Wednesday, January 19, 2011

Kenali kucing korang..

Salam semua, hari ini aku sibuk sikit la, malam ni aku baru sempat nak tengok2 blog ni.. Aku tahu korang pun mungkin sibuk juga dengan hal masing2 kan.. Tak apalah, walaupun sedikit letih tapi aku nak juga postkan satu entry baru..

Agak2 korang apa lah yang aku nak ceritakan ya malam ni ya, okey la aku bagitahu korang sebab korang pun mungkin letih macam aku jugak kan, entah2 dah ada yang tidur kut masa tengah baca entry aku ni..hehe
Malam ni aku nak tunjukkan gambar2 kucing yang aku amek, bukan aku amek gambar kucing tau, tapi aku amek gambar kucing dari adik aku.. Kalau korang tak berapa faham tak apalah..hehe

Siapa dekat sini yang ada bela kucing, korang nak tau tak apakah mood kucing korang dengan hanya melalui melihat mukanya sahaja.. Kalau korang nak tau korang layan jelah gambar ini ya..

apa pendapat korang, comel tak..^^

Nanti kalau korang tenguk muka kucing korang ada rupa macam dekat atas ni, korang boleh la tau apa sebenarnya mood kucing korang ye..hehe

Tuesday, January 18, 2011

Tips mendapatkan entry yang baik..

Salam semua and selamat malam kepada sesiapa yanng nak tidur tu, hope dapat mimpi yang indah la ya tapi kalau dapat mimpi ngeri pulak macam mana, buat tak tau jela.. Malam ini aku nak bercerita tentang tips2 untuk menghasilkan entry yang best, tapi aku punya entry pun tak adalah best mana pun, tetap juga merepek dan meraban entah apa2..

Aku menulis ini pun berdasarkan pembacaan aku di blog2 semasa aku sedang berblogwalking. Tapi menurut pembacaan aku, untuk entry yang best adalah entry yang boleh membuat kan orang yang membaca itu terasa nak baca lagi. Tak kisah lah sama ada entry korang itu mempunyai info atau just untuk korang bercerita, tapi jika ia mampu menarik perhatian pembaca itu pun sudah boleh dikira sebagai entry yang bagus.

tak tau ada kene mengena tak dengan entry ni..
Lagi2 jika korang ada buat pendapatan sampingan macam nuffnang la.. Sekiranya korang dapat menghasilkan entry yang dapat membuatkan pembaca tertarik dekat entry korang tu, korang sudah dapat menambahkan bilangan visitor sekaligus dapat meninggkatkan pendapat sampingan korang tu..

Yang atas tadi kira main point dia lah, tapi kalau untuk tips yang lain yang dapat aku fikirkan adalah seperti berikut..:

*Entry korang tu korang selitkan unsur humor(lawak).
*Biasanya pembaca akan tertarik dengan tajuk dulu, so letaklah tajuk yang panas (kalau letak tajuk 'api' tu kira panas lah kan..hehe)
*Kalau nak bagi pembaca letakkan komen, korang letakkan lah ayat berbentuk soalan dihujung entry korang tu.
*Pastikan korang tak menyentuh isu perkauman, kalau tak nanti ramai pula pembaca yang boikot blog korang tu.

Aku rasa cukup lah dulu, nanti kalau ada lagi tips tambahan, aku bagitau dekat korang ya..Sebenarnya aku dah lupa pula apa lagi yang aku nak tulis..huhu. Lagi satu nak bagitahu, kalau tips diatas bukan lah untuk menjadikan entry korang tu lebih baik aku mintak maaf la ya..~_~

Aku membebel..??

Salam semua and selamat pagi, eh dah petang la.. La dah petang ke tapi ini baru first entry aku untuk hari ini.. Tak apa lah, apa boleh buat kan tapi aku nak bagitau yang aku lambat post entry ni bukan sebab aku lambat bangun tau. Habis tu sebab apa pulak apiz, sebab ko tak ada idea macam selalu ke or ko dah start malas nak tulis dekat blog lagi..

Bukan itu sebabnya, tapi ini adalah disebabkan pagi tadi aku ada kelas sehingga la petang ni, so sebab itu la aku lambat nak postkan entry baru.. Oh, yeke apiz, aku ingatkan ko dah malas tadi... Taklah, belum sampai 2 minggu aku buat blog ni, takkan aku dah malas pulak.. Lain la kalau dah 2 ke 3 bulan and time tu aku punya viewer pun menurun, mungkin la aku malas..

Adakah ini pun dikatakan sebagtai membebel..??
Aku tulis ni pun dekat lab komputer ni, nasib baik la bukak, kalau tak mungkin aku postkan first entry masa malam nanti.. Aku tau, mesti korang tertanya2 (kalau ada yang tak tanya tu, sudi2 lah tanya ya..hehe) kenapa la aku membebel sorang2 ni kan, sebenarnya aku....................
.....
....
....
......
...........
........
......... Entah lah, kenapa aku membebel sorang2 ni ya, nasib baik la aku tulis dekat dalam blog, kalau aku cakap betul2 ni mesti orang cakap aku ni gila.. Nasib baik la korang tanya, kalau tak mest aku dah meneruskan bebelan aku yang entah apa2 kan..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...