak mahu melakukan perkara itu..

Walau kita tidak boleh membunuh rasa jemu itu.
Namun kita masih boleh menghilangkannya..
Di antara banyak2 cara ialah..
Ingat kembali saat2 manis ketika kita melakukan benda itu..

P/s : Err, ada ke yang tak tau jemu tu macam mana..??

Tuesday, December 13, 2011

Kembali ke sekolah.. Huwaaaa..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Err, kepada murid2 sekolah sila bertenang dulu ye.. Aku tau yang korang ada cuti selama 3 minggu lagi.. So jangan nak buat2 menggelabah bila terbaca tajuk diatas ye.. Sebenarnya aku yang akan kembali ke sekolah.. Tapi aku rasa istilah sekolah tidak sesuai untuk aku kot..

Ya, betullah tak sesuai sebab aku dah lepas daripada exam SPM.. So aku terpaksa tukar tajuklah ye.. Hmm, macam mana dengan Kembali belajar, atau kembali ke rahmatullah kelas..?? Ah, aku rasa dah tak penting kot dengan tajuk tu sebab korang pun tengah baca entry ni..

Sebenarnya macam ni, cuti sem aku yang lepas sudah pun melabuhkan tirainya.. Sepatutnya aku perlu berasa gembira kan. Tapi apa boleh buat, aku dah terlampau biasa dah dengan rumah ni.. Rasa macam malas je nak kembali berulang alik pergi ke kelas tu..

Namun, aku perlu tabahkan diri sebab cuma tinggal setahun je lagi untuk aku berada di situ.. Dan Insyaallah aku akan berjaya memegang segulung diploma.. Ye2, aku tau yang korang dah pegang ijazah, so aku tak nak lah membangga diri pulak..huhu

Okaylah, setakat itu sahaja entry kali ni sebab aku dah kena gerak untuk pergi ke kelas lah.. Nanti kalau ada masa dan idea aku upadate lagi blog ni okay.^_^

P/s : Huwaaa..!!! jadual sem kali ni padat gila..TTT_TTTT

Monday, December 12, 2011

Activation key untuk windows 7 Home..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, kali ni aku nak bagitau dekat korang semua cara2 untuk mengaktifkan windows 7 (pirate version).. Aku tak pasti kalau cara ini boleh digunakan atau tidak untuk windows2 lain selain 7 Home.. Tapi kalau korang nak cuba takpe lah..

Apa2 pun sila download benda alah ni..
>> Keylogger windows 7

Selepas korang menginstall windows korang tu, korang pergi ke benda alah atas tu and extract ye.. Sila extract menggunakan 7zip or Winrar.. Tapi kalau dua2 takde, korang kenalah adakan salah satu dari tu.. Bila dah extract, korang klik applicationnya..

Bila dah keluar, maka korang akan nampak seperti mana imej dibawah..

Hah, dah tau apa yang perlu dibuatkan, sila klik "Install/Remove loader"..

Korang kena tunggu beberapa minit dan komputer korang akan restart sendiri.. Bila dah restart, dia akan tanya sama ada korang nak aktifkan Genuine key atau tidak.. Maka silalah klik untuk aktifkan ye.. Kini tamatlah tutorial untuk kali ini dan aku nak mintak maaf sangat dekat korang semua jika apa yang korang buat tidak menjadi..

Tapi aku sendiri dah try and menjadi, takkan korang punya tak jadi pulak..?? Owh ye, entry aku berkenaan cara2 untuk tukar windows 7 starter kepada Home premium telah di deletekan setelah mengetahui yang info2 dekat situ sudah tidak boleh digunakan lagi..

P/s : Rasa macam menyesal pulak sebab pergi delete entry tu..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...